Pages

Dedikasi buat Kakak...

Dulu kita pernah bersama,
Mungkin terlalu akrab suatu masa dulu,
Menerimamu dgn hati yg sangat senang,
Senang gembira saat bersamamu,
'Kenapa kakak ni, brutal sgt wpun bertudung labuh', bisik hati aku,
Itu saat pertama kali melihatnya, 
tanpa mengenalinya aku membuat tanggapan...
'Hobi saya buat latihan Add Math' - ini aku, 
mungkin sesuatu yg kakak paling ingat sebelum kita mengenali,
Saat itu, 'Woh budak ni, aku ppinar butir mata buat latihan Add math, 
dia bulih plak jadikan hobi'
- bisik hati Kakak saat itu...

Tiba satu masa,
Kami mula mengenali, 
Tanpa dirancang kami kian akrab,
Entah, keserasian yg timbul sukar digambar,
Saya adik, dia Kakak...
'Kak tok tahu kenapa, 
tapi Kak selalu senang dgn org bernama Izzati, 
selalunya begitu - kebetulan...'
Kisah suka duka dikongsi saat bertemu,
Borak-borak,
Semestinya penuh dengan nasihat dari Kakak...
Aish, Kakak saya garang... Garang sbb adik die nakal sikit,
Terima kasih kakak, atas tegurannya...
Rindu segala mutiara kata darimu...

Saya diterima melanjutkan pelajaran ke UIA,
Mungkin dia antara org yg paling gembira untuk itu,
'Kak ada temanlah lepah ni dkt Kuantan...' 
Namun, cukup 2 minggu,
Saya menerima tawaran ke IPG,
Ya, rezeki dan takdir menetapkan saya ke sana,
Selamat tinggal UIA, universiti idamanku...

Berangkat ke Melaka...
'Jaga adik ana mmolek tuh!',
Pesan kakak pada seseorang...
Tidak kisah berjauhan,
Kerana tautan hati atas jalan ini yg menghubungkan kami,
Doa dikirim dari kejauhan,
Sesekali berhubung, Kakak menjalankan tugasnya...
'Jgn nakal2, nanti kak piat',
'Baikkk....'...

Beberapa tahun berlalu,
Kita kian berjauhan,
Jauh...
Kesibukan??? Alasankah?
Sesekali saat bertemu,
Oh, rasa sangat kekok...
Janggal, sudah tdk seperti 3 tahun yang lalu...
'Kak...',
Salam bertaut, saling berpelukan...
Diam tidak terkata menahan sebak...
Air mata tolong jangan gugur!!!

Begitu situasinya kini...
Setiap kali pertemuan,
Aku teragak untuk menemuimu Kakak,
Bukan melarikan diri,
Tetapi terasa dirimu 'terbang' terlalu tinggi...
Sedang rama-rama ini masih di sini...
Kuakui salahku kerana tidak sekuat dirimu...
Sentiasa mendoakanmu wahai pejuang Agama...

Walau sejauh mana sekalipun,
Aku tidak pernah melupakan angan yg pernah dicipta bersama,
Mengenalimu Kakak, sesuatu yg sgt berharga dlm hidupku,
Yang pasti aku sentiasa 'melihatmu' dari jauh...
Merindui ukhuwwah yg terbina lama dahulu...
'Jange ppecoh sep kito...'
Kakak...

(Maaf, tdk mampu meneruskan lagi...)


*Segunung sayang,seluas langit kasih juga buat Kakak...

Dedikasi buat Kakak,
Adindamu,
13 Jun 2011,
2.22 a.m.

Bangau Ooooo Bangauu...

Assalamualaikum w.b.t...
Hurm, nak kongsi sesuatu dengan anda2 ye...
Kenapa bangau? Saya peminat bangau??? Oh, pelis!!! Bukan ye...
 Ok, macam ni... Penah dengar x lagu 'Bangau oh bangau'?
Alah, tipu la kalo xpenah dengar... Ha, klu xpenah dengar sure die bukan rkyat M'sia! hek3...Mesti smua ngaku penah dgr lagu ni kan...


Erm, macam ni... Lagu ini saling menunjukkan bagaimana sesuatu itu meletakkan kesalah pada sesuatu yang lain... X caye? Nah, baca lirik lagu ni...


Oh Bangau oh Bangau
Kenapa engkau kurus
Macam mana aku tak kurus
Ikan tidak timbul

Oh ikan oh ikan
Kenapa engkau tidak timbul
Macam mana aku nak timbul
Rumput panjang sangat 2x

Oh rumput oh rumput
Kenapa panjang sangat
Macam mana aku tak panjang
Kerbau tak makan aku2x

Oh kerbau oh kerbau
Kenapa engkau tak makan rumput
Macam mana aku nak makan
Perut aku sakit2x
Ok perut oh perut
Kenapa engkau sakit
Macam mana aku tak sakit
Makan nasi mentah2x

Oh nasi oh nasi
Kenapa engkau mentah
Macam mana aku tak mentah
Kayu api basah2x

Ok kayu oh kayu
Kenapa engkau basah
Macam mana aku tak basah
Hujan timpa aku2x

Hujan oh hujan
Kenapa engkau timpa kayu
Macam mana aku tak timpa kayu
Katak panggil aku2x

Katak oh katak
Kenapa engkau panggil hujan
Macam mana aku tak panggil
Ular nak makan aku2x

Ular oh ular
Kenapa engkau kau nak makan katak
Macam mana aku tak makan katak
Memang makanan aku2x 


Haa, tgk tu... bpe banyak ekor binatang n benda lain yg dipersalahkan...
Wah, lagu ni menunjukkan satu sikap yg negatif!!!
TAPI, ia boleh dijadikan salah satu contoh teguran n pengajaran buat kita.
Yelah, kalau kita dah buat silap kenapa nak tuding jari tgn kat org lain pulak...hurm...

Ok, kalau dalam kisah seharian kita la ye... Contohnya macam ni...

Pakcik K (bukan Dato' K) seorang peniaga sebuah kedai makan... Alhamdulillah warungnya kian maju dari sehari ke sehari... 

Makanan dan layanan di sana sungguh bagus! Namun begitu, pernah beberapa ketika warungnya lengang dan beberapa pelanggan tetap warung tersebut mengatakan yang mereka seringkali melihat warungnya ditutup... 
Wah terkejut amat Pakcik K nih, sedangkan setiap hari bermula usai subuh warungnya akan dibuka... 

Oleh kerana merasakan ada sesuatu yg aneh, beliao menjemput bomoh untuk dtg dan men'scan' warungnya... Seperti yang dijangka, sahlah kata bomoh warungnya telah 'dibuat orang'... 

Uish, waktu itu macam2 la yg ditemui... Ada serai, tulang, erm apa lagi ye.... bungkusan tanah, lada, cebisan kaca, ank patung doremon dan tdk kurang patung ultramen (huhu ape lagi ek, nak menunjukkan betapa pelik n banyaknya benda anih yg ditemui di sekitar tempat tersorok di warungnya....hiperbola betul!)...

Maka bertungkus lumuslah bomoh tersebut meng'heal'kan warung tersebut... 
-Ok, ini kisah beberapa tahun + beberapa bulan yg lalu...-


Suatu Hari, Pakcik N bertandang ke warung Pakcik K... Cam besela... mai secawan!!! (mcm iklan kt tv...hehe)... Pastu, mereka borak2...

N : Macamana perniagaan skg? Ada lg x kes dengki mendengki, yg akhirnya membawa  kpd kes guna bomoh mcm suatu ktika dulu? (ehem, ayt skema betul...keh2)...

K : Oh, xda dah... Alah, dulu tu aku rasa macam 'buduh' sebab cpt percaya benda2 gni... Slalu cpt fikir org nk aniaya kita... Sbenanye, kita sdiri yg aniaya diri kita... Baru la aku terfikir, kalau dlu suka2 ati je aku 'korek' hidung kt warung... Org lalu lalang tengok, mana la nk dtg kedai aku...Hah, aku da perhati banyak benda... Contohnya, isu gelas... Ramai org sbenanye sgt kisah dgn gelas yg kita guna... Kalaulah gelas kt kedai kita tu kecik sgt, bnding ngn kedai lain. Mestilah kedai yg gelas lbh besar jd pilihan... Pinggan, kebersihan kedai.... Tu semua kena amik kira...

N : Yelah, betul jugak ye... Ramai org slalu fikir ape org lain buat pada kita... Org tu nak jatuhkan kita... Spatutnya kita fikir, apa salah kita yg membuatkan kita jatuh... 

Dalam diam N bermonolog... 'Aku sangat suka membaca, top up ilmu melalui pembacaan... Ya, banyak yg aku dpt dri membaca... Tapi aku kagum dengan K, dia belajar melalui pemerhatian... Bljr dari pengalaman...'

Ha, macam tu la kisah kedai kopi... ~Ini kisah benar, yg sy dgr dari Pakcik N, credit to him! (Tapi mgkin ada sikit tokok tambah + hiperbola bg menambah perisa dlm cerita, sedikit ubahsuai dri segi dialog... =)

Erm, saya setuju. Bnyk yg sy blaja dari Pakcik N sepanjang beliau berkampung di rumah sy... Sy nk relate dgn nasihatnya pagi td waktu sarapan bersama :

" The problem is how you take the problem "...

Wah, saya sgt setuju! Betul, ia buat sy berfikir... Kalaupun org buat jahat pd kita, kenapa kita harus berterusan bersedih. Bukankah dgn bersedih kita lebih menganiaya diri sendiri... Jadi, kita lebih teruk dari org yg menyakiti kita, sebab menganiaya diri sendiri... Biarkan, kita yg menentukan bagaimana diri kita... 

Mood : Sy sungguh gembira, banyak ilmu yg sy perolehi secara santai selama cuti ini... Sbb tu sy suka berbual dgn org yang lebih 'berusia', mereka lebih banyak makan garam dari saya yg masih setahun jagung ni... 
(hehe, maklumla saya masih TEENagers...hehe)...

Ok, jom positifkan diri... Orang sekeliling akan terus hidup dgn cara mereka. Tdk kira jika sesetengah mereka hinggap sebagai parasit dlm hidup kita... Mereka akan kekal sbgai parasit, hinggalah suatu masa mereka di'tebas'... Takkanlah disebabkan kita tdk mampu melawan parasit, kita terus 'menyerah' dgn diri sendiri? Kita sdri la kan yg kena usaha untuk dptkan keperluan (cahaya, air, ruang n bla...bla...)... Ok, itu contoh 'kita', iaitu pokok.... Sila rajin untuk relate dgn kehidupan kita ye...

Buat pembaca yg rajin membaca tulisan sy, tnggu entry seterusnya... Tntg apa yg sy perolehi dlm cuti ni, ya tentang pemerhatian sy...
Jumpa lagi... Maaf jika ada terlanjur kata, atau ada bahasa yg kurang 'masuk' dengan jiwa anda...Ini belog saya! Jadi sy menulis ikut 'gaya' saya... Apepun, sy tetap menerima sebarang teguran...

Assalamualaikum dari Bilis!

MuslimaT PerkasA

Mereka mahukan muslimat perkasa, 
Yang mampu berdikari, 
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi, 
Yang lantang bersuara memberi pandangan, 
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan.

Cuma dia rasa seperti mahu bertanya ,
Mahukah mereka pada isteri perkasa?, 
Acapkali terkena sejuknya angin malam, 
Kadang- kadang panas terik dan juga hujan, 
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan, 
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan ,

Namun dia berserah dan cuba, 
Untuk tidak ambil kisah.



Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah, 
Kuat hatinya seperti Nusaybah, 
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah, 
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah, 
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah ,

Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang, 

Kerna musuh itu sedang menyerang,
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme,
Jadi dia perlu terus bergerak,
Mempertahankan Islam dan kebenaran,
Membantu para muslimin di medan juang,
Walau kadang dia bertanya, 

Perlukah sebagai muslimat,isteri, ibu,
Untuk terus berdiri di medan perjuangan? ,
Apapun dia sentiasa katakan pada diri,
Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan,
Manusia itu hanya sandaran,
Jadi biarlah tuhan yang menentukan,

Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang,
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah anda menerima isteri perkasa?.







~Ini bukan sajak karangan sendiri, namun satu perkongsian yg sgt menarik~

ISTIDRAJ

Assalamualaikum dari Bilis buat semua...
Apa khbr? Cuti2 sebegini, da banyak top-up? Top-up apa? Kredit? Ohh tidak...
Soklan penuhnya : da banyak top-up ilmu??? (xpe2, xperlu mesej sy utk bagi jawapan, cukuplah tny pda diri...)
Jom, nak share sumthing... Benda basic jeh... Da blaja kot kt skola mnengah dlu...
Tapi jum refresh balik!!!
>
>
>
Pernah x kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain-lain sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? 
Hmm... Sebenarnya kita kena ingt bhwa kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang tu. 

Jd, apa yg dimaksudkan dgn istidraj tu?
Istidraj ialah suatu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 

Rasullulah s.a.w. bersabda :


"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat 
(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." 
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, malangnya kebanyakan manusia yg bergelumang dgn maksiat dan masih menerima nikmat dariNya menganggap nikmat tersebut adalah beserta redha dan kasih dari Allah...

Tetapi bagaimana jika seseorang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan saje di bulan Ramadhan, bahkan hari Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa je. Ada!yang susah juga. Kenapa ye? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah, ibaratnya dah tak tahu ke mana nk dibelanjakan hartanya... Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Nauzubillah... 
Hurm, jom sama2 refleks diri...
Ayuh! Saya juga, bersama anda... Mujahadah melawan hawa nafsu, perangi maksiat!!!
Moga2 kita dpt membezakan antara istidraj dgn rezeki dan nikmat yg Allah kurniakan kpd kita ats amalan yg kita lakukan agar kita tidak berterusan berada dlm kesesatan... 

Satu kisah~

Assalamualaikum w.b.t...
Ni kire entry pertama saya sewaktu cuti. Apa khabar semua? (ehem, macam ramai sgt kan)... Saya nak kongsi sesuatu, err satu kisah... Pandan dan Serai (bukan nama sebenar)...


Pada suatu petang yg indah, burung2 pun berkicauan... Pandan bertandang ke rmh Serai. Mereka berborak panjang lebar. Tiba-tiba, Pandan meminta kebenaran untuk ke tandas...


Pandan : Eh, ada ikan kt dalam bilik mandi...
Serai     : Haah, cantik kan mereka... Da lama saya pelihara..
Pandan : Eiii, tak malu betul... Nanti ikan tu boleh intai orang yg mandi kt cni.
Serai     : Eh, macam tu ke. Xda la, saja je letak sebab cantik... Wat hiasan kt toilet.
Pandan : Alah, macam xda benda lain yg boleh jadikan hiasan dlm toilet... 


Seketika kemudian, Pandan minta diri untuk pulang ke terataknya...


Di rumah, Pandan menerima satu kiriman sms...


" Pandan, saya dah buang ikan2 tu...hehe lepas ni mereka da xbley intai org mandi lagi "

Pandan terkedu... Sungguh tidak terkata...


Tidak mengambil masa yg lama, Pandan terus menghubungi sahabatnya, Serai.


Pandan : Kenapa buang ikan2 tu? Kasihan sungguh mereka...
Serai    : Sebab, tadi awak ckp ikan2 tu intai org mandi...
Pandan : Saya hanya bergurau. Xkan xdpt beza kot... (Pandan terfikir, adakah dirinya yg tdk tahu bergurau, atau Serai yg xdpt terima gurauannya...)
Serai    : Laahh, yeke... So macamana? mereka da jadi arwah... Kesian kt ikan2 tu...
Pandan : Ish, sy rasa bersalah... Campur rasa kelakar... 


Perbualan mereka berakhir di situ, namun kisah itu sentiasa segar dalam ingatan... 
Bermula saat itu, Pandan mengetahui sesuatu tentang sahabatnya... Dia (Serai) sangat lurus, macam pembaris besi!
Ikan yg tak berdosa jadi mangsa...hehe... x habis gelak lagi... 
Mak Serai kata, "sama jelah kamu berdua, macam Mak Mandir ngan Pak Pandir"...


Kisah ni, kisah benar... Memang ada kaitan dgn mereka yg masih hidup (Pandan, Serai & ibu Serai) dan yg telah meninggal (ikan emas dan mungkin burung2 yg berkicauan)... 
Setiap sesuatu yg berlaku itulah pengalaman dlm hidup kita, yg membuatkan kita lebih mengenali sahabat dan manusia2 di sekeliling kita...


Ini antara kisah yg sentiasa segar dlm ingatan saya...
Ada sesuatu yg telah saya pelajari... 
p/s buat Serai : Next tyme, tnya dlu ye... Ni gurau ke betul2, then baru bertindak k!...hehe...
Tapi, kisah ini kisah lama, 3 tahun yg lalu... Skrg Serai bukanlah selurus Serai yg Pandan kenali dulu...
Seperti yg Serai katakan "anak mak dah besar..."


Saya minta diri dulu... Wassalam...




Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews