Pages

Kerana Itu Takdirnya ~ Bhgn 2

Hari-hari yang dilalui Naimah makin suram. Tanpa rela dia terpaksa menghalang Luqman menghubunginya melalui telefon bimbitnya.
Wang belanja telah Abi kurangkan. Luqman dan Naimah hanya berpeluang berinteraksi di sekolah, namun hanya dalam ruangan yang sangat terbatas. Luqman merupakan pelajar aliran Teknik, berbeza dengannya yang mengambil aliran Sains Tulen.
Komunikasi di hujung jari? Ya… Naimah merupakan seorang blogger yang sangat aktif. Seringkali menceritakan kisah hidup yang dialaminya dalam blognya yang diberi nama ‘Cherry Blossom’ (bunga sakura). Berbeza dengan Luqman yang merupakan gamer  tegar abad ini. Jadi perhubungan mereka tetap terbatas.

Fikiran Naimah kusut, sedar bahawa Abi merupakan imam yang dihormati di taman perumahannya. Tindakan Naimah yang sangat liar telah menyebabkan buah mulut jiran tetangga. Naimah akur dengan keputusan Abi dan Umi, namun jiwanya memberontak. Memberontak dari dalam…
Laju tangannya mencapai notebook  ASUS pemberian Abi sempena kejayaannya dalam PMR.

Menekan butang ‘on’ pada notebook dan menaip pelangi-sakura.blogspot.com.
Berkira-kira untuk meluahkan bengkak nanah di hati.

Buntu

Lemas dalam kecewa,
Lelah mengejar bahagia,
Hingga sengsara di persimpangan,
Haruskah segalanya dibiar berakhir,
Mencari titik noktah,
Buntu di sini ,
Antara reality dan fantasi,
Pertahankan…kata hati,
Patuh…kata aqal,
Hikmah…kata iman…
Buntu…

p/s : mahu lari dari segala kekusutan, sigh…

***
“Adik, awak ni Naimah ke?”…  lembut sapaan seorang kakak manis.
“Er, ya Naimah. Kak Nisa, kan?”, pura-pura menyoal walaupun sememangnya dia sangat mengenali Kak Nisa, ‘senior fevret’ di sekolahnya. Seringkali namanya disebut-sebut Atsilah.
“Ya, ya… Kak Nisa. Ukhuwwah fillah…” senyum Colgate terpancar di wajah jernih milik Annisa Qaisara binti Dato’ Imran.
“Er, ya… Ukh.. ukhuwwah…”, merah padam muka Naimah, tidak pasti apa jawapan yang seharusnya. Pertama kali mendengar perkataan sebegitu. ‘Balun sajalah…’ Senyumnya kelat. Tangan berjabat.


“Macam ni, minggu depan akak dan kawan-kawan akan anjurkan program kat pantai. Rehlah Puteri Mencari Tuhan… Tapi ada sikit masalah, AJK bahagian publisiti untuk program ni tengah bercuti. Kena langgar dengan kerbau 2 hari lalu, dah cedera bahagian tangan dan bahu. Program tu lagi seminggu, belum sempat lagi diwar-warkan. Erm…” Kak Nisa berhenti seketika, menyusun ayat yang sesuai dan lebih sedap didengar…


“Jadi, akak tengah cari orang yang mahir dalam bahagian ict. Nak minta untuk design poster yang menarik dan sediakan montaj sikit”… terangnya panjang berjela.


“Oh, bagus-bagus… Jadi apa yang orang boleh bantu?”, soal Naimah selesa membahasakan dirinya ‘orang’.


“Haa, macam ni… Waktu akak tengah sibuk cari-cari pengganti tu, ada la sorang ni cadangkan nama awak. Katanya awak mahir benar bab-bab ni semua… Jadi, akak dengan besar hati melamar awak untuk jadi salah sorang committee program rehlah ni. Kalau awak tak keberatan”… Senyum Annisa masih mekar.


“Err, tapi…”, Naimah hilang kata.
‘Apa ni? Rehlah Puteri? Ok, itu aku boleh agak and biasa dengar. Mencari Tuhan? Program apa ni? Main sorok-sorok ke apa?’, bisik hati Naimah. Terasa diri terlalu kerdil dengan perkara sebegitu.


“Kenapa? Any problem? Takpe, kalau ada masalah akak cuba cari orang lain…”, sengaja Annisa buat nada merajuk.


“Bukan macam tu. Akak, orang tak biasa dengan program macam ni. Orang cuba tolong akak untuk design poster and sediakan montaj. Tolong bahagian publisiti sebelum program… Takmo jadi committee. Lagi satu, ada satu permintaan untuk akak”, pinta Naimah.


“Erm, permintaan apa dik?”, Annisa hilang kata.


“Janji akak takkan bagitau sesiapa pun yang saya terlibat dengan benda ni. Boleh?”, pinta Naimah. Ingin benar membantu tapi dia terpaksa merahsiakan penglibatannya. Takut jadi buah mulut orang, pantas Naimah terbayangkan Atsilah dengan gigi jongangnya beserta geng-gengnya yang lain menggelarkan dirinya ‘ustazah’. Huh, belum masanya lagi… 
Remaja ‘liar’ sepertinya tidak sesuai untuk berada dalam majlis sebegitu, fikir Naimah.


“Hurm… ok. Tapi kalau Naimah ada kelapangan nanti, jemput datang ke program tu nanti ya. Rugi kalau tak hadir”, Kak Annisa memujuk. Sungguh lemah lembut, baru Naimah sedar kenapa Atsilah sangat mengagumi gadis ini.   
“Oh ya, nak tahu siapa yang cadangkan nama orang?”…
“Err, Abang Syahrul…” jawabnya ringkas.
“Aba…”.
“Eh, akak kena gerak dulu. Nak gi jumpa Ustazah Iza kejap. Nanti akak cari awak untuk terangkan tugas. Assalamualaikum…”, Annisa terus berlalu.
“Er… Akak… Waalaikumussalam…”,
‘Arghh, lantakla siapa pun orang tu…’, Naimah berlalu pergi.

***
“Posto, posto…”, suara mencekik Shasha mengejutkan Naimah.
“Ish, kacaulah. Hah, nak ape kerang busuk?”, soal Naimah.
“Wooo, ape kerang busuk ha? Sebab senyuman manis aku ni la Abang Aiman asyik melekat je dengan aku tau”, Shasha mula buat lagak mengada. Bersembur air liur melembapkan meja Naimah. Wah, pembersih percuma tak payah susah-susah sembur air. Tinggal lap je meja tu.
“Oh ya, lupa aku spec ngan gigi kau memang boleh buat mata orang silau. Tu asset berharga kau kan… Hahaha… Bagus, aku suka cara kau tarik perhatian orang. Jaga asset baik-baik ye Cik Kiah…”, puas hati Naimah mengenakan rakannya yang terlebih dos mengada. Menyampah dengan Minah kepoh yang seorang itu.
“Ah, kau memang tak sah kalau sehari tak kutuk aku kan. Malas nak layan. Tu, bawah meja kau tu ada sampul pink. Taknak bukak ke?” Shasha menjuih bibirnya, muncung sedepa. Memang trademark dirinya begitu, tak sah kalau bercakap tanpa gaya yang melebih.
Naimah terdiam seketika, sudah beberapa minggu sepi tanpa warkah darinya. Hatinya berbunga seketika.

Buat ukhti Naimah,
Saat kebuntuan,
Serahkan segalanya pada Dia yang menurunkan ujian,
Kerana Dialah sebaik-baik perancang…
Semoga dirimu tergolong dalam kalangan wanita yang solehah…

‘Ni je? Cett, pemalas betul… Buat penat je bungakan hati sendiri tadi’, Naimah kecewa. 
"Laki tu dah jemu agaknya dengan kau Naim, dah makin jarang aku nengok sampul pink sekarang ni. Sekali dapat seciput je ayat dia tulis. Haha, kesian...", mulut longkang Nana menyakitkan gegendang telinga Naimah. Spesies kedua yang gemar membuatnya meluat. 
"Yang ko bising ni kenapa? Sibuk jaga tepi kain orang. Patutla Puad minta clash dengan ko, cakap tak berlapik lansung!", Naimah bengang.
Ain senyum sinis. Tidak kisah dirinya dikutuk.


Namun jauh di sudut hati, Naimah terkesan dengan ayat yang ditulis pada warkah tersebut. Sang pengirim bagai sentiasa mengikuti perkembangan dirinya. Seringkali kata-kata yang dikirim tepat terkena batang hidungnya. Naimah rasa terlalu jauh dengan Pencipta…

***
  
“Tahniah Naimah. Tu, poster tu sangat cun. Akak suka. Kawan-kawan ramai yang puji. Alhamdulillah semua gerak kerja sebelum dah settle. Tinggal nak run program je lagi”, Annisa tersenyum kepuasan.
 “Ah, biasa je kak. Orang buat mana termampu je. Hehe…”, Naimah kembang semangkuk.
“Montaj tu pun akak dah tengok. Dah tunjuk kat Ustazah Iza, dia suka sangat. Alhamdulillah…”.
“Alah kak, jangan terlebih pam. Kang habis oksigen saya sedut…” Naimah senyum selamba.
“Hurm, akak harap sangat Naimah dapat datang. Ajak kawan-kawan yang lain ye…”.
“Tengoklah camana nanti. Taknak janji”.

***
Banglo Teratai tersergam indah. Malam itu Naimah ditinggalkan sendirian. Abi dan Umi keluar memenuhi jemputan solat hajat di rumah jiran. Puas Umi mengajak, Naimah tetap tidak mengendahkan. Naimah tidak pandai bercampur dengan jiran-jiran, kera sumbang peliharaan Abi dan Umi.
Sunyi.
Suasana yang membuatkan kenangan pertama kali Luqman cuba menghubunginya bermain di ingatan. Hatinya dilanda sayu. Pantas dirinya cuba mengawal rasa. Dibukanya kembali warkah-warkah yang diterimanya selama ini.
Serahkan segalanya kepada Pencipta yang menurunkan ujian.
Hatinya kian sayu. Pantas Naimah mengambil wudhu’, mencapai al-Quran yang telah berhabuk. Diselak dan dibaca, meneliti makna satu persatu. Air matanya deras mengalir, tidak pernah terasa sebegitu syahdu. Hatinya tenang… Naimah tekad untuk menyertai rehlah tersebut.

***
Tiga tahun kemudian…
Langkah Naimah lesu menuju Mahallah Zainab. Bebanan tugas melebihi masa yang ada. Kini dia merupakan mahasiswi dalam bidang Kejuruteraan Kimia di Universiti Antarabangsa Malaysia.
Jam ALBA direnung, pukul 5.00 petang. Naimah tersentap. ‘Ya Allah, usrah jam 5.15. Macamana boleh terlupa’. Naimah bergegas mencapai telekung dan bergerak meninggalkan asrama.


“Laki-laki yang baik, untuk perempuan yang baik. Dan begitu juga sebaliknya. Berdoalah agar dikurniakan seorang imam yang dapat membimbing kita menuju syurga Allah… Soal jodoh, ajal maut ni Allah dah tetapkan. Siapa jodoh kita, bila kita akan mati, tu semua dah ditetapkan. Cuma kita hanya mampu berdoa agar pasangan yang ditetapkan itu berubah menjadi soleh seandainya kita pinta suami yang soleh. Begitu juga seandainya kita berdoa agar dipanjangkan umur, itu bermaksud kita memohon agar kita panjang umur dalam beribadat”, Kak Fifi mengakhiri usrah pada petang tersebut.
Naimah tertunduk, wajah Luqman masih di ingatan. Kenapa begitu sukar untuk dirinya melupakan lelaki tersebut. Sejak Naimah menyertai rehlah yang dianjurkan Kak Nisa sewaktu di sekolah dulu, hatinya semakin tertarik dengan program keagamaan. Umi dan Abi lah insan yang paling bahagia dengan perubahan dirinya.
Rupanya warkah pendek itulah warkah terakhir yang diterimanya. Saban hari dirinya menatap puisi yang disimpannya. Hatinya kian lunak mentafsir makna sebenar yang ingin disampaikan sang pengirim. Sejak itu, Kak Nisa sering mengajaknya menyertai usrah.
Luqman? Teramat sukar untuknya memadam nama lelaki pertama yang pernah bertakhta di hatinya. Apatah lagi mereka kini sama-sama menuntut di UIA, dan Luqman masih lagi menyimpan harapan terhadapnya. Namun Naimah masih yakin dengan kuasa doa. Dia hanya mampu berdoa agar dilindung daripada maksiat hati. Naimah mendambakan seorang lelaki yang mampu membimbingnya ke arah kebaikan.

Deringan telefon bimbit mematikan lamunannya…
“Assalamualaikum, kakak”, suara umi di hujung talian.
“Waalaikumussalam, ya umi”, jawab Naimah.
“Pukul berapa bertolak balik? Abi dah bising, hantaran tak settle lagi. Cincin pihak lelaki pun tak pilih lagi”, soal umi kerisauan.
Naimah diam…
“Kakak…”, naluri seorang ibu dapat merasakan sesuatu yang sedang difikirkan anak gadisnya. Esak Naimah akhirnya kedengaran.
“Kakak, cuba terus terang dengan umi…  Majlis pertunangan hanya tinggal 5 hari lagi. Umi dan Abi tak pernah paksa kakak untuk terima lamaran Syafizie. Jangan macam ni nak, berdiam diri bukan jalan penyelesaiannya…”, umi sebak.
“Umi...", lama dibiarkan umi menunggu. Mengumpul kekuatan seketika sebelum menyambung.
"Kakak tak pernah anggap semua ni paksaan. Walaupun kakak hanya kenal Abang Syafizie melalui gambar, tapi kakak yakin dengan keputusan istikharah yang kakak lakukan, kakak yakin dengan pilihan abi dan umi. Umi jangan risau ye. Insya Allah lepas maghrib nanti kakak balik dengan Hana”, Naimah tidak mampu meneruskan kata-katanya lagi.

***
Syahrul Syafizie… Lelaki yang bakal digelar tunangnya. Ayahnya, Dato’ Imran merupakan rakan lama Abi sewaktu di universiti dulu. Laman sosial Facebook yang menemukan mereka kembali. Apabila Dato’ Imran menyampaikan hasratnya untuk melamar Naimah bagi pihak anaknya, Abi sungguh gembira. Mana tidaknya, Dato’ Imran sering menceritakan tentang kesolehan anaknya yang merupakan seorang penuntut perubatan di Universiti Alexandria, Mesir.

***
Hari yang dinantikan tiba. Debaran hati Naimah membuatkan dadanya hampir pecah. Dia bakal melihat Abang Syafizie beberapa minit lagi. Sengaja tarikh pertunangan dipacak sewaktu cuti semester Syafizie. Panggilan dan sms Luqman langsung tidak diendahkan. Luqman tidak pernah kenal putus asa. Naimah yakin dengan keputusannya…

...bersambung...

12 comments:

Izzah Ibtisam said...

Mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan bhgn 2 ini, terima kasih buat yg sudi membaca sambungan kisahnya =)

Serikandi Mujahidah... said...

bes3..haha..teruskan usaha anda ek

Izzah Ibtisam said...

Syukran SM atas sokongan dan perkongsian semalam. hehe, i learnt! Tp masih merangkak, masih perlukan kritikan seseorg sprti anda. yeah! Tunggu episod akn dtg.hehe

cahaya kemasyhuran said...

tiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!hahahahahaha!!!!!

iman said...

good job...keep it up and still have chance to improve the story telling ways...all da best sis!

asrar said...

suka dgn ayat;
"Hikmah…kata iman…"
ble ditelusuri crita ni, hakikatnya, mmg ramai muslimat yg brubah kearah yg lbh baik dgn ksah silam yg sukar dilupakan ble diingatkan kmbali..
alhmdulillah, mga kte trus dikurniakan hati yg baik dr Allah..
ok, an tggu nkilan strusnya..

Izzah Ibtisam said...

Izzah to Cahaya Kemashuran : maaf ye sha...hehe hari tu nak sgt msukkan nma aw kn...hehe

Izzah Ibtisam said...

to Iman, tq ats komen, I. Allah masih bnyk yg perlu di improve =)

Izzah Ibtisam said...

to Asrar, setuju...hidayah milik Allah...

murabbi said...

alhamdulillah.. smbungan dh ade...
huuu.. best2...
waa... byk prkara brmain di mnda ni...
hum... k.shaha.... k.fifi.. k.orang... "kakak"... uia... huuu....
mahu nntikan smbungn lagi (prmintaan.. adui... knape la buat smbung2... huuu... x sbar nk thu crite lg...)
......*Allah yg mmegang hati kita. hanya DIA yg brhak mmbolak balik. skali Allah beri hidayah dn kita meraihnya, iatulah yg mnjadi sinar kbhagiaan mnuju redhaAllah,,,tp, dlm cri redhaNya...bukan mudah...tp, bukan mustahil..
TRUSKAN MNULIS KRN ALLAH!!!! chaiyok kak izzah ibtisam!!!! trus mnulis... tngkatkan pnulisan... suke..suke.. sekue... ^_^

Izzah Ibtisam said...

tq murabbi, watak2 dpinjam nma mereka yg familiar, ats pmintaan...hehe

murabbi said...

ooooooooook.

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews