Pages

Jangan baca jika pening...

Berjalan seorang hamba,
Menelusuri lembah kecintaan,
Kecintaan duniawi dibalut ukhrawi,
Atau terkadang kecintaan ukhrawi dibalut duniawi...


Khabarkan pada hamba,
Bagaimana rasa berteman yang luar biasa,
Air mata,
Siapa sangka perit pedih bertemankan ia,
Tidur yang bertemankan manik jernih...


Bertatih, merangkak, berdiri, berjalan...
Dan akhirnya berlari hamba...
Berlari...
Namun bilakah saat itu kan tiba,
Pabila baru sesaat cuma hamba bisa berdiri,
Ada tangan berbisa yang cuba rebahkan kembali...


Hiduplah hamba dalam terkapai,
Empunya tangan berbisa, tersenyumkah ia...
Biarkan, hingga satu saat segalanya kan berakhir,
Bersedialah sang pemilik tangan berbisa,
Menghadap pengadilan,
Semoga engkau tersedar sebelum hari itu tiba...






Luahan rasa Bilis...
7.00 p.m
December 29,2010.

~rAma-RamA vS kUcInG~

aSSalamualaikum wbt...


Apekena dgn entry kali ni?
Okeh straight 2 da point, sbb bnyk tugas lain menanti (masa sdg mencemburui sy, ececeh perasan kejap)...
Mentor pernah tanya kami (PISMP MAT 09),
Apa binatang kegemaran kamu? Dan Bilis jawab : RAMA-RAMA...


Ofkoz binatang tersebut sdikit sbnyk menggambarkn personaliti seseorang...
Ok tinggalkan rama-rama seketika...


Bila on9 pg td, terjumpa sesuatu... Rahsia diri melalui binatang...


November 17-30 ~ Kucing...
Erk... bukan bermaksud sy suka kucing ya, tp hanya menggambarkan personaliti... Sy xsuke kucing, tp sy xgnggu mreka, hanya mereka yg suke ganggu emosi sy...
Betul atau tidak, boleh nilai sdiri... Yang baik boleh diteruskn, yg buruk? Bolehla slow2 buang =)...



Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu

Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai
Di dalam kehidupan, kamu suka
mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu
dengan
bersungguh-sungguh
Di dalam situasi normal, kamu memang nampak
tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! 
Mereka
yang bernaung dibawah kucing memang
bijak bergaya. Orang sekelilingmu
sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu
bijak
bersosial
tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang
begitu berhati-hati memilih teman.



okeh, ni la yg sy jumpa~senyum sorang diri... mungkin bnyk yg benar, kecuali bab bijak bergaya tu kompius banyak2...hehe...


Penting ke semua ni??? Ofkosla penting... kata nak berukhwah... So kena kenal kawan2 kita mcamana, bukan prcaya 100% tp amik kira faktor2 sbegini...


So kawan2 yg sygkan sy, sentiasala beri sy suasana yg tenang damai, hehe... Perkara baru? Alah, cukupla skadar slalu wt surprise (hehe perasan betul), dan yang penting, JANGAN cabar saya...=)


Tapi kenapa xda pn sentuh sal intelektual, kredibiliti, semangat???
Arghh... Saya nak bina semua tu dalam diri saya... Bina n jadi da BEST...
Sebab apa??? Islam menuntut semua itu... So, get ready =)


Stakat ni dulu,
Wassalam...

Jom Ceriakan Harimu =)

Assalamualaikum w.b.t...
Ape kena dgn entry kali ni, kata nk post sal ubat hati dan klinik hati... Mane??? Mane hah??? (dgn gaya mendesak...hehe)


Maaf ye buat yg menunggu (kalau ada la yg  tunggu)... Kali ni nak berubah angin jap... Rehat minda... Namun sambil sengih2, kita cuba ambil apa2 yg menarik dari kisah yg dipaparkan...
Teruskan membaca hingga akhir post ye =)


Kisah 1 : Dah kena 


Pada suatu pagi, Puan Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunakan kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Puan Tina pun berpesan kepada anaknya:
Puan Tina: Farid, Tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid: Baiklah, Ibu! 
Puan Tina: Kena tak? Kena tak?
Farid: Belum, Belum, Undurlah lagi ibu.
Puan Tina: Kena tak? Kena Tak?
Farid: Undur lagi, lagi, lagi...
Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat.... Bang!!
Farid: Ok Ibu, dah kena pun pokok!
Puan Tina: Alamak! Macamana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku!
Farid: Kata Ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah tu!


p/s : Beri arahan yg tepat, terutama dlm memberi arahan kpd kanak2... (mereka terlalu lurus kan...)


Kisah 2 : Kejutkan Saya


Sepasang suami isteri telah berselisih faham dan tidak bertegur sapa. Pada suatu malam si suami telah menulis satu nota...
"KEJUTKAN SAYA PUKUL 6.30 PAGI"dan meletakkan nota itu di sisi isterinya yang sedang tidur. Keesokan harinya sisuami terjaga dari tidur dan mendapati jam di dinding telah menunjukkan pukul 8.00 pagi. Didapati di sisinya terdapat satu nota bertulis...
"BANG, BANGUN BANG..... SUDAH PUKUL 6.30 PAGI"


p/s : What u give, u get back! Boleh ke kata gitu Tapi itula yg saya nmpak... Bila kita layan org mcm tu, maka bersediala untuk terima layanan yg sama...


Kisah 3 : Makanan Itali 


Seorang pemuda membawa teman wanitanya ke sebuah restoran Itali yang sangat terkenal Walaupun tidak pernah masuk kesitu atau memesan hidangan Itali sebelum ini, pemuda itu tetap bermuka selamba. Tambahan pula dia ingin membuatkan teman wanitanya itu kagum. Apa bila tiba dimeja, pelayan memberikan buku menu dan pasangan berkenaan melihat senarai hidangan. beberapa minit kemudian, lelaki itu dengan bangganya memanggil pelayan untuk membuat pesanan.
"Err..., Berikan saya Giuseppe Spombalucci untuk dua orang!" kata pemuda itu.
Pelayan itu tercenggang.
Pemuda itu mula berang "Mengapa? awak takut saya tak ada duit untuk bayar bil nanti ke?" Tanya pemuda itu.
"Minta maaf encik, Giuseppe Spombalucci tu nama pemilik restoran ini!" Kata pelayan itu.


p/s : Erm, kalau x tahu, jgn malu untuk bertanya... Lebih teruk bila terlampau berlagak tahu, lagi teruk bila ada perasaan nk menunjuk... (mklumla, laki mane nk nmpk 'buruk' dpn buah hati kan =)


Kisah 4 : Temuduga 


Selepas 25 kali mencuba, akhirnya Dol lulus temu duga. Tapi sebelum meninggalkan bilik temu duga, pengurus kilang pun memberitahu...
Pengurus kilang : Untuk permulaan, kita akan bayar kamu RM5 sejam. Tapi lepas tiga bulan, kami akan naikkan gaji kamu kepada RM7 sejam. Setuju?
Dol: Setuju, bos! (lalu menjabat tangan bakal bosnya itu). 
Pengurus kilang : Bagus, bagus! Kalau macam tu bila kamu boleh mula kerja?
Dol: Tiga bulan lagi, bos! 


p/s : Penat bila berhadapan dgn org sebegini... So camana? Sabar jela...


Kisah 5 : Rumah terbakar 


Seorang lelaki tua yang sedang bergunting rambut terkejut apabila tiba-tiba pintu kedai gunting itu dirempuh. Yang rempuh ialah lelaki muda, dan kemudiannya menjerit, "Minhat! Cepat balik, rumah engkau terbakar!!!"
Apa lagi, lelaki tua itu pun terjun dari kerusi, terus berlari ke rumahnya, 100 meter dari situ walaupun rambutnya belum siap dipotong dan di dagu penuh dengan buih pencukur. Dia pun berlari, berlari dan berlari macam lipas kudung. Tapi 30 meter sebelum sampai rumahnya, lelaki tua itu tiba-tiba berhenti. "Eh... kenapa aku lari balik ni? Nama aku bukannya Minhat!"


p/s : Inilah padahnya jika tidak fokus... 


*** Harap anda terhibur (",)***



SeKetul Daging Itu...

Kenapa? Seketul daging itu???

Kalau saya ajukan soalan, “Siapa yg tahu daging apa yg saya maksudkan?”
Daging kambing ke? Or daging lembu???
(daging, masak lomak pon sodap...hehe)

Maka sy rasa anda punya jawapan yg tepat...
Daging itu ialah : H.A.T.I...


(Nah, lollypop ini sbgai gnjaran!!!)


Penting sangat ke hati ni... hingga selalu dikaitkan dgn peribahasa dan yg seumpama dgnnya, seperti :


Jatuh HATI,
Sakit HATI,
Baik HATI,
HATI batu,
Keras HATI,
Buah HATI (Ehem2...)...


Erm... ape lagi ye...
berHATI-HATI di jalan raya?...Oppsss... hehe, boleh ke...

Kita mungkin terbiasa dgr ayat2 seumpama ini :

“Kek Pandan tu, luaran je nampak jahat... Tapi hati die baik...”

...atau mungkin...

“Donat tu, mulut die memang laser sket... Bile cakap xpandai nk jaga hati org... Tapi mulut die je, sbenanye hati die baik...”

Erm... saya pon biase dengar ayt sebegini...

TAPI... (confused)

Cube renungi sabda Rasulullah,

“Di dalam diri manusia, ada seketul daging, jika baik daging itu maka baiklah manusia tersebut... Sebaliknya jika jahat daging itu, maka jahat pulalah org tersebut... Daging itu adalah hati...”

Bukankan apa yg ada di hati boleh terzahir dgn kata2 dan juga tindakan...

Saya bagi contoh yg plg simple :

Pd satu hari, Kek Lapis berjalan2 di sebuah taman bunga... Tibe2, “Opocot, mak ngkau... Eh, &*%^$#...”... Rupa2nya Kek Lapis tersepak batu dan hampir terjatuh...

Hah, tengok... Agak2la kalau seorang yg berhati bersih, adakah perkataan2 mencarut akn keluar dari mulutnya??? 

Kata org apa yg terlintas di hati dan fikiran, itulah yg akan terzahir oleh sang mulut...

Jika hati yg sentiasa bersih dan cenderung mengingati Allah, mustahil perkataan2 yg sebegitu terkeluar dari mulutnya!!! Malah pastinya kata2 yg lebih sedap didengar atau zikrullah yg terkeluar...

Setuju???
Saya xpaksa anda utk setuju dgn saya ya... Tapi cuba kita sama2 renungi sabda Nabi di atas...


Next, Jom tilik lagi satu kenyataan :


Hati orang mukmin ialah hati yg sihat dan ceria. Manakala hati orang yang fasiq (berdosa) ialah hati yg sakit dan resah... Dosa itu mengundang gelisah dalam jiwa...


Bagaimana hati kita???
(Cantik macam ni ke???)


(Atau macam ni???)


(Atau... separah inikah??? Nauzubillah)

Aduh, meremang romaku membacakan ini... Jadi, adakah hati yg kupunyai bukan milik org mukmin??? Jadi aku bukanlah org mukmin???


Ditambah dgn Sabda Rasulullah :


"Dosa itu sesuatu yg mendatangkan rasa resah dalam hatimu"...


Makin kusut memikirkan... (Xda formula ke utk memudahkan faham semua ni???)


Kata saudara sy, Ust Pahrol Mohamad Juoi (saudara seIslam, hehe) ..


Dosa ialah 'virus' yg menyebabkan hati sakit. Hati yg sakit mudah dikuasai oleh hawa nafsu yg ditunggangi oleh syaitan. Apabila 'raja' (hati) dlm kerajaan diri sakit, ia akan turun takhta, dan naiklah 'penjahat' (nafsu) sbg penguasa baru yg akan sentiasa mengajak diri kpd kejahatan... (Terbayang plak perlawanan antara Goku dgn  Sheron...ececeh...)


Hmmm... Barulah smakin faham... Jadi macamana agaknya nk rawat hati? Nk buang virus2 yg ada kt hati...


Kalau lappy, Virus Trojan Horse, pun boleh dihapuskan guna Karpesky atau seumpanya (p/s : ini bukan iklan berbayar ye).


Kalau manusia sakit, masih ada klinik2 yg membekalkan ubat-ubatan... 
Jika manusia diserang kuman atau bakteria, sekurang2nya ada la antibiotik kan...


Tapi bagaimana dgn hati? Ada ke ubat hati? Atau klinik hati???


Jawapannya: ADA... Cuma ia tidak dpt dilihat secara zahirnya...
Nak tahu apa ubat hati, dan di mana klinik hati???


Utk penerangan lanjut, TUNGGU....... Entry sy akan datang...


Utk entry kali ini... Jom sama2 amalkan tiga perkara utk rawat hati:


1) Membaca al-quran dan hayati maksudnya,
2) Mendirikan solat,
3) Mengingati mati...


X susah pon... Jom sama2 cuba laksanakan ketiga-tiga ini... Yg pertama n kedua mmg rasanya dah jadi rutin harian (insyaAllah...)... Cuma yg ketiga... Kalau slalu ingat mati, tentu kita takut nk buat kemungkaran kan, bile tinggalkan kemungkaran, hati pasti bersih dari segala noda...


Sbgai akhirnya, jom renungi kata2 Imam al-Ghazali :


"Carilah hatimu sewaktu membaca al-Quran. Jika kau tidak temui, cari hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak ditemui, cari hatimu ketika duduk takafur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, berdoalah kpd Allah, pinta hati yang baru..."



Wassalam...

Kelebihan Puasa 'Asyura

Puasa 'Asyura sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW berdasarkan keterangan beberapa hadis, antaranya :

1. صُوْمُوا يَوْمَ عَاشُورَاء ، وَخَالِفُوا اليَهُودَ ، صُومُوا يَوْمًا قَبْلَهُ أَوْ يَوْمًا بَعْدَهُ - Berpuasalah kamu pada hari 'Asyura, dan bezalah dengan (puasa) Yahudi, (oleh itu) berpuasalah (juga) sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya ( Dikeluarkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya I/241 ; Ibnu Huzaimah - 2095 - di dalam sanad hadis ini Ibnu Abi Laila yang kurang kuat hafazannya)

2. صُومُوا اليَومَ التَّاسِعَ والعَاشِرَ وَخَالِفُوا اليَهُودَ - Berpuasalah kamu pada hari yang ke sembilan dan hari yang ke sepuluh, dan bezakanlah dengan (puasa) Yahudi. ( daripada Ibnu Abbas r.a. melalui jalan Al-Baihaqi IV/287 - Sanadnya Sahih )

3. إِنِّى أَحْتَسِبُ عَلَى اللهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّيِّئَةَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهَا - Sesungguhnya aku mengharap ganjaran daripada Allah supaya menghapuskan kesalahan (orang yang berpuasa Asyura) setahun sebelumnya. ( HR Muslim - Kitab Puasa )


Berdasarkan keterangan hadis-hadis di atas maka dapatlah diambil beberapa kesimpulan, antaranya :

1. Puasa Asyura sunat hukumnya. Ia dilakukan pada hari yang ke sepuluh dari bulan Muharram. Tetapi jika selain 10 Muharran, juga dilakukan sehari sebelumnya atau sehari sesudahnya adalah lebih baik untuk membezakan antara ibadat Umat Islam dengan ibadat Yahudi.

2. Para ulamak berpendapat tentang derjat puasa Hari Asyura : Derjat I : Puasa tiga hari 9,10,11 Muharram ; Derjat II : Puasa dua hari 9 dan 10 Muharram ; Derjat III : Puasa Asyura hanya sehari iaitu 10 Muharram saja. Namun demikian jika seseorang berpuasa hanya sehari saja (10 Muharram) juga sah, tetapi jika lebih sehari adalah lebih afdhal.

3. Fadhilat puada Asyura : Siapa yang melakukan puasa Asyura nescaya Allah SWT akan mengampuni dosa-dosanya selama setahun sebelumnya. Namun demikian, pengampunan dosa tersebut terbatas hanya dosa-dosa kecilnya saja, sedangkan dosa-dosa besar hanya akan diampuni melalui Taubat Nasuha.

4. Selain itu juga terdapat beberapa hadis tentang fadhilat hari Asyura, antaranya :
 ( Barangsiapa yang memberi kelapangan dan keselesaan kepada ahli keluarganya pada hari Asyura, nescaya Allah akan memperluaskan rezekinya sepanjang tahun ) - (HR Tabarani). Semua hadis seumpama ini derjatnya dhaif (lemah). Imam Al-Nawawiy berkata dalam kitabnya "Al-Adzkar" : Ulama Hadis berkata : Dibolehkan beramal berdasarkan hadis dhaif (lemah) dalam fadhilat amalan selagi hadis tersebut bukan hadis maudhu' (palsu).

Bermuka TEBAL???

'Hari ni aku senyum dekat dia, tapi dia buat xtau je... Malu la nk senyum lagi... Next tyme klu jmpe dia, aku nk tgk je kt dia, kalau dia senyum dkat aku baru aku balas senyuman dia...'


'Da banyak kali aku cuba nk bkawan dgn org tu... Tp xpernah berbalas... Silapkah cara aku??? Lepas ni perlu lg ke aku cuba tegur dia lg? Atau tiba masanya aku putus asa???'


'Dah 3 hari aku cuba hubungi Azizah ni... Knapala lansung xda balasan... Bzkah dia? Atau mmg dia xsuka dkat aku?... hmmm...'


'Aku mengaku aku da buat salah dgn dia... Aku da hulurkan salam perdamaian... Tapi knapa aku tak dilayan? Besar sgtkah salah aku kt dia smpai dia lansung xsambut tgn yg dihulur???...'

*****
Emmm...
Knapa la dgn entry kali ni... hehe...
Saya xtau nk komen...
Hanya mengutarakan monolog2 dlm diri yg pernah bertandang dlm hati...
Bermuka tebalkah mereka2 yg bermonolog seperti di atas???

Mungkin inilah monolog seseorang yg hampir kepada kekecewaan...
Tapi masih belum terlambat,
Jika terus dipositifkan...
Maka cas2 negatif dalam diri akan dineutralkan oleh cas2 positif...

Dan berbuat baiklah, karena sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik.
 (Al-Baqarah : 195)

Perumpamaan kaum mukminin dalam kasih sayang, sikap rahmah, dan sikap lembut antara mereka adalah seperti satu tubuh. Jika satu anggota tubuh mengeluh kesakitan, maka seluruh badannya akan  merasakan sakit. 
HR. Al-Bukhari 5552, Muslim 4685


"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakkan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. )Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani." 
(Surah al-Hujuraat, ayat 12)


Hiduplah seperti pohon kayu yang lebat buahnya. Hidup di tepi jalan dan dilempari orang dengan batu, tetapi tetap dibalas dengan buah.
~Abu Bakar Sibli~

Saya sengaja tinggalkan entry kali ini tergantung sebegini...
Mohon pandangan,
 apa yg patut dilakukan sekiranya berdepan situasi2 di atas??? 

~Keimanan dalam Persahabatan~

"Perbaharui persahabatan kita, ya?"


"Em, ya..."


"Perbaharu macamana lagi? Tak cukup elokkah?"


Ifran menggeleng...


"Di sekolah aku sekarang, aku belajar bahawa, semua perkara perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah."


"Persahabatan kita bukan begitukah?"


"Begitu, tapi dalam keadaan kita tidak faham. Sekarang, aku mahu kita sama-sama faham bahawa persahabatan kita terbina atas dasar iman. Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kekayaan kau, aku kagum dengan rupa parasmu, atau sebagainya... Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah."


"Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau atas dasar hanya kerana Allah sahajalah? Bukan sebab kau pandai, kau bagus, kau baik... Begitu?"


Irfan mengangguk. "Dan bersahabat atas iman ini, ada satu syarat."


"Apa syaratnya?"


"Saling lengkap-melengkapi dlm menjadi hamba Ilahi yg baik."


"Insya-Allah. Kau perlu banyak bimbing aku, Irfan."


"Insya-Allah, kita sama-sama usaha."


"Em, aku nak tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persahabatan kita ats dasar keimanan?"


"Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa ke akhirat. Rumah, harta akan hancur. Rupa paras akn hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kpd Allah, kita hendakkan redha Allah. Redha Allah, kita akn kejar sampai mati, dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu, persahabatn kita ini Allah kira sebagai ibadah."


"Kalau begitu, apa sebab pun persahabatan kita takkan putus?"


"Apa sebab pun. Hatta kau terjun dalam neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga"


"Begitu?"


"Begitulah."


"Janji?"


"Janji."


"Maka kau, Irfan. Sahabatku atas keimanan ini. Jangan kau lepaskan aku." Asid menghulurkan tangan. Irfan menjabat.


"Maka kau, Asid. Sahabatku ats keimanan ini. Aku takkan lepaskan kau, dan kau jangan lepaskan aku."


"Walau apa pun terjadi."


"Walau apa pun yg terjadi"


Irfan dan Asid tersenyum. Rasa bahagia...

***Dipetik dari buku 'Sinergi'~Hilal Asyraf~***



Indahnya ukhuwwah andai benar-benar begini...
Tidak rasa untuk mengulas panjang...
Sama-sama renungi dan jadikan ia satu realiti...


Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews