Pages

Mengapa Ada Mengeluh Setelah Ada Ujian

"Huh, lepas satu datang lagi satu!!! Bosan betul hidup gini!!! @#$%^&&..."


"Ala... panas betulla cuaca hari ni bikin kpala gua sakit, dh xbley buat keje..."


"Kenapa aku yang harus terima semua ni... Knapa bukan orang lain??? Knapa org lain blh hidup bahagia, sedangkan aku sering ditimpa kesusahan?"...


"Kenapala hidung aku ni, sekali tengok da macam tahi kene pijak... Tengok orang lain punya hidung yang mancung... Malang sungguh nasibku..."




*****************************************
Apa perasaan kalian saat membaca luahan-luahan seperti di atas atau yang seumpama dengannya... Tersenyum? Marah? Malu? atau rasa takde pape, bak kata bdk zaman skrg... Ada aku kesah???


Hmmm... Analogi yang sy nmpak, ibaratkan Donat menghadiahkan sesuatu pada Cek Mek... Pada suatu masa, ditakdirkan Donat terdengar Cek Mek sedang berborak2 dengan Bahulu. Tanpa disedari, Cek Mek mengadu bahawa hadiah yang diberi oleh Donat terlalu kecil dan Cek Mek tidak menyukai hadiah tersebut... Bayangkan bagaimana hati Donat di kala itu???


p/s : watak2 tiada kaitan yg hidup mahupun tlh mninggal dunia... menunjukkan Si Bilis mmg gemar mkn!!!
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: ”Sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana sama ada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan Allah akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut.”
 
(Riwayat al-Hakim)


Nah, begitu rupanya... Diturunkan ujian buat hamba yang dipilih, bukan sia-sia!!! Tatapi untuk mengangkat darjat seseorang hamba itu dan menghapuskan kesalahannya yang lalu, tapi dengan syarat sabar menjadi mahar mengiringi ujian tersebut...


Subhanallah... bukankah itu tandanya Allah masih sayangkan kita???
Tidak dibiarkan kita terus hidup senang tanpa sekelumit kesukaran, sedangkan kesukaran itu yang boleh mendekatkan kita denganNya, agar meningkat kebergantungan padaNya... Tapi boleh jadi sebaliknya yang berlaku bagi mereka yang tidak menjadikan Allah sebagai tempat bergantung, malahan lebih teruk bagi mereka yg terus2an menyalahkan takdir dan menggap Allah tidak adil!!! Nauzubillah... ~sama2 istighfar~...


Bilis tidak bercadang menulis dgn lebih pnjg, sebagai akhirnya ---->


Rasulullah bersabda :
" Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."






+++ sama-sama renungkan +++






2 comments:

atiqah shaharuddin~~~ said...

Salam ti...best post yg ni...akk ske..blog baru ni cntik gak..blog lame dah xgune la ye?teruskan berkarya!

Izzah Ibtisam said...

akak, maaf baru terperasan komen akak...hehe... tq atas sokongan kak

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews