Pages

Bersahabat dengan orang Soleh...

Seseorang yang duduk (berteman) dengan orang solih dan orang yang jelek adalah bagaikan berteman dengan pemilik minyak wangi dan tukang besi. Jika engkau tidak dihadiahkan minyak wangi olehnya, engkau boleh membeli darinya atau sekurang-kurangnya dapat baunya. Adapun berteman dengan tukang besi, jika engkau tidak mendapati badan atau pakaianmu hangus terbakar, paling kurang engkau dapat baunya yang tidak elok.
(Hadis Riwayat Imam al- Bukhari dari Abu Musa.)


Ibnu Hajar Al Asqolani mengatakan, “Hadis ini menunjukkan larangan berteman dengan orang-orang yang dapat merusak agama mahupun dunia kita. Dan hadis ini juga menunjukkan dorongan agar bergaul dengan orang-orang yang dapat memberikan manfaat dalam agama dan dunia."
(Fathul Bari, Ibnu Hajar Al Asqolani, 4/324, Darul Ma’rifah, Beirut, 1379)


~saya memilih ini : minyak wangi kerana wangiannya~


Adakah dengan ini bermakna kita harus tinggalkan mereka yang selain pemilik minyak wangi?
Tentu sekali tidak... Yang dimaksudkan di sini adalah berteman... 
Berteman dengan pemilik minyak wangi dan bukan tukang besi...

Islam itu sangat indah, bahkan Islam menggalakkan pergaulan dengan golongan non-Muslim sekalipun,
Masakan tidak... Jika kita terus meninggalkan mereka, siapa yang akan membawa mereka mengenal Islam...
Namun begitu, dalam membawa mereka yang jauh dari 'cahaya' kembali kpd 'cahaya'...
Sekali lagi kita perlukan teman-teman dan sahabat-sahabat pemilik minyak wangi...

 Kaum muslimin harus memberi kesempatan kepada orang-orang non muslim untuk mendengar firman Allah. Allah subhanahu wata’ala berfirman, ertinya :

“Dan jika seseorang dari orang-orang musyirikin itu meminta perlindungan kepadamu, maka lindungilah ia supaya ia sempat mendengar firman Allah, kemudian hantarkanlah ia ke tempat yang aman baginya. Demikian itu disebabkan mereka kaum yang tidak mengetahui” (at-Taubah: 6)


Oleh itu, saya perlukan kalian...
Kalianlah sahabat saya di dunia...
Kalianlah sahabat saya hingga akhirat, InsyaAllah...

Peganglah mereka erat-erat andai kita telah temui mereka (sahabat yg soleh dan solehah),
Kerana berada dalam kalangan mereka menyebabkan kita cenderung mengingati mati...

Kebahagiaan dalam perhubungan bukanlah diukur pada banyaknya ketawa dan tawa ria...
Kerana itu hanya sementara...
Lebih malang andai dengan ketawa menyebabkan kerasnya hati...
Matinya hati dan menolak kebaikan untuk masuk ke dlm diri...
Nauzubillah...
Tetapi!!!
Kebahagiaan yang sebenar adalah apabila berhasil mencapai ma'rifatullah...
 (telah mengenal Allah SWT)
Kerana apa???
Kerana bahagia yang abadi ialah apabila bertemuNYA...
Wallahua'lam...

....................................................................................



Andai terlanjur kata dan tindakan...
Maka sahabat, tegurlah diriku...
Bawa diriku bersama menuju cahaya...
Di atas jalan ini...
Jalan yg kita pasti dan yakini...


Kerana aku seorang bagai sebatang lidi yang mudah dipatahkan...


Bersama kalian bagaikan sekumpulan lidi,


yang tentu sukar dipatahkan...


Semoga Allah berkati kita semua...
Ya Allah, tetapkanlah hati hambaMu ini,
Janganlah engkau bolak balikkan hati ini,
 setelah Engkau memberi petunjuk dan hidayah...
Amin...

....................................................................................



Tiga pertanyaan dijawab dengan satu tamparan

Seorang pemuda yg sangat pintar meneruskan pengajiannya ke luar negara. Setelah tamat pengajiannya, dia kembali ke tanah air. Setibanya di rumah, dia meminta orang tuanya untuk mencari seorang guru agama, kiyai atau sesiapa sahaja yg boleh menjawab tiga pertanyaannya.

Setelah puas berusaha mencari, akhirnya orang tua pemuda itu berjaya mendapatkan orang tersebut, iaitu seorang kiyai, lalu dipertemukan dengan anaknya (pemuda itu).

Pemuda: Anda siapa? Dan apakah anda yakin anda boleh menjawab pertanyaan2 saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan2 anda.

Pemuda: Anda yakin? Sedangkan sebelum ini saya pernah menanyakan soalan2 ini kepada Professor dan ramai lagi orang yg pintar, tetapi tetap juga mereka semuanya tidak mampu menjawab segala pertanyaan saya.

Kiyai : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan: (1) Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukkan kewujudan Tuhan kepada saya, (2) Apakah yg dinamakan takdir? (3) Kalau syaitan diciptakan drpd api, kenapa dimasukkan ke neraka yg juga dibuat drpd api? Tentu tidak menyakitkan buat syaitan kerana mereka memiliki unsur yg sama. Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?

Setelah mendengarkan kesemua pertanyaan pemuda itu, secara tiba-tiba kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi dengan kerasnya.

Pemuda (sambil menahan sakit): Kenapa anda tampar saya? Anda marah dengan soalan2 yg saya kemukakan?

Kiyai : Jangan salah faham.. Saya langsung tidak marah... Sebaliknya tamparan saya itu merupakan jawapan saya untuk kesemua tiga pertanyaan yg anda ajukan kepada saya.

Pemuda: Saya langsung tidak mengerti apa yg kamu maksudkan.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya itu?

Pemuda: Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada dan benar2 wujud?

Pemuda: Ya, pastinya saya percaya!

Kiyai : Kalau begitu, tunjukkan kepada saya kewujudan sakit itu!

Pemuda itu hanya terdiam kerana tidak tahu bagaimana mahu menjawab soalan kiyai. Dia percaya sakit itu wujud kerana dia dapat merasakannya, tetapi tidak mungkin dia dapat tunjukkan kepada kiyai kewujudan sakit itu.

Kiyai : Itulah jawapan kepada pertanyaan pertama kamu - Kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat-Nya.

Si pemuda kini mengerti apa yg dimaksudkan, dan dalam diam dia mengakui kebenaran kata2 kiyai tersebut.

Kiyai : Apakah malam tadi anda bermimpi akan ditampar oleh saya?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Apakah anda pernah terfikir bahawa anda akan menerima tamparan drpd saya pada hari ini?

Pemuda: Tidak.

Kiyai : Justeru, itulah yg dinamakan takdir.

Sekali lagi si pemuda terdiam, mengakui kebenaran kata2 kiyai itu.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yg saya gunakan utk menampar anda?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda yg menerima tamparan saya tadi?

Pemuda: Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda: Sakit.

Kiyai : Begitu juga halnya dengan syaitan dan neraka. Walaupun syaitan dijadikan drpd api dan neraka juga terbuat drpd api, jika Tuhan menghendaki, maka neraka akan menjadi tempat yg menyakitkan untuk syaitan, biarpun mereka dari unsur yg sama.

Mendengarkan jawapan si kiyai, pemuda tadi langsung tidak tahu mahu menjawab dengan alasan apa lagi. Sesungguhnya mmg benar apa yg dikatakan oleh kiyai tersebut.

Renungan...

Pesan Saidina Abu Bakar R.A...


Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu,
nafsu di sebelah kananmu, 
dunia di belakangmu, 
anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu. 
Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama. 
Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.
Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat. 
Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat. 
Anggotamu menyerumu berbuat dosa. 
Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya. 
Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya. 
Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan). 
Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya. 
Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya. 
Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan. 


~Menyeru pada diri dan semua pengunjung~
...Masih belum terlambat untuk kembali ke jalan yang benar...
+Jihad yg terbesar ialah jihad melawan hawa nafsu+

~MAAF~

Ayuh kembali pada diri...
Ini bukan aku yang sebenarnya...
Hanya Allah yang tahu apa yang kutanggung kini...
Tiada apa yang harus ditunggu...
Serahkan segalanya padaNya...
Maafkanku kerana bertindak begitu...
Itu bukan diriku...
Tapi sesuatu yang cuba menjadi diriku...
Tidak faham?
Biarkan....
Seperti katanya jangan terlalu memikirkannya...
Senang bagi yang tidak merasai...

Akhirnya...

Hampir seminggu Bilis memendam rasa rindu pada Ma dan Abah...
Tapi tak dihubungi mereka kerana khuatir ibu yg sgt dekat di hati dpt mengesan kesempitan yg dialami...


Saya tahu walau tidak ditunjukkan kebimbangan tatkala berbicara,
Tapi hati seorang ibu sangat risau akan anaknya,
Saya tak mampu lagi terus begini,
Lantas menghubungi Ma dan Abah tercinta...
Ya... Saya tewas bila lembut suara Ma dan Abah menyapa telinga...
Terlalu merindui mereka...
Bilis : "Ma doakan kak ye..."
Ma  : "InsyaAllah... sabarlah tak lama lagi dah nak balik, selalu dekat2 nak blik memang gini..."


Lama perbualan antara kami...
Mereka kekasih hati saya...
Ingatlah andai suatu hari jika ada insan lain yang bertandang di hati...
Ma dan Abah tetap yang tersayang (lain halnya bila sudah berumah tangga...)




Tenang, cukup sekadar mendengar suara mereka... Apatah lagi saat menatap wajah...
Alhamdulillah ya Allah kerana mengurniakan insan-insan ini dlm hidupku...


Hargailah mereka selagi mereka masih ada...
Redha Allah terletak pada redha kedua ibu bapa...
Jadi ingatlah mereka dlm setiap yg dilakukan...


~nantikan kepulangan anakmu ye~
*Bilis : mood merindui mereka*

PELANGI KAN MUNCUL...

Bersabarlah buat sesiapa yang sedang menanti Sang Pelangi...
Menanti hadirnya menceriakan hidup...
Yakinlah Allah turunkan ujian buat hambaNya bukanlah sia-sia...
Pasti ada hikmah yang tersirat...

Rasa ingin tersungkur...
Rasa ingin rebah dan tidak mahu bangun lagi...Rasa ingin lari dari segalanya...
Rasa putus asa dan tiada daya...
Rasa tidak tenang...
Rasa tidak diperlukan...
Semua giat bertandang dalam diri...

Adakah anda mengalami situasi ini?
Jika ya, maka Ayuh jauhi semua ini...
Buang sejauhnya semua hasutan2 jahat ini...
Kembalilah pada yang memberi ujian...
Berwudhu'lah dan sujud sembah pada yang Esa...

Perlu positifkan diri jika sayangkan diri sendiri...
Anda sayangkan diri anda?
Saya? Saya sayangkan diri saya...
Saya harus bangkit untuk diri saya, ibu bapa, teman2, agama dan perjuangan hidup...
Selamat beramal...


~Menanti gerimis berlalu dan muncul Sang Pelangi~

Luahan rasa Bilis...

SILA DENDA SAYA!

PERHATIAN KEPADA SESIAPA YANG MENGENALI SAYA!!!




SILA DENDA SAYA SEKIRANYA SAYA MUNGKIR JANJI~
SILA KENAKAN TINDAKAN JIKA SAYA KALAH DENGAN DIRI SENDIRI!
SILA HENTAM SAYA JIKA SAYA MENANGIS UNTUK PERKARA YG SIA2!!!


SUDAHLAH... AIR MATA SAYA MAHAL...
SUDAH HAMPIR KERING, 
JADI SAYA PERLU SIMPAN IA UTK MASA AKAN DATANG~ 
UNTUK EMERGENCY CASE SAHAJA!!! INI AMARAN!!!


TIDAK PERLU JAWAB JIKA SAYA TANYA : SIAPA DI PIHAK SAYA?
SAYA TIDAK PERLUKAN JAWAPAN,
HANYA SAYA PERLUKAN TINDAKAN...
JIKA SUDAH TIADA,
MAKA SAYA LA YG PERLU SURVIVE...
SAMA KEADAANNYA,
SAYA TIDAK PERLUKAN UCAPAN SAYANG,
SELAMAT TINGGAL KERANA SAYA SANGAT SEDAR :
"ACTION SPEAKS LOUDER THAN WORD"...


JADI BERTEPUK GEMBIRALAH MEREKA YG INGIN LIHAT SAYA BEGINI...

MULAKAN HARI DENGAN SENYUMAN!!!
DAN SEGALANYA AKAN HILANG BILA SAYA LIHAT KEBAHAGIAAN MEREKA2 DI SEKELILING SAYA =) =) =)

Cukuplah~

Cukuplah, saya da penat lalui semua ini...
Ye penat kerana semuanya tiada berhasil...
Bukan mengeluh... Bukan putus asa... Bukan tewas...
Tapi mahu bangkit...
Siapa mahu bangkit bersama saya???
Penting ke??? Penting, sbb saya memang perlukan kalian!
Saya perlukan senyuman kalian dan restui saya agar saya terus rasai ketenangan...
Lantas menewaskan kelemahan dalam diri...


"Setelah satu pintu tertutup, pintu lainnya terbuka.
Tetapi kerap kali kita terlalu lama memandang dan menyesali
pintu yang telah tertutup,
sehingga kita tidak melihat pintu yang telah dibuka
untuk kita..."
~Alexender Graham Bell~


Mungkin pintu-pintu itu telah tertutup buatku,
Ye, hingga membuatkan saya kecewa,
~Sia-sia dan buang masa~
Namun adakah ia bermakna saya harus biarkan pintu-pintu lain yang terbuka buat saya,
Merasai kekecewaan seperti yang pernah saya alami...
Tidak... Kalian tidak harus lalui apa yang pernah saya lalui...
Maka berfikirlah dan bertidaklah sebijak mungkin =)




~~~Bilis bahagia melihat insan di skeliling bahagia~~~



"Bersikap kukuhlah seperti batu karang
yang tidak putus-putus dipukul ombak. 
Ia tidak saja tetap berdiri kukuh,
bahkan ia mententeramkan amarah ombak dan gelombang itu"
~Marcus Aurelius~

"Antara tanda-tanda orang yang bijaksana itu ialah"
Hatinya selalu berniat suci...
Lidahnya selalu basah dgn zikrullah...
Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)...
Segala perkara dihadapinya dgn sabar dan tabah...
Juga mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia..."
~Saidina Uthman bin Affan~




~Oleh itu berbahagialah wahai hati~



~SELAMAT TINGGAL MASALAH~
ITS STUDY TYME!!!



Kernaku sahabatmu

kau datang padaku seperti biasa



ku sambut bahagia dengan tangan terbuka
kau balas dengan senyuman seadanya
ku tahu ada sesuatu yang berbeza

kau hanya diam seribu bahasa
hanya di matamu yang cuba berbicara
bahwa saat ini hatimu terluka
kau tahu ku ada di sini untukmu

mencuba tak berkedip
menahan tegar di hujung mata
hingga kau pun tak kuasa
berderailah airmata
dalam pelukku kau curahkan semua

menangislah...
kadang manusia terlalu sombong tuk menangis
lalu untuk apa airmata telah dicipta
bukan hanya bahagia yang ada di dunia
menangislah...
di bahuku kau berikanku kepercayaan
bahwa laramu adalah haru biruku
kerna ku adalah sahabatmu

menangislah...(dibahuku ku disini untukmu)
menangislah...(dibahuku kerna ku sahabatmu)


*******

Masihkah kau ingat lagu ini?
Yg pernah kau tujukan buatku suatu masa dulu...
Kini kutujukan kembali lagu ini buat dirimu...
Namun ku tahu dirimu sungguh kuat~kagumi kecekalanmu...
Sesekali tangisan itu perlu!

~Sengaja mengimbau kenangan di waktu muda=)~

Ditujukan buat kamu Si Kering :


(gambar bakal di upload, line tdk mengizinkan)


Bantah Konsert Adam Lambert

iLuvislam.com Bantah Konsert Adam Lambert | iluvislam.com + discover the beauty of islam
12 Okt, Kuala Lumpur : Team iLuvislam.com menyatakan bantahan kami terhadap penganjuran konsert Adam Lambert, seorang artis yang lebih suka memaparkan adegan-adegan yang tidak senonoh dalam klip video dan konsertnya di luar negara.
Konsert itu bakal diadakan pada Khamis ini, 14 Oktober 2010.
Adam Lambert sebelum ini banyak memaparkan budaya mencium pemain keyboard lelaki, beraksi lucah antara penari lelaki yang lain yang digayakan oleh penyanyi gay itu dalam konsertnya.
Artis itu juga telah dikecam hebat oleh dunia apabila melakukan beberapa adegan kontroversi di pentas Anugerah Award Amerika sebelum ini.
Kami berpendapat konsert seperti ini akan menggalakkan lagi budaya negatif dan maksiat dikalangan remaja Malaysia terutamanya Melayu.
Mahukah kita menjadi seperti sesetengah negara yang menghalalkan perbuatan gaydan menganggap ia merupakan sesuatu yang 'norm' atau kebiasaan dalam masyarakat?
Pastinya 'mencegah itu lebih baik dari mengubati.'
Marilah kita bersama-sama mengambil pengajaran dari sirah kaum Nabi Luth yang ditimpa bala daripada Allah SWT dek budaya songsang mereka. 
Kesan peninggalan azab Allah SWt itu masih boleh dilihat di Bandar Sodom yang terletak di pinggir laut mati berhampiran dengan Jordan dan Palestine.
Jadi, sekali lagi kami ingin menyatakan bantahan kami ke atas penganjuran konsert Adam Lambert dan kami meminta pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk membatalkannya.

Impian seorang Amal...

Library IPGKPM sekitar 11 pagi~~~~

Di suatu meja, kami berempat yg memainkan watak utama... Zati, Amal, Fatiah n K. Fana...
Sedang asyik membelek akhbar, tiba2 terbaca berkenaan perkahwinan Angkasawan negara. Gambar-gambar menghias dada akhbar. Menyaksikan jemputan-jemputan angkasawan seluruh negara... Berapa la fulus yg telah dibelanjakan...hmmm....

Kami masih rancak berbual... dan tiba-tiba...

"Aku nak kawen nnti nk buat kt KLCC kt bahagian yg paling atas, dekat bucu menara KLCC... Nanti kt atas tu muat2 tuk aku, suami, imam n bapak aku, xpayah jemput sape2 lagi dah..." - Amal-
Hahahaha, kami semua tergelak besar xckup gusi dan gigi... Macam2 la yg kami sambung... Ternyata sy sangat terhibur dgn statement beliau...

~~~Meneruskan perbualan, yg xmampu diungkap dalam bentuk penulisan...

Amal n Fatiah all da best tuk muet ya... Amal nnt sy tunaikan permintaan awak... Sokongan tuk awak dari segenap segi yea? hehe, boleh tp kena tnggu aw dpt bn4 dlu... =)

Kalian menceriakan hidup saya... Syukran, Alhamdulillah ya Allah daku masih berkesempatan merasai semua ini...

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews