Pages

~Memang kamu yang aku maksudkan~

***MAAF***

Tidak memohon jadi begini...
Tidak meminta jadi sebegini...
Tidak membayangkan apa-apa lagi...
Tidak suka keadaan sebegini...
Kerana tahu kamu tidak senang sebegini...

Maafkanku...
Kerna antara kamu dan aku ada janji yg belum kutunaikan...
Malu utk meminta "beriku sedikit masa lagi"...
Ya, malu bagi insan sepertiku...

Allah, terima kasih kerana masih menduga hamba...
Tanda sayang dan kasih tidak terhingga dariMu,
Agarku tak terus sentiasa rasa senang...
Dan terus tunduk akur pada kata-kata...
"manusia cepat alpa dan lupakan Tuhan, sehingga ia ditimpa kesempitan...

Saat manik jernih yang tidak diundang mengalir...
Pernah bergelar peneman suatu masa dulu...
Kamu perlu tahu bukan hanya kamu yang membencinya...
Aku bahkan lebih dari itu!!!
Bukan ia harus dipersalah...
Disebab aku yang gagal mengawal...
Kenapa? Kenapa ditanya kerana ini memang aku...




MAAF...
Tidak mengharap dirimu rasa bersalah...
Sekali-kali tidak andai kamu tahu isi hatiku...
Mohon memahami diriku...
Yang cuba sedaya mungkin mengukir senyum...
Akulah yang harus kotakan janjiku...
Lantas tidak harus persoalkan kenapa begini reaksiku...
Soalan yang tiada jawapan...
Tindakan refleks dari seorang Bilis...



Jauh di sudut hati aku sangat terharu dengan semua ini...
Kenapa??? Sila fahami sendiri,
Mungkin ini yang dipanggil erti hidup pada memberi...



Luahan rasa seorang Bilis,
Kepada kamu2 yang pernah merasa sebegini spanjang mengenali,
Izzah Ibtisam,
4.00 p.m IPGKPM.


Penyakit-penyakit hati meragut ketenangan...

Assalamualaikum... Apa khabar hati???
Hati siapakah???  Hati2 yg membaca entry ini termasuk hati Si Bilis...

Mahu berkongsi, namun mungkin xbanyak utk kali ini...
Mgkin ckup dgn membaca dan merenung maksud surah al-Hujurat-12:

"Wahai orang beriman, jauhilah daripada banyak berprasangka,
sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu dosa,
dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain,
dan janganlah pula kamu mengumpat sebahagian yang lain...


~Astaghfirullahalazim~
"Terasa dgn kata-kata Allah! Sungguh!"
Ayuh refleks diri...

Treat people da same you want 2b treated=)

Assalamualaikum wbt...
Setelah sekian yg agak lamanya tiada daya utk menulis...
Kini Bilis hadir utk mencoret...

"Treat people da same way u want 2b treated"
Papp!!! Seperti sebuah halilintar menghempap kepala...
Maaf krana gagal men'treat' kamu seperti yang spatutnya...
Bilis? Terdiam...
Diam lebih baik?
"Hmm... tapi..."... Sempat lagi bermonolog... protes dalam diam?
Apa yg kamu faham ya?


******

Biasalah kan situasi begini mgkin pernah juga berlaku pd diri anda.
Walaupun kadang2 yg bercakap pun x melakukan yg demikian...
Tapi apa hak kita untuk menegah? Jika apa yg disampaikan itu sememangnya betul...
Ambillah apa2 yang baik dari sang penyampai, walaupun sang penyampai adalah seorang yg biasa, atau mgkin jauh lagi rendah dri kita... Yakinlah kerana mgkin apa yang disampaikan adalah teguran dariNya, melalui hamba-hamba yang terpilih...


To Bilis : Sentiasa positif... Di kala ada yang tdk senang di hati, diam lebih baik bagimu =) Senyum dan semoga 'ia' datang dan terus pergi, hingga 'ia' penat dan berputus asa utk menjengah hati, fikiran dan dirimu buat selamanya...

Salam Eidulfitr

Kutatap RAMADHAN dari kejauhan,
Kudekati lalu kusapa ia 'hendak ke mana?'
Dengan lembut ia berkata 'Aku harus pergi, mungkin jauh dan lama,
Tolong sampaikan pesanku untuk si MUKMIN :
SYAWAL kan tiba sebentar lagi,
ajaklah SABAR untuk temani hari-hari duka.
Peluklah ISTIQOMAH di saat dia kelelahan dalam perjalanan TAQWA.
Bersandarlah pada TAWADHU saat kesombongan menyerang.
Mintalah nasihat dari QURAN & SUNNAH pada setiap masalah yang dihadapi.
Sampaikan salam & Terima kasihku bagi yang telah menyambutku dengan sukacita.
Kelak, kuberharap ia disambut SYURGA di pintu AR-RAYYAN'.

SALAM AIDILFITRI...
MAAF ZAHIR BATIN BUAT SEMUA UMAT ISLAM,
YANG JAUH MAHUPUN DEKAT...

~Kerinduan pada hari semalam~


Terlalu banyak yg bermain di benak...
Kerinduan pada semua itu...

Ma dan Abah,
Anakmu terlalu menyayangimu...
Tp kerap kulukakan hatimu bukan?
Tenang melihat wajahmu ibu...
Abah, terima kasih atas semua ini...
Xbanyak kita berbicara kn Abah,
Tp sungguh aku sgt tenang di sini...

Kakak, Abang dan Adik2ku...
Sengal 24 jam!
Seronok dah seminggu lbih dpt kmpul sama2 kt rumah,
Seronok + bahagia...
Ingat nnt kalu smua da ada family masing2, 
Kite kna tetap begini...
Mesti cari masa tuk bkumpul! Tau!!!

Anak buahku Alia...
Bakal dpt adik...
Tp makin manja...huhu...

Seminggu lebih je masih berbaki,
Ruang betul2 bersama kalian...

Teman...
Sangat ridukan kenangan bersamamu...
Kenangan yg mana?
Semua!!!

Kakak, saya rindukan kamu,
Hingga terbawa dalam mimpi...
Ada rezeki kita jumpa!

Adik2ku...
Sayang kamu semua...
Maaf jika banyak yang terkurang!

Tempat itu makin melambai...
Kenapa terasa berat untuk ke sana lagi?
Sebab takut dgn peristiwa lalu?
Takut dgn hari mendatang?
Pasti...
Cuma terlalu banyak...
Bilis, hanya kau yang mampu bantu dirimu!
Kuatkan smangat...
Dia sntiasa bersama kita!!!


~Apa perasaan kalian melihat gambar ini~
Tenang bukan?


Alhamdulillah...

Seusai solat Asar,
Tangan ditadah doa dipohon,
hati tetiba dirundum sayu,
Sayu yg teramat,
Allah... Aku dapat rasakan Engkau menjagaku erat...
Sungguh...
Ah, sukar diungkap rasa syukur dan nikmat tak terhingga...
Tapi hanya aku yang kadang tersungkur...
Betul kan?
Usah ego...
Dia maha mengetahui isi hatimu...

Bilis dah 26 Ramadhan?
Ya Allah kenapa terlalu pantas?
Manik jernih mengalir jua,
Biarlah ~ biar ia mengalir buat kali ini...
Yang pasti usah tangisi akan perkara yang sia-sia!
Sebelum ni kau terlalu banyak siakan masa kan?
Hah, Ramadhan bakal meninggalkanmu...

Teringat ayat2 yang ditulis oleh seorang kakanda,
Jika kau beribadat kerana Ramadhan,
Ketahuilah bahawa Ramadhan akan pergi meninggalkanmu...
Yea, aku pasti untuk apa ibadatku ini...
Cuma kadang aku kalah dengan bisikan nafsu...
Bilis, awas! jangan biarkan kau hilang semua ini lagi,
Bersyukur kerana Dia masih menjagamu...
~~~~~~~Monolog sendiri~~~~~~


Masih belum terlambat...
~Dan Dia-lah yang menerima taubat hamba-hambaNya
dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui 
apa yang kamu kerjakan~
( Asy-Syura - 25)

Salam perkenalan

Alhamdulillah, tanggal 5 September 2010 bersamaan 26 Ramadhan 1431 Hijr...
Blog ini berjaya menggantikan blog lama yang kian lama bersawang.
Syukran kathir ditujukan buat sahabat rapat Bilis, Cik Kering atas sokongan dan galakan utk Bilis membina blog baru, dan nah inilah hasilnya yang tidak seberapa...
Bilis rasa terpanggil untuk meneruskan blogging kerana...??? Terlalu banyak asbab, mungkin sukar diungkap dalam bahasa lisan, sukar diterjemah dalam tulisan ini... 
Pesanan buat diriku, semoga sentiasa ikhlas dalam segala yang dilakukan...
Wassalam...


Ibtisam~Bilis

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews