Pages

Muslim kena patuh perlembagaan AS

Paderi bakar al-Quran sasar radikal Islam 

DETROIT: Paderi Florida yang mencetuskan kontroversi untuk membakar kitab suci al-Quran, Terry Jones, menuntut orang Islam patuh kepada Perlembagaan Amerika Syarikat dan merancang melakukan bantahan terhadap golongan radikal Islam di luar sebuah masjid di Dearborn di sini, bulan depan, kata jurucakap Jones. 

Jones merancang untuk melakukan bantahan itu pada 22 April ini sebagai sebahagian kempen ‘Protes Jihad dan Antisyariah’ di depan masjid Pusat Islam Amerika di Ford Road, katanya.

“Kita perlu menetapkan panduan jelas kepada penduduk Muslim di Amerika. Mereka dialu-alukan di sini, bebas mengerjakan ibadat dan boleh membina masjid.
Tetapi, kami juga mahu mereka menghormati perlembagaan negara ini. Jika mahu mengubahnya dengan menguatkuasakan syariah, mereka tidak lagi disambut baik,” kata Jones dalam kenyataan kepada media, semalam. 


Jones ialah ketua paderi Gereja Dove World Outreach di Gainesville, Florida yang merancang membakar al-Quran menggunakan tema ‘Hari Bakar al-Quran’ sebelum membatalkannya, September lalu. Paderi itu kembali mendapat tumpuan selepas menyelia sesi membakar al-Quran Ahad lalu diketuai seorang lagi paderi, Wayne Sapp. 

Perbuatan Jones dan Sapp membakar kitab suci itu dikecam beberapa pertubuhan Kristian di Mumbai. 

“Perbuatan itu tidak boleh menjadi wajar dalam apa jua keadaan,” kata Dr John Dayal dari Kesatuan Katolik Seluruh India. 
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Minoriti Negeri, Abraham Mathai, berkata penting bagi Amerika yang mendakwa kononnya pejuang demokrasi dan keadilan bertindak tegas ke atas perbuatan menyalahi agama ini yang hanya memberi kesan buruk ke atas keamanan” katanya. – Agensi 



http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MuslimkenapatuhperlembagaanAS/Article/

No comments:

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews