Pages

~Keimanan dalam Persahabatan~

"Perbaharui persahabatan kita, ya?"


"Em, ya..."


"Perbaharu macamana lagi? Tak cukup elokkah?"


Ifran menggeleng...


"Di sekolah aku sekarang, aku belajar bahawa, semua perkara perlu dibina atas dasar keimanan kepada Allah."


"Persahabatan kita bukan begitukah?"


"Begitu, tapi dalam keadaan kita tidak faham. Sekarang, aku mahu kita sama-sama faham bahawa persahabatan kita terbina atas dasar iman. Aku tak berkawan dengan kau sebab aku mahukan harta kekayaan kau, aku kagum dengan rupa parasmu, atau sebagainya... Aku berkawan dengan kau, hanya kerana Allah."


"Oh, jadi, aku pun perlu berkawan dengan kau atas dasar hanya kerana Allah sahajalah? Bukan sebab kau pandai, kau bagus, kau baik... Begitu?"


Irfan mengangguk. "Dan bersahabat atas iman ini, ada satu syarat."


"Apa syaratnya?"


"Saling lengkap-melengkapi dlm menjadi hamba Ilahi yg baik."


"Insya-Allah. Kau perlu banyak bimbing aku, Irfan."


"Insya-Allah, kita sama-sama usaha."


"Em, aku nak tanya. Kenapa kita perlu bangunkan persahabatan kita ats dasar keimanan?"


"Sebab iman sahaja yang kita mahu bawa ke akhirat. Rumah, harta akan hancur. Rupa paras akn hodoh. Kebaikan akan diuji. Keimanan kpd Allah, kita hendakkan redha Allah. Redha Allah, kita akn kejar sampai mati, dan kita hendakkannya di akhirat nanti. Kita mahu, persahabatn kita ini Allah kira sebagai ibadah."


"Kalau begitu, apa sebab pun persahabatan kita takkan putus?"


"Apa sebab pun. Hatta kau terjun dalam neraka, aku akan terjun sama untuk menarik kau, naik semula dan berjalan beriringan denganku sampai ke syurga"


"Begitu?"


"Begitulah."


"Janji?"


"Janji."


"Maka kau, Irfan. Sahabatku atas keimanan ini. Jangan kau lepaskan aku." Asid menghulurkan tangan. Irfan menjabat.


"Maka kau, Asid. Sahabatku ats keimanan ini. Aku takkan lepaskan kau, dan kau jangan lepaskan aku."


"Walau apa pun terjadi."


"Walau apa pun yg terjadi"


Irfan dan Asid tersenyum. Rasa bahagia...

***Dipetik dari buku 'Sinergi'~Hilal Asyraf~***



Indahnya ukhuwwah andai benar-benar begini...
Tidak rasa untuk mengulas panjang...
Sama-sama renungi dan jadikan ia satu realiti...


2 comments:

muRaBbi s0LehaH..^_^ said...

subhanallah..
indah & manisnya ukhuwah itu..
andai Allah sbg paksi utama jlinan pshbtn..
m0ga2 kta berukhuwah keranaNYA selamaanya....amiiin..=)

Izzah Ibtisam said...

Amin... Bersahabat ats dasar keimanan... maka bersahabat sbg satu wadah utk mencapai matlamat...Allahuakbar

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews