Pages

Alhamdulillah...

Seusai solat Asar,
Tangan ditadah doa dipohon,
hati tetiba dirundum sayu,
Sayu yg teramat,
Allah... Aku dapat rasakan Engkau menjagaku erat...
Sungguh...
Ah, sukar diungkap rasa syukur dan nikmat tak terhingga...
Tapi hanya aku yang kadang tersungkur...
Betul kan?
Usah ego...
Dia maha mengetahui isi hatimu...

Bilis dah 26 Ramadhan?
Ya Allah kenapa terlalu pantas?
Manik jernih mengalir jua,
Biarlah ~ biar ia mengalir buat kali ini...
Yang pasti usah tangisi akan perkara yang sia-sia!
Sebelum ni kau terlalu banyak siakan masa kan?
Hah, Ramadhan bakal meninggalkanmu...

Teringat ayat2 yang ditulis oleh seorang kakanda,
Jika kau beribadat kerana Ramadhan,
Ketahuilah bahawa Ramadhan akan pergi meninggalkanmu...
Yea, aku pasti untuk apa ibadatku ini...
Cuma kadang aku kalah dengan bisikan nafsu...
Bilis, awas! jangan biarkan kau hilang semua ini lagi,
Bersyukur kerana Dia masih menjagamu...
~~~~~~~Monolog sendiri~~~~~~


Masih belum terlambat...
~Dan Dia-lah yang menerima taubat hamba-hambaNya
dan memaafkan kesalahan-kesalahan dan mengetahui 
apa yang kamu kerjakan~
( Asy-Syura - 25)

No comments:

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews