Pages

Muslim kena patuh perlembagaan AS

Paderi bakar al-Quran sasar radikal Islam 

DETROIT: Paderi Florida yang mencetuskan kontroversi untuk membakar kitab suci al-Quran, Terry Jones, menuntut orang Islam patuh kepada Perlembagaan Amerika Syarikat dan merancang melakukan bantahan terhadap golongan radikal Islam di luar sebuah masjid di Dearborn di sini, bulan depan, kata jurucakap Jones. 

Jones merancang untuk melakukan bantahan itu pada 22 April ini sebagai sebahagian kempen ‘Protes Jihad dan Antisyariah’ di depan masjid Pusat Islam Amerika di Ford Road, katanya.

“Kita perlu menetapkan panduan jelas kepada penduduk Muslim di Amerika. Mereka dialu-alukan di sini, bebas mengerjakan ibadat dan boleh membina masjid.
Tetapi, kami juga mahu mereka menghormati perlembagaan negara ini. Jika mahu mengubahnya dengan menguatkuasakan syariah, mereka tidak lagi disambut baik,” kata Jones dalam kenyataan kepada media, semalam. 


Jones ialah ketua paderi Gereja Dove World Outreach di Gainesville, Florida yang merancang membakar al-Quran menggunakan tema ‘Hari Bakar al-Quran’ sebelum membatalkannya, September lalu. Paderi itu kembali mendapat tumpuan selepas menyelia sesi membakar al-Quran Ahad lalu diketuai seorang lagi paderi, Wayne Sapp. 

Perbuatan Jones dan Sapp membakar kitab suci itu dikecam beberapa pertubuhan Kristian di Mumbai. 

“Perbuatan itu tidak boleh menjadi wajar dalam apa jua keadaan,” kata Dr John Dayal dari Kesatuan Katolik Seluruh India. 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Minoriti Negeri, Abraham Mathai, berkata penting bagi Amerika yang mendakwa kononnya pejuang demokrasi dan keadilan bertindak tegas ke atas perbuatan menyalahi agama ini yang hanya memberi kesan buruk ke atas keamanan” katanya. – Agensi 



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuslimkenapatuhperlembagaanAS/Article/

Ada bezanya~

Assalamualaikum w.b.t...


Setelah agak lama sepi tanpa coretan,
Hari ini saya tampil untuk kembali menconteng dinding blog ini...


Ada beza apala kali ni ya Cik Izzah Ibtisam???


Hmmm...
Mahu berbicara tentang kesopanan atau budi bahasa...
Opppsss...


Ok, macam ni  situasinya... Pada suatu hari... tettt....


Abang  : Dik, amikkan sudu tu kejap...
Adik     : Ala, amikla sdiri... penatla...
Abang  : Ko kan lagi dekat, ko la amik... malas betul...
Ibu        : Dik, x elok melawan cakap abang. Pe salahnya kalu tlg amikkan...
Adik     : Asyik bagi arahan je... Penatla gini!!!


Tett....


Hurm... biase x dgr or hadapi situasi macam ni??? Mesti penah kan...kan... Adik-beradik biase kot macam ni... Oppss,saya xcakap saya macam ni...hehe (xnak mengaku)...
Baiklah, apa yg bezanya???


Ish...beza...
Cuba kalau arahan ditukar dengan minta tolong...contohnya macam ni... 


Abang  : Dik, tolong amikkan sudu tu kejap...


Hah, xke sejuk sikit telinga mndengar...


Xkisahlah bila berhadapan dgn org yg lebih muda mahupun yg lebih berusia...


Itula yg dikatakan kesopanan dan budi bahasa...


Sebab stengah individu memang ckup pantang bila diberi arahan...
Berbeza halnya kalau kita minta tolong kan??? Alah, bukan susah pon nk ucap perkataan 'tolong', xkering pon air liur, kan?


Peringatan buat diri sendiri jua...


Wassalam...
Sedar diri itu lemah,


bukan pemati kepada usaha.



Sedar diri itu berdosa,



bukan penghalang untuk menggapai kebaikanNya.



Yang penting usaha, dan percaya.



Sesungguhnya Dia,



Maha Besar, dan Maha Pengampun dari segala-gala...


~Credit to Hilal Asyraf~ 
salam muhasabah

...

Ya Allah...
Kuatkanlah hambaMu ini...
Kuatkanlah insan2 di sekelilingku,
dalam menghadapi hidup ini...
Semoga Al-Quran dan Sunnah menjadi panduan hidup kami...
Jadikanlah Islam sebagai cara hidup kami,
Matikanlah kami dengan pengakhiran yg baik...


Saat terasa berat di pundak,
Terduduk lemah longlai...
Tapi Engkaulah yang jua memberikan kekuatan itu...
Rupanya bukan hanya aku yang merasakan berat ujian itu...
Malah insan2 di sekelilingku turut sama merasai...
Masing2 dengan bebanan tersendiri...


Jadi tersedar aku seketika...
Bahawa aku harus terus gagah melangkah...
Bukankah pernah aku alami bebanan ini,
Pernah aku lalui ia...
Namun kenapa harus tewas untuk kali ini?


Kagum tiada terkata,
dengan percaturan Ilahi...
Indahnya aturanMu Tuhan...
Hamba yang hina ini redha akan ketentuanMu...
Itulah yg aku mahukan...
Sentiasa redha, 
Tetapi kenapa harus ada sesuatu yg tak diundang...
Cuba memusnahkan segala ketenangan...
Uhhh...
Tidak sanggup teruskan perkongsian...

Allah...
Kuatkan hambaMu ini...
Agar aku mampu terus mengawal segala anasir itu...
Pergi meninggalkanku, tinggalkan cucu cicit Nabi Adam...






~Saya, Nor Izzati a.k.a Izzah Ibtisam memohon ampun dari anda yg pernah saya sakiti~

Semoga diredhaiNya...

Assalamualaikum w.b.t...


.... Mengeluh panjang???...
Sebab tekanan yg makin menghimpit...
Saat tugasan yang berasak-asak menuntut untuk disiapkan...
Program2 wajib yang entah makin penat dengannya...
Saat hati manis dah jadi tawar...
Gula sudah tidak mampu menambah rasa lagi...


.....................................................
Apa kaitan semua ni?
Sapa yang mengeluh?
Entah, mungkin tepat terkena batang hidung sape2 yang suka mengeluh!


....................................................


Saya melihat situasi2 begini...
Sekarang...
Si A marahkan Si B,
dalam keadaan tidak sedar...
Kemudian Si A datang mohon maaf dari Si B,
Sebab baru rasa bersalah,
Sebenarnya Si A tidak marahkan Si B,
Tapi sebab tekanan, yang baik pun nampak buruk....


Ini satu situasi yang saya lihat...
Ada lagi...


Kumpulan A tuduh Kumpulan B tak buat kerja,
Kump B pulak cakap Kump A tak nak ikut arahan...
Masing2 nak menafikan,
Sebab yakin dah jalankan tugas masing2...
Hah, macam tu lah situasinya...


Pernah tak lalui semua situasi di atas?
Saya rasa itu common,
Sebab semua orang kt cni penat dengan tugas masing2,
Dah dikawal,
Tapi kadang2 orang yang berdekatan menjadi mangsa...
Hehe...
Macam yang pernah saya lalui... 
Kena marah tanpa sebab,
Tapi takpe,
Anggaplah semua orang penat,
Kita pon penat...
So kalau terkena situasi begini,
Senyum sajalah, think positive,
Kalau kita x suka kena macam tu,
jangan buat orang lain macam tu...


Maafkan penulisan yang dihasilkan dalam keadaan kelam kabut...
Hati yang tawar dengan apa yang terjadi...
Astaghfirullah...

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews