Pages

Kerana Itu Takdirnya ~ Bhgn 2

Hari-hari yang dilalui Naimah makin suram. Tanpa rela dia terpaksa menghalang Luqman menghubunginya melalui telefon bimbitnya.
Wang belanja telah Abi kurangkan. Luqman dan Naimah hanya berpeluang berinteraksi di sekolah, namun hanya dalam ruangan yang sangat terbatas. Luqman merupakan pelajar aliran Teknik, berbeza dengannya yang mengambil aliran Sains Tulen.
Komunikasi di hujung jari? Ya… Naimah merupakan seorang blogger yang sangat aktif. Seringkali menceritakan kisah hidup yang dialaminya dalam blognya yang diberi nama ‘Cherry Blossom’ (bunga sakura). Berbeza dengan Luqman yang merupakan gamer  tegar abad ini. Jadi perhubungan mereka tetap terbatas.

Fikiran Naimah kusut, sedar bahawa Abi merupakan imam yang dihormati di taman perumahannya. Tindakan Naimah yang sangat liar telah menyebabkan buah mulut jiran tetangga. Naimah akur dengan keputusan Abi dan Umi, namun jiwanya memberontak. Memberontak dari dalam…
Laju tangannya mencapai notebook  ASUS pemberian Abi sempena kejayaannya dalam PMR.

Menekan butang ‘on’ pada notebook dan menaip pelangi-sakura.blogspot.com.
Berkira-kira untuk meluahkan bengkak nanah di hati.

Buntu

Lemas dalam kecewa,
Lelah mengejar bahagia,
Hingga sengsara di persimpangan,
Haruskah segalanya dibiar berakhir,
Mencari titik noktah,
Buntu di sini ,
Antara reality dan fantasi,
Pertahankan…kata hati,
Patuh…kata aqal,
Hikmah…kata iman…
Buntu…

p/s : mahu lari dari segala kekusutan, sigh…

***
“Adik, awak ni Naimah ke?”…  lembut sapaan seorang kakak manis.
“Er, ya Naimah. Kak Nisa, kan?”, pura-pura menyoal walaupun sememangnya dia sangat mengenali Kak Nisa, ‘senior fevret’ di sekolahnya. Seringkali namanya disebut-sebut Atsilah.
“Ya, ya… Kak Nisa. Ukhuwwah fillah…” senyum Colgate terpancar di wajah jernih milik Annisa Qaisara binti Dato’ Imran.
“Er, ya… Ukh.. ukhuwwah…”, merah padam muka Naimah, tidak pasti apa jawapan yang seharusnya. Pertama kali mendengar perkataan sebegitu. ‘Balun sajalah…’ Senyumnya kelat. Tangan berjabat.


“Macam ni, minggu depan akak dan kawan-kawan akan anjurkan program kat pantai. Rehlah Puteri Mencari Tuhan… Tapi ada sikit masalah, AJK bahagian publisiti untuk program ni tengah bercuti. Kena langgar dengan kerbau 2 hari lalu, dah cedera bahagian tangan dan bahu. Program tu lagi seminggu, belum sempat lagi diwar-warkan. Erm…” Kak Nisa berhenti seketika, menyusun ayat yang sesuai dan lebih sedap didengar…


“Jadi, akak tengah cari orang yang mahir dalam bahagian ict. Nak minta untuk design poster yang menarik dan sediakan montaj sikit”… terangnya panjang berjela.


“Oh, bagus-bagus… Jadi apa yang orang boleh bantu?”, soal Naimah selesa membahasakan dirinya ‘orang’.


“Haa, macam ni… Waktu akak tengah sibuk cari-cari pengganti tu, ada la sorang ni cadangkan nama awak. Katanya awak mahir benar bab-bab ni semua… Jadi, akak dengan besar hati melamar awak untuk jadi salah sorang committee program rehlah ni. Kalau awak tak keberatan”… Senyum Annisa masih mekar.


“Err, tapi…”, Naimah hilang kata.
‘Apa ni? Rehlah Puteri? Ok, itu aku boleh agak and biasa dengar. Mencari Tuhan? Program apa ni? Main sorok-sorok ke apa?’, bisik hati Naimah. Terasa diri terlalu kerdil dengan perkara sebegitu.


“Kenapa? Any problem? Takpe, kalau ada masalah akak cuba cari orang lain…”, sengaja Annisa buat nada merajuk.


“Bukan macam tu. Akak, orang tak biasa dengan program macam ni. Orang cuba tolong akak untuk design poster and sediakan montaj. Tolong bahagian publisiti sebelum program… Takmo jadi committee. Lagi satu, ada satu permintaan untuk akak”, pinta Naimah.


“Erm, permintaan apa dik?”, Annisa hilang kata.


“Janji akak takkan bagitau sesiapa pun yang saya terlibat dengan benda ni. Boleh?”, pinta Naimah. Ingin benar membantu tapi dia terpaksa merahsiakan penglibatannya. Takut jadi buah mulut orang, pantas Naimah terbayangkan Atsilah dengan gigi jongangnya beserta geng-gengnya yang lain menggelarkan dirinya ‘ustazah’. Huh, belum masanya lagi… 
Remaja ‘liar’ sepertinya tidak sesuai untuk berada dalam majlis sebegitu, fikir Naimah.


“Hurm… ok. Tapi kalau Naimah ada kelapangan nanti, jemput datang ke program tu nanti ya. Rugi kalau tak hadir”, Kak Annisa memujuk. Sungguh lemah lembut, baru Naimah sedar kenapa Atsilah sangat mengagumi gadis ini.   
“Oh ya, nak tahu siapa yang cadangkan nama orang?”…
“Err, Abang Syahrul…” jawabnya ringkas.
“Aba…”.
“Eh, akak kena gerak dulu. Nak gi jumpa Ustazah Iza kejap. Nanti akak cari awak untuk terangkan tugas. Assalamualaikum…”, Annisa terus berlalu.
“Er… Akak… Waalaikumussalam…”,
‘Arghh, lantakla siapa pun orang tu…’, Naimah berlalu pergi.

***
“Posto, posto…”, suara mencekik Shasha mengejutkan Naimah.
“Ish, kacaulah. Hah, nak ape kerang busuk?”, soal Naimah.
“Wooo, ape kerang busuk ha? Sebab senyuman manis aku ni la Abang Aiman asyik melekat je dengan aku tau”, Shasha mula buat lagak mengada. Bersembur air liur melembapkan meja Naimah. Wah, pembersih percuma tak payah susah-susah sembur air. Tinggal lap je meja tu.
“Oh ya, lupa aku spec ngan gigi kau memang boleh buat mata orang silau. Tu asset berharga kau kan… Hahaha… Bagus, aku suka cara kau tarik perhatian orang. Jaga asset baik-baik ye Cik Kiah…”, puas hati Naimah mengenakan rakannya yang terlebih dos mengada. Menyampah dengan Minah kepoh yang seorang itu.
“Ah, kau memang tak sah kalau sehari tak kutuk aku kan. Malas nak layan. Tu, bawah meja kau tu ada sampul pink. Taknak bukak ke?” Shasha menjuih bibirnya, muncung sedepa. Memang trademark dirinya begitu, tak sah kalau bercakap tanpa gaya yang melebih.
Naimah terdiam seketika, sudah beberapa minggu sepi tanpa warkah darinya. Hatinya berbunga seketika.

Buat ukhti Naimah,
Saat kebuntuan,
Serahkan segalanya pada Dia yang menurunkan ujian,
Kerana Dialah sebaik-baik perancang…
Semoga dirimu tergolong dalam kalangan wanita yang solehah…

‘Ni je? Cett, pemalas betul… Buat penat je bungakan hati sendiri tadi’, Naimah kecewa. 
"Laki tu dah jemu agaknya dengan kau Naim, dah makin jarang aku nengok sampul pink sekarang ni. Sekali dapat seciput je ayat dia tulis. Haha, kesian...", mulut longkang Nana menyakitkan gegendang telinga Naimah. Spesies kedua yang gemar membuatnya meluat. 
"Yang ko bising ni kenapa? Sibuk jaga tepi kain orang. Patutla Puad minta clash dengan ko, cakap tak berlapik lansung!", Naimah bengang.
Ain senyum sinis. Tidak kisah dirinya dikutuk.


Namun jauh di sudut hati, Naimah terkesan dengan ayat yang ditulis pada warkah tersebut. Sang pengirim bagai sentiasa mengikuti perkembangan dirinya. Seringkali kata-kata yang dikirim tepat terkena batang hidungnya. Naimah rasa terlalu jauh dengan Pencipta…

***
  
“Tahniah Naimah. Tu, poster tu sangat cun. Akak suka. Kawan-kawan ramai yang puji. Alhamdulillah semua gerak kerja sebelum dah settle. Tinggal nak run program je lagi”, Annisa tersenyum kepuasan.
 “Ah, biasa je kak. Orang buat mana termampu je. Hehe…”, Naimah kembang semangkuk.
“Montaj tu pun akak dah tengok. Dah tunjuk kat Ustazah Iza, dia suka sangat. Alhamdulillah…”.
“Alah kak, jangan terlebih pam. Kang habis oksigen saya sedut…” Naimah senyum selamba.
“Hurm, akak harap sangat Naimah dapat datang. Ajak kawan-kawan yang lain ye…”.
“Tengoklah camana nanti. Taknak janji”.

***
Banglo Teratai tersergam indah. Malam itu Naimah ditinggalkan sendirian. Abi dan Umi keluar memenuhi jemputan solat hajat di rumah jiran. Puas Umi mengajak, Naimah tetap tidak mengendahkan. Naimah tidak pandai bercampur dengan jiran-jiran, kera sumbang peliharaan Abi dan Umi.
Sunyi.
Suasana yang membuatkan kenangan pertama kali Luqman cuba menghubunginya bermain di ingatan. Hatinya dilanda sayu. Pantas dirinya cuba mengawal rasa. Dibukanya kembali warkah-warkah yang diterimanya selama ini.
Serahkan segalanya kepada Pencipta yang menurunkan ujian.
Hatinya kian sayu. Pantas Naimah mengambil wudhu’, mencapai al-Quran yang telah berhabuk. Diselak dan dibaca, meneliti makna satu persatu. Air matanya deras mengalir, tidak pernah terasa sebegitu syahdu. Hatinya tenang… Naimah tekad untuk menyertai rehlah tersebut.

***
Tiga tahun kemudian…
Langkah Naimah lesu menuju Mahallah Zainab. Bebanan tugas melebihi masa yang ada. Kini dia merupakan mahasiswi dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Antarabangsa Malaysia.
Jam ALBA direnung, pukul 5.00 petang. Naimah tersentap. ‘Ya Allah, usrah jam 5.15. Macamana boleh terlupa’. Naimah bergegas mencapai telekung dan bergerak meninggalkan asrama.


“Laki-laki yang baik, untuk perempuan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya. Berdoalah agar dikurniakan seorang imam yang dapat membimbing kita menuju syurga Allah… Soal jodoh, ajal maut ni Allah dah tetapkan. Siapa jodoh kita, bila kita akan mati, tu semua dah ditetapkan. Cuma kita hanya mampu berdoa agar pasangan yang ditetapkan itu berubah menjadi soleh seandainya kita pinta suami yang soleh. Begitu juga seandainya kita berdoa agar dipanjangkan umur, itu bermaksud kita memohon agar kita panjang umur dalam beribadat”, Kak Fifi mengakhiri usrah pada petang tersebut.
Naimah tertunduk, wajah Luqman masih di ingatan. Kenapa begitu sukar untuk dirinya melupakan lelaki tersebut. Sejak Naimah menyertai rehlah yang dianjurkan Kak Nisa sewaktu di sekolah dulu, hatinya semakin tertarik dengan program keagamaan. Umi dan Abi lah insan yang paling bahagia dengan perubahan dirinya.
Rupanya warkah pendek itulah warkah terakhir yang diterimanya. Saban hari dirinya menatap puisi yang disimpannya. Hatinya kian lunak mentafsir makna sebenar yang ingin disampaikan sang pengirim. Sejak itu, Kak Nisa sering mengajaknya menyertai usrah.
Luqman? Teramat sukar untuknya memadam nama lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatinya. Apatah lagi mereka kini sama-sama menuntut di UIA, dan Luqman masih lagi menyimpan harapan terhadapnya. Namun Naimah masih yakin dengan kuasa doa. Dia hanya mampu berdoa agar dilindung daripada maksiat hati. Naimah mendambakan seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya…
“Assalamualaikum, kakak”, suara umi di hujung talian.
“Waalaikumussalam, ya umi”, jawab Naimah.
“Pukul berapa bertolak balik? Abi dah bising, hantaran tak settle lagi. Cincin pihak lelaki pun tak pilih lagi”, soal umi kerisauan.
Naimah diam…
“Kakak…”, naluri seorang ibu dapat merasakan sesuatu yang sedang difikirkan anak gadisnya. Esak Naimah akhirnya kedengaran.
“Kakak, cuba terus terang dengan umi…  Majlis pertunangan hanya tinggal 5 hari lagi. Umi dan Abi tak pernah paksa kakak untuk terima lamaran Syafizie. Jangan macam ni nak, berdiam diri bukan jalan penyelesaiannya…”, umi sebak.
“Umi...", lama dibiarkan umi menunggu. Mengumpul kekuatan seketika sebelum menyambung.
"Kakak tak pernah anggap semua ni paksaan. Walaupun kakak hanya kenal Abang Syafizie melalui gambar, tapi kakak yakin dengan keputusan istikharah yang kakak lakukan, kakak yakin dengan pilihan abi dan umi. Umi jangan risau ye. Insya Allah lepas maghrib nanti kakak balik dengan Hana”, Naimah tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi.

***
Syahrul Syafizie… Lelaki yang bakal digelar tunangnya. Ayahnya, Dato’ Imran merupakan rakan lama Abi sewaktu di universiti dulu. Laman sosial Facebook yang menemukan mereka kembali. Apabila Dato’ Imran menyampaikan hasratnya untuk melamar Naimah bagi pihak anaknya, Abi sungguh gembira. Mana tidaknya, Dato’ Imran sering menceritakan tentang kesolehan anaknya yang merupakan seorang penuntut perubatan di Universiti Alexandria, Mesir.

***
Hari yang dinantikan tiba. Debaran hati Naimah membuatkan dadanya hampir pecah. Dia bakal melihat Abang Syafizie beberapa minit lagi. Sengaja tarikh pertunangan dipacak sewaktu cuti semester Syafizie. Panggilan dan sms Luqman langsung tidak diendahkan. Luqman tidak pernah kenal putus asa. Naimah yakin dengan keputusannya…

...bersambung...

Cerpen : Kerana Itu Takdirnya ~ Bhg 1 ~

‘Muhasabah cinta…’
Naimah melihat Samsung Galaxy Mininya, satu mesej diterima : Luqman.
Berat jemari halusnya membelek mesej yang diterima.
“Salam, Iem… Harap ini rayuan terakhir Man… Jumpa Man kt cafe jam 5 ptg ni… Plisss”
Manik jernih akhirnya membasahi pipi… Luqman, kenapa dirimu terlalu tegar… Bukan sekali ini mesej sebegini diterima… ‘Maafkan Iem, Man…’, hanya bicara hatinya…
Sudah hampir dua tahun, Naimah meninggalkan Luqman. Dan selama itulah Luqman tanpa kenal erti penat, terus-terusan mengejar Naimah. Luqman cinta pertamanya, sejak di Tingkatan Empat… Kisah perkenalan mereka bagai diulang kembali…

***
 “Psstt, Naim… Cuba toleh belakang kau, jejaka pujaan gadis-gadis sekolah ni da sampai… Perghh, sekali tengok macam Brad Pit le… Hai bila la nak tunggu dia tegur aku, hish tak payah tunggu dia tegur, senyum pun cukupla nak ubat hati aku ni ha ”. Gelak Atsilah nakal. Naimah kenal benar rakan baiknya sorang ni.
“Sudah-sudahla berangan tu Kak Kiah oi, kesian aku nengok kau ni dah angau semacam…Lelaki macam Luqman tu, harap muka je ada market tapi macam tak ada perasaan kat pompuan… Seram aku weh… Kau tu je, hidung tak mancung pipi tersorong-sorong, hahhaha”, Naimah tergelak puas dapat mengenakan Atsilah.
Atsilah memuncungkan bibirnya…
“Olo, comelnya macam sup bunjut…hehe”, ketawa Atsilah pecah akhirnya. Berjaya juga Naimah mengusiknya.
Mereka berjalan memasuki kelas 4 Angkasa.
Seperti dua hari yang lepas, Naimah masih menerima surat misteri yang tertulis ‘Mr. X’ di belakang sampul. Sampul merah jambu dibukanya penuh debaran, entah apa lagi untuk kali ini.

~Buat tatapan Nur Naimah Nasrullah~

Bunga yang mekar di taman,
Merah harum baunya,
Tatkala tangan nakal menyentuh,
Gugur kelopaknya ke bumi,
Tangan dialih,
Melupakan hasratnya,
Tiada lagi indah harum bunganya di tanah,

Di taman sana,
Bunga mekar dipagar rapi,
Tangan nakal sekali lagi menggapai,
Cuba menghidu harumannya bunga,
Tajam, duri mencederakan jari,
Indah harum bunga masih kekal,
Hanya dilihat dihidu  dari kejauhan,
Indahnya ciptaan Ilahi,
Begitu terjaga yang baik-baik itu…

Bibir manis Naimah menguntum senyum, walaupun kurang pasti tujuan pengirim. Hatinya berbunga, riang menerima puisi dari seseorang.
“Phhttt, phewit… Baruku tahu, nampak je boyish, dalam hati ada taman…”.sakan Atsilah mengenakan sahabat karibnya.
“Ehem, hello cik Kiah. Aku senyum sebab aku suka puisi. Tu je… Macam tahu je aku ni minat puisi kan, kalau macam ni setiap hari tak sabar nak datang sekolah”. Ketawa mereka terburai. Hati Naimah berbunga walaupun dia tahu puisi tersebut seolah menyindir dirinya.

Sejak hari itu, Naimah sering tidak sabar-sabar menunggu warkah misteri dari seseorang yang tidak pernah dikenalinya.
Hingga pada suatu malam, saat dirinya ditinggal sendirian di rumah. Abi dan Ummi keluar menziarahi saudara. Naimah terpaksa tinggal di rumah gara-gara homework yang sengaja disimpan buat pekasam, hinggalah tiba saat untuk dihantar. Subjek Biologi memang buat kepalanya pusing. Tahun pertama belajar subjek Sains sangat mencabar baginya.
Kringggg…
“Assalamualaikum”, sapa Naimah, nada kepenatan.
“Waalaikumussalam w.b.t”, suara lelaki yang tidak dikenali di hujung talian.
“Hmm, mahu cari siapa?”, soalnya dengan selamba, hilang rasa untuk bercakap.
“Iem ada?”. Naimah terkejut, ‘Iem? Aku kah yang dimaksudkannya’, bisik hati kecilnya.
“Err, maksud saya… Naimah…”, lelaki tersebut seolah faham apa yang bermain di minda si gadis.
“Saya Naimah. Kenapa? Boleh bantu?”, nada sedikit dinaikkan. Tidak gemar panggilan sebegitu, apatah lagi dari orang yang tak dikenali.
“Maaf ganggu, tengah buat apa. Sibuk?”, soalan diaju tanpa segan silu.
“Ha’ah saya busy. Kalau ada yang penting boleh cakap sekarang. Kalau tak, saya banyak kerja nak disiapkan”. Kepalanya makin kusut, seolah ingin meluahkan apa yang dipelajari dalam subjek Biologi.
“Ouh, ok. Maaf ganggu. Lain kali saya contact awak lagi. Ermm, bila awak ada waktu terluang nanti… Assalamualaikum”. Tettt… Panggilan dimatikan.
“Waalaikumussalam”… ‘Huh, jawab  sorang-sorang rupanya… Siapa lelaki misteri tadi? Arghh, takda masa nak fikir. Salah nombor barangkali’. Naimah sengaja tidak mahu membebankan fikirannya dengan gangguan sebentar tadi…
‘Tapi suara Mamat ni macam macho jugak, hek…’, detis hatinya, ketawa dalam hati, senyum terzahir di bibir.


***

Sebulan kemudian…
Naimah masih lagi menerima puisi islamik seperti biasa, dan dalam masa yang sama dia masih menerima panggilan telefon dari seorang lelaki yang tidak dikenalinya. Kira-kira setiap seminggu dia pasti menerima sekurang-kurangnya dua panggilan daripada lelaki tersebut yang dikenali sebagai Luqman. Tanpa disedari, Naimah dan Luqman kian mesra.
“Betul ke bukan Man yang selalu bagi puisi-puisi tu?”, Naimah teringin benar untuk mengetahui siapa pengirim yang tidak pernah kenal jemu itu.
“Betulla, Iem jugak yang cakap puisi tu berbentuk Islamik kan. Memang Man minat puisi, tapi rasanya tak mampu lagi nak berdakwah melalui puisi. Hahaha”, ketawa Luqman di hujung talian.
“Ish, kalau bukan Man. Siapa?”, termenung panjang. Naimah akui dalam diam dirinya sungguh tertarik dengan puisi-puisi yang diterimanya. Entah mengapa dirinya yang sering dianggap sukar ditegur, dapat menerima teguran yang disampaikan melalui puisi tersebut. Namun bagi Naimah, belum tiba masanya untuk berubah seperti wanita yang sering dimaksudkan dalam puisi tersebut.


***

“Kakak, lewat balik hari ni? Ke mana lewat macam ni baru balik?”, suara garau Abi mengejutkan Naimah yang sedang memasuki rumah.
“Erm, Kakak teman kawan keluar…” Jawab Naimah tergagap.
“Kawan mana? Sejak bila pandai balik senja ni!”, muka putih Abi bertukar merah. Umi cuba mententeramkan Abi.
Naimah diam. Pertama kali dia melihat Abi sebegini marah.
“Ni, kawan ni ke? Keluar dengan kawan lelaki sampai senja baru nak balik?” sambung Abi sambil tangannya menunjukkan telefon bimbit N7 pink milik Naimah, hadiah pemberian Umi sempena kejayaannya mendapat 9A dalam PMR.
Naimah hampir pengsan, terkejut kerana rahsianya berkawan dengan Luqman selama ini terbongkar.  Abi menunjukkan gambar-gambar yang disimpan dalam folder telefon bimbitnya. Gambar yang ditangkap Atsilah sewaktu mereka berpegangan tangan di Lollypop Mall.
Dia sangat mengenali Umi dan Abinya, bukan menghalang untuknya berkawan dengan lelaki, tetapi Abi sangat pantang bila anaknya melanggar batas-batas agama…
“Dah, mulai hari ni Abi yang akan hantar Kakak dan jemput Kakak di sekolah. Setiap hari! Kunci motosikal Abi akan tarik”, Abi tegas dengan keputusannya.
“Abi…”, air mata Naimah mengalir deras. Pasrah dengan keputusan Abi.

...bersambung...

p/s : hasil contengan pertama setelah 4 tahun berhenti menulis cerpen. Mohon maaf atas kecacatan penulisan ini. Komen sgt dialu-alukan. Nantikan episod akan datang =)

~diam~

Shhh... Plis keep quiet...


Kenapa perlu diam???
Kat mana tempat yg memerlukan kita utk diam???
hurm...

Mungkin sudah tiba masanya untuk berdiam,
Apabila luahan hati disuarakan dianggap bising,
Apabila saat memohon pandangan dikatakan merimaskan,
Apabila nasihat diberi dikatakan mengongkong...

Adakah ini simptom putus asa?
Kenapa?
Tersalah uslub kah?
Hasrat murni untuk menyampaikan,
Tapi malangnya disalah tafsir...
Atau di pihak sanakah yg masih belum bersedia menerima???
~Buntu...

Terlintas di fikiran,
Kita ini penyeru, bukan penghukum....
Ya, itulah yg dilakukan...

Terlintas pula,
Kita ini penyampai,
Ada kuasa memberi input,
Tapi tidak punya kuasa untuk merubah,
Kerana hidayah itu milik Allah...
Hurm, betul...
Itu yg diketahui, tetapi kerap terlupa...
Hidayah milik Allah...

Lupakan hasrat untuk diam,
Sampaikan selagi upaya,
Allah pasti bersama hamba-hambaNya yg benar...

Kanak-kanak...

Assalamualaikum w.b.t...


Jika ustaz Hasrizal melalui blognya ada menulis berkenaan Membaca Lukisan Anak-Anak, saya tertarik untuk menulis tentang anak-anak... Anak-anak? Siapakah? Ohh, jgn salah sangka... 


Saya masih belum punya anak, apatah lagi anak-anak...
Tapi saya punya anak-anak buah... 'Anak-anak' sebab ada dua orang...
Cuti yg lalu saya berpeluang bercuti bersama mereka berdua ; 'Alia Nur Syuhada', dan 'Izz Abdul Salam...


~Alhamdulillah, soleh dan solehah... InsyaAllah...~

Hadirnya kanak-kanak sebagai penyeri hidup... Setuju??? Siapa setuju, sila angkat tangan macam saya ~


Seorang sahabat saya, sewaktu bertemu kedua-dua anak buah ini beberapa bulan yg lalu... Sungguh teruja dia melayan kerenah anak buahku ini, maklumlah sahabat saya itu anak bongsu... 
Katanya, "kanak-kanak ni penyeri hidup kan..."
.... Saya angguk tanda setuju "betul, betul..."... 


Tapi... 'Waktu budak2 ni meragam, nangis2 nak macam2, waktu tu da x anggap penyeri dah'.... 
huhu, jahat betul saya... Tapi itulah yang saya perhatikan... Cuba waktu kanak-kanak cumil ni baru lepas mandi, waktu tu masih ceria...Fuhh, berebut nak pegang kan... Hah, cuba kalau budak tu da uutt...utt... pampers pn da penuh... Hah, masa tu pun berebut... nak lepaskan =)... Betul kan? Ish, malu nk ngaku yea!!!


Ye, mmg benar mereka penyeri hidup saya... Bila bersama, terasa berat untuk berpisah... Bila berjauhan, ada rindu yg bertandang...


~Ini entry yg sekian lama saya tinggalkan dan biarkan ia dlm simpanan timbunan draft... Saya belek kembali, mood merindui dua anak buah ini~


~rendu~

Puisi Cinta

Cinta putihku terkena bercak-bercak noda,
ketika waktu tak jua ada perjumpaan,
ketika jarak tak jua menjanjikan kedekatan,
ketika kenyataan semakin menjauhkan diri.


Maka kurendam cintaku dalam detergen kata hati
kemudian kubilas dengan kucekan perasaan,
kukeringkan di atas jemuran kenyataan,
hasilnya adalah cinta yang cemerlang.


Kuseterika dan kusimpan dalam lemari perjalanan.
Suatu saat nanti, akan kupersembahkan untuk seseorang.


~ satiyo bardono

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews