Pages

ISTIDRAJ

Assalamualaikum dari Bilis buat semua...
Apa khbr? Cuti2 sebegini, da banyak top-up? Top-up apa? Kredit? Ohh tidak...
Soklan penuhnya : da banyak top-up ilmu??? (xpe2, xperlu mesej sy utk bagi jawapan, cukuplah tny pda diri...)
Jom, nak share sumthing... Benda basic jeh... Da blaja kot kt skola mnengah dlu...
Tapi jum refresh balik!!!
>
>
>
Pernah x kita lihat seseorang insan tu sentiasa dapat kegembiraan seperti dapat naik pangkat, murah rezeki dan lain-lain sedangkan dia tu selalu melakukan kemungkaran? 
Hmm... Sebenarnya kita kena ingt bhwa kadang kala sesuatu anugerah Allah swt kepada seseorang individu tu bukanlah sebab Allah sayangkan hambanya itu tetapi kerana Allah nak tengok sejauh mana keikhlasan orang tu. 

Jd, apa yg dimaksudkan dgn istidraj tu?
Istidraj ialah suatu pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. 

Rasullulah s.a.w. bersabda :


"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat 
(durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." 
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, malangnya kebanyakan manusia yg bergelumang dgn maksiat dan masih menerima nikmat dariNya menganggap nikmat tersebut adalah beserta redha dan kasih dari Allah...

Tetapi bagaimana jika seseorang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan saje di bulan Ramadhan, bahkan hari Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa je. Ada!yang susah juga. Kenapa ye? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah, ibaratnya dah tak tahu ke mana nk dibelanjakan hartanya... Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Nauzubillah... 
Hurm, jom sama2 refleks diri...
Ayuh! Saya juga, bersama anda... Mujahadah melawan hawa nafsu, perangi maksiat!!!
Moga2 kita dpt membezakan antara istidraj dgn rezeki dan nikmat yg Allah kurniakan kpd kita ats amalan yg kita lakukan agar kita tidak berterusan berada dlm kesesatan... 

No comments:

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews