Pages

Sebok ;p

"Aku sibuk, jangan ganggu aku!"
"Banyaknye keje nak buat..."


Hurm...Siapa yg sibuk? Saya? Anda?
Wah, bak kata Mudir (pengetua) sekolah sy dulu... Yg mana pegang jawatan kt skolah dlu asyik je ke hulu ke hilir, meeting sana meeting sini. Skip kelas... Schedule penuh. Kat sekolah tu, takda la yg lg busy dari dia, kalah PM...hehe ayat sopan dalam menyindir kan... Muka-muka yg slalu skip kls sbb pi meetg ni rasa mcm nk cabut kepala n sorok dalam poket baju...


Itu situasi yg pernah sy lalui dulu. Seronok... Sibuk hingga terpaksa curi waktu p&p utk buat meeting. Mana taknya, pagi sampai ptg kt skolah campur kls tambahan. Sy yg memang rajin belajar ni (perli diri sendiri) pegi pulak sambung kelas tuisyen luar. Malam2 tertentu ada pula tambahan mlm kt skolah, selang seli dgn tuisyen luar... Wah, dah macam robot. Balik rumah rehat sekejap, wktu petang akan digunakan utk settle urusan persatuan, mlm bru boleh fokus belajar... Itupun banyak kali tertido lepas balik kelas tuisyen, bangun pagi nangis2 marah diri sdri sebab tidur langsung tak tjaga...

Hah, Allah beri kita 24 jam sehari... Kenapa kita tak bekerja spnjg masa? Eh, boleh ke macam tu? Robot pun perlu masa utk charge energy kan, inikan pula manusia...
Hurm, bukankah Allah jadikan waktu siang utk hambaNya bekerja, sementara di malamNya utk istirehat, dan sebahagian malamnya utk beribadah kpdNya...
Cantik aturan Ilahi... Mana tidaknya, Dia yg menciptakan kita, Dia yg Maha mengetahui keperluan makhluk ciptaanNya kan...

Senyum, tanya senyap2... Tapi macamana kalau memang tanggungjawab melebihi masa yg ada? Ada tak istilah tidur 6 - 8 jam sehari? Mustahil kan...

Sibuk itu hikmah...
Sibuk menghalang kita dari melakukan perkara yg sia2...
Sibuk buat hidup kita lebih teratur...
Dan macam2 lagi...

Tak dinafikan, ada sesetengah individu yg sememangnya memiliki tgjawab yg sgt berat... Sgt banyak sehingga istilah sibuk telah sebati dalam hdupnya...

Oleh itu, jgn cepat melatah... Allah maha adil, Dia tidak zalim... Serahkan segalanya pd Allah... Cari keberkatan dlm setiap yg dilakukan, moga tugasan itu juga dihitung sebagai ibadah di sisi Allah...

Tak mengapalah kalau kurang rehat di dunia, moga di sana nanti kita akan perolehi rehat yang lebih nikmat...


Selamat menyibukkan diri dengan perkara kebaikan...Ada org selalu cakap sibuk, tp komen2 kt fb sentiasa update, habis status kwn2 dia komen... Ok, xpe mungkin hilangkan stress... Tp beralasan pula kalau diajak ke  surau solat berjemaah... Tak mengapa on9 24 jam, tapi berkira utk on9 dgn Allah... Tak kiralah macamana, tak semestinya pergi ke surau tu tndanya baik, tapi nilailah diri kita, sgt berkira dgn perkara kebaikan, tp sntiasa senang utk perkara yg langho... Hanya kita yg tahu macamana diri kita kan... Renungan bersama, buat diri ini jua...

Reality vs Fantasy

Fantasi? Saya rasa ianya sinonim dgn imaginasi kan?
Sebab nak cipta alam fantasi memerlukan imaginasi...
Hurm, itu yg saya rasa...
Tapi hakikatnya alam fantasi jauh berbeza dgn dunia realiti...
Itu sangat pasti,
Mana tak nya, kalau tgk cite bollywood (sy sgt xsuka bollywood...huhu),
Cubalah kalau sad ending, contoh heroin dan heronya tak bersatu di akhir crita.
Mahu tak dibakarnya panggung kan,kan,kan...
So, alam fantasi biasanya penuh dengan kepura-puraan?
Erk, mungkin macam tu kan...
Kalau bg penggemar novel,
Mesti sgt asyik dibuai imaginasi,
Terbang ke dunia fantasi,
Maka terjadilah sindrom senyum n nangis sorang-sorang (sapa makan cili terasa pedasnya...;p)
Hebatnya kuasa fantasi kan.
Baca novel cintan cintun, masalah tolak tepi...
Habis berfantasi, sambung fikir pasal masalah lagi...
Masalah yg benar dihadapi di dunia realiti...


Kata orang, banyak berimaginasi tak elok untuk otak...
Tapi kalau kurang berimaginasi pun tak baik untuk otak jugak,
Hah, berpada-pada la... Seadanya ya... 
Mungkin dunia realiti disesakkan dengan pelbagai masalah,
Singgah seketika ke alam fantasi untuk merehatkan minda,
Nanti lekas kembali kerana dunia realiti sedang menanti...


Sir George Cayley, manusia pertama yg mencipta kapal terbang...
Semua ni kuasa imaginasi kan...
Ada yg kata "imagination is more important than knowledge"...
Ha, macam mana tue?
Tak salah kan berimaginasi...
Kenapa penulis-penulis berpenat lelah berimaginasi,
Demi mencipta suatu fantasi dalam karya mereka,
Hurm...
Saya serahkan segalanya pada anda...
Erk, parahla kalau sampai tahap macam ni kan =)

Nota Izzah : Sy juga suka berimaginasi, dlm usaha menyiapkan cerpen tersebut.Bnyk sgt kekangan... Sabar ye buat yg bertanya sambungan crita tu...

Penat hingga putus asa?

Situasi 1 ~
Kek : Aku penat...
Puding : Go get some rest, nanti hilanglah penat...

Situasi 2 ~
Cendol : Aku da give up, xnak buat lagi!
ABC : Hurm...

Dua situasi yg berbeza kn... Penat, biasanya akan dirasai bila usaha tak membuahkan hasil. Tp, kalau penat ubatnya rehat. Kalau usaha berhasil, segala penat bagai terbayar dan tak lagi dirasai... Biasanya mcm tu kan.

Give up? Hurm, selalunya dtg setelah berkali2 melalui fasa kepenatan... Mcm mana nk buat kalau dah give up??? 

Nota Izzah : Berputus asa bkn sikap org mukmin, tp x mengapa kan berputus asa pd sesuatu yg tak pasti... Teruskan andai itu yg terbaik. Berhenti andai tiba masanya... Mgkin masanya telah tiba...

I'm home~

Assalamualaikum...
I'm home. Yeah i'm home, with my beloved family.
Bukan main susah nk online,
Line teramat slow, guna ipad,
Mmg xkan sma dgn my cute ASUS,
only tonite,
dpt broadband hasil belas ehsan, hehe...
Pun line slow, tp cuba utk update seketika....
What a relief dpt jmpe mereka yg dirindui...
Lega bila hati dan jasad kembali di sini,
Ya, di sini tempat sy,
Kata org jauh itu ada kerinduan,
Huh, dan sy sgt merindui mereka,
Sy xnak rndu2 mereka lg,
Jd blh tak nak stay je kt rmh?
X perlu jauh dari family,
Duduk rmh,
Buat apa yg sy suka...
Hehe, mimpi la kan...
Hidup perlu diteruskan,
Masa cuti makin singkat (mmg sgkat pn...)
Luangkan wktu yg ada d rmh sebaik mungkin,
Nnti Aidiladha dah xbalik,
This will be da first tyme,
Beraya tnpa kuarga di sisi,
Ayuh bersedia mental & fizikal =)

Nota kaki : Kwn sy ckp, kita x balik beraya kt rmh. Nnt semelih kucing kt asrama jela (sbb bnyk sgt kucing terbiar kt hoste ;p )Kejam betul statement belau, hehe...
Sabarlah, semua ini ketentuannya,
Keras mcm kerak nasi sekalipun,
Dah terkena air nanti lembut jua kn,
Jgn terlalu mengharap,
Impian setinggi gunung sekalipun,
Andai kudrat terlebih daya jua,
Tetap segalanya dlm perancangan Allah,
Teruslah mencantum 'puzzle',
Dapatkan cantuman yg terbaik,
Walau sedikit demi sedikit cantumannya menghilang,
Terasa bakal temui hampa,
Cantuman yg diharapkan bagai gagal disempurnakan,
Sabarlah giatkan usaha,
Cari? Carilah andai cantuman 'puzzle' itu milik anda,
Biarkan iandai ia milik yg lain,
Walau bentuknya sama,
Tapi mustahil cantumannya sempurna...

Nota Izzah : Senyumlah dari hati walau sesukar manapun, dan lihat mereka jua tersenyum =)

~Semuanya Kerana Sayang~

"I buat semua ni utk you! Tp, sekali pun tak pernah you nak hargai I"...
"Hahah, ada I kesah? Ada I mintak merayu you buat semua ni utk I? Tak pernah kan?"
"You manusia paling jahat I penah jumpa. I benci you sampai bila2"






AWAS!  Dialog ini hanya permulaan, mungkin kaitannya hanya 1% shj dgn entry kali ini =p


***


Err, tergelak dan tergeli hati bila type dialog di atas... (Sila jgn muntah di sini ya!)
Ok, mungkin pernah dgr atau jumpa dialog yg mcm ni kt kaca tv kan.
Kenapa ya? Rasa mcm nak tampor je dua-dua manusia kt ats ni.Hurm...


Yg seorang sebab sanggup buat apa shja utk org yg disayangi. 
Ok, buat baik mmg dituntut.
Hatta kpd musuh sekalipun, macam pohon epal kn. 
Bila ada tangan nakal yg membaling batu ke arah pohonnya,
Lantas ia menggugurkan buah epal kepada si pembaling batu.
Bagus kan kalau kita pun boleh jd mcm tu.
Rasulullah pun, Baginda dibaling dgn najis...
Tp x pernah menyimpan dendam,
bahkan berbuat baik pd yg memusuhinya,
dengan itu dakwah Rasulullah berkembang...
Subhanallah... Mulia akhlakmu Nabi...
'Itu Nabi, aku manusia biasa. Wanita yg emosinya menang 9-10 dgn akal'...
Ya, sebab itu Nabi itu ikutan kita...
Kerana itu Allah jadikan Nabi juga dlm kalangan manusia,
seperti kita...
yg menunjukkan manusia seperti kita mampu mencontohi akhlak Baginda.
Kata nk bawa Islam, 
Nak teruskan tugas dakwah Nabi,
Tapi bab akhlak pun dah fail...
Malunya...
Jadi, cubalah...
Teruskan memberi tanpa mengharap balas,
Erti hidup pd memberi kan katanya...
Teruskan... Andai ianya baik buat semua...
Kata ikhlas???
Kalau ikhlas tak perlu mengungkit kan...
Kalau kita bagi 50 sen kasih syg kita pada manusia,
Jgn mengharap pada pulangannya,
Psst... Syg berpada-pada...
Lagi2 pada yg tidak selayaknya utk disayangi...
Sayang Allah syg hakiki...


Huh, yg manusia lg sorang ni lagi tak patut.
Ini dah tahap hati kering,
Mcm kacang lupakan kulit kot.
Belajarlah utk menghargai...
Ego sgt nak ucap 'thanks'.
Kita ni manusia yg terbentuk dari setitis air yg hina,
Setinggi mana pun kita terbang tinggalkan yg lain,
Kita tetap berasal dari tanah yg tempatnya kita pijak,
dan kelak kembali juga ke dalam tanah...
Tak perlu nk ego sgtlah.
Hargailah, kalau kita sebuah banglo mewah,
walau hnya sebutir pasir yg halus,
Ia tetap menyumbang dlm membentuk 'kita'...


Nota Izzah : Memberi tanpa menanti balas, menerima dengan penuh penghargaan...

Impian VS Angan-angan

Pulut : "Satu hari nanti aku nak jadi PM lah..."
Santan : "Eleh, berangan la. Dahla selekeh, bangun tdo pun lambat, ada hati nak jadi PM. Kahkahkah..."
Pulut : "Berangan tak berangan, at least aku ada jugak impian. Kau ada? Lepak je kejenya... Kahkahkah..."
Santan : "Erk..."


***

Ini mungkin dialog kedai kopi, hanya rekaan Si Penulis semata-mata. Impian? Angan-angan? 
Anda punya impian? Atau angan-angan? Erk, apalah bezanya...
Nanti sila buka Kamus DBP, cari mksud kedua-dua pkataan ni ya!

Nak kongsi sesuatu...
Bbrapa hari lps, berkesempatan bertemu seorang ustaz, yg smemangnya gemar berfikir 'out of the box'... Macam ni ke? Err..
~situasi 1~

~situasi 2~

Ok, back to da topic ; Sempat beliau berkongsi berkenaan kisah di hari perkahwinannya. Bagaimana zaujahnya (isteri) diandan oleh Mak Andam yg menitik beratkan hukum hakam Agama. Hurm, beberapa hari sblm tarikh perkahwinannya juga, si isteri telah berkunjung ke spa yg turut diuruskan oleh org yg btul2 faham Agama.
Betul, kata beliau kita skrg sgt perlukan org2 sebegini. Sbgai contoh, Mak Andam yg solekkan pengantin prmpuan, msti stuju kalau sy ckp mostly mereka bila make up pngntin, msti nk cukur kening. Mostly macam tu. Kalau yg x brapa tetap pendirian, msti akn ikut je ape Mak Andam nak buat, janji lawa. Tp kalau pngantin yg tahu bhwa hukum mencukur kening tu haram, mesti bertegas tak nak kan. Kalau berjaya halang Mak Andam drp mengorbankan bulu kening, alhamdulillah. Tp mcamana pulak kalau Mak Andam pulak buat muka pngantin macam muka tu dia yg punya? huhu malang sekali...

Tu dari segi make up,camana pulak dri segi pakaian pngantin muslimah? Susah jgk kalau smua butik pengantin  hanya sediakan kebaya singkat lagi sendat kan. Apa la nasib muslimah di luar sana. 23 tahun hdup aurat terjaga.Tup2, di hari perkahwinan smua yg sblm ni terjaga entah ke mana (tempoh 23 thn hnya cntoh, x smestinya angka itu tepat ;p ). Mmg tak dinafikan, dibenarkan sdkt tabarruj di hari perkahwinan, tapi pastikan pakaian yg mengikut syara'. Kan lagi bagus kalau ada butik pengantin muslimah, (mgkin dah ada, tp masih blum mencukupi~)... Islam bukan hanya mencegah dan menegah, tapi setiap perkara pasti ada alternatif, kcuali dlm prkara yg melibatkan aqidah. Siapa lg kalau bkn kita yg menunjukkan alternatif tersebut?


~Hurm... Sbnrnya nak kongsi ttg angan2 n impian sy, tp tiba2 rsa masih belum bersedia utk bkongsi =)... Tunggulah masa yg sesuai, Anda pula bagaimana? 


nota Izzah : Bercita-cita tanpa usaha bukan cita-cita tapi angan-angan.... Namun segalanya bermula dgn angan2, ayuh realisasikan angan2 =) 

...

Dada terasa sesak,
Kian kesuntukan,
Kebuntuan yg terus menyapa,
Keresahan yg silih bertandang,
Kesepian yg tak jemu mengintai,
Kerinduan yg makin menyakitkan,
Semua diadun,
Dan singgah bergelar parasit...

*****************************************************

Biasakan apa yg tak biasa...
Tak semudah disangka,
Tp harus yakin pd diri,
Kerana kenangan lalu takkan mampu dipadam,
Parutnya terlalu dalam,
Untung ada ubat yang menutupinya,
Tapi sakitnya masih terasa,
Sekurang-kurang parutnya tak lagi kelihatan.

Walau hati tekad utk berhenti,
Tapi diri tak mampu bertindak,
Kesal...
Mohon maaf,
Kuatkan semangat hadapi hari-hari mendatang...

*****************************************************

Pasti ada ubatnya... 
Ubat yg menyembukan sepenuhnya...
Sujud pd Ilahi,
Serahkan padaNya sebaik-baik perancang,
Di situ kau temui ketenangan...
Semoga tabah...

Nota Izzah : Selesaikan tugasan ELE hari ni jugak, jadual padat, selesaikan satu persatu, mohon dipermudahkan, Amin... Tak sabar tnggu Jumaat n hantar tugasan!

~Bawa aku pergi~

Sayu...
Semua ini menghimpit,
Aku kuat utk hadapi,
Yakin diri la...
Pujuk2 diri,
Pujuk hati,
Tarik nafas dalam2,
Kemudian lepaskan...
Ok, slmt tinggal semuanya...
~Semua ni buat sy tak sabar nak keluar dari sini...
Nak ucap slmt tinggal, bercerai talak 3.
Rindu nk balik rumah~

Kesal~

Ya Allah, pimpin hambaMu ke jln yg benar...
Kesal... Segalanya sudah tiada nilai. Hilang. Zero...
Hati kata tak mahu.
Akal pujuk sabar.
Diri dah penat menahan.
Harapan itu musnah.
Biarkan...
Kerana dapat menghidu perkara itu.
Sabarlah hati.
Dah tak lama.
Kelak keluar dari segalanya.
Buat baik pada manusia.
Tanpa harap balasan.
Allah ada untuk kau.
Biar Allah buka hati agar berubah.
Sabar lagi...

Cerpen : Kerana Itu Takdirnya ~ Bhgn 4 ~

Genap seminggu, Naimah selamat bergelar tunangan orang. Itulah kali pertama dan terakhir dia melihat Abang Syafizie sebelum Sang Tunang terbang meninggalkan bumi Malaysia. Perjuangan harus diteruskan. Terasa dirinya begitu kerdil, yang teramat. Mana tidaknya, bergelar tunangan seorang bakal doktor yang cukup terjaga akhlaknya. Jernih wajah terpancar ketenangan. Lembut teratur bicaranya, sopan tingkahnya membuat hati tambah tertarik.


***
“Dah sampai mana kak?”, sapaan Tini mematikan lamunannya…
“Eh, Tini. Bila sampai?”, soal Naimah, wajah putih bertukar kemerahan.
“Haha, bila sampai? Baru la jugak. Sempat tumbuh dua urat janggut pun… Ni, Nampak tak? Janggut putih beruban… haha”, sambil jari telunjuk melekat di dagu, sengaja kenakan rakan sekuliahnya.
“Ada-ada jelah kau. Dari mana ni?”, soal Naimah lagi.
“Dari bilik, datang cari kau lah. Hana cakap kau kat sini. Lambai-lambai orang tu, tak berbalas pula. Menung jauh nampak. Ingat orang jauh ke Kak Kiah? Haha…”, Tini menyakat lagi.
“Ha’ah, ingat orang jauh kat kampung sana. Hehe, ada-ada sajalah kau Tini. Apa hal cari aku? Takkan seminggu tak jumpa dah rindu kot…hihi”, Naimah senyum, mesra tatkala bertemu.
“Tak berani dah nak rindu tunangan orang ni, hehe… Okay, straight to the point lah ye, aku datang ni bawa perutusan penting”, muka toya Tini tiba-tiba bertukar serius, serius yang sengaja dibuat-buat.
“Perutusan apa tuan hamba? Khabarkan segera, agar hamba tidak ternanti-nanti…”, Naimah melayan, hampir sahaja dia ingin berpuisi. Tapi dibatalkan niatnya, teringat pula alahan rakannya yang seorang ini. Pantang berpuisi, khuatir nanti diserang penyakit loya-loya lagi Si Tini nih. Naimah gelak dalam hati.
“Nah, bungkusan merah jambu buat adinda seorang”, sambil kedua tangannya ditinggikan, lagak tak ubah seperti kanak-kanak.
“Uwah, mimpi apakah tuan hamba di siang hari begini? Ataukah hamba yang sedang bermimpi?”, gelak mereka terburai.
Poorah, tak ada makna aku nak kasi kau hadiah. Tu, tengok nama kat belakang”, Tini mengangkat tangannya, sambil menjuih bibir.
“Luqman? Bila kau jumpa dia?”, soal Naimah. Suasana tiba-tiba sunyi.
“Minggu lepas, before kau balik untuk majlis pertunangan hari tu. Dekat cafe. Dia cakap tunggu kau, sms pun tak berbalas. Penat menunggu agaknya, kebetulan aku lalu kat cafe, dia kirimkan bungkusan ni. Nasibla, dah memang ada cop cafe kat dahi aku ni kan, haha…”, Tini mengusik.
“Oh, aku tak sempat jumpa dia… By the way, thanks. Dia ada pesan apa-apa lagi tak?”, Naimah memberi alasan. Teringat sms yang diterimanya, Luqman meminta untuk berjumpanya di cafe. Dia sungguh berharap, namun Naimah tak punya kekuatan untuk bertemu.
“Entahlah, aku nak cepat waktu tu. Kalau tak silap, dia ada pesan, suruh kau jaga diri baik-baik…”, berkerut dahi Tini, berusaha keras untuk mengingati.
Naimah terdiam.
“Okaylah, aku chow dulu lah. Banyak bungkusan lain nak kena hantar, haha…”, Tini berseloroh.
Pertemuan mereka tamat di situ, usai tangan berjabat mesra.
***
Naimah merenung telekung solat berenda merah jambu di tangannya.
Hadiah pemberian Luqman yang masih dibiarkan di dalam plastik. Suasana biliknya sunyi. Hana sejak pagi keluar ke kuliah, masih belum pulang. Dibukanya perlahan surat kiriman Luqman yang diselit bersama bungkusan tadi.

Assalamualaikum w.b.t…
Man mohon maaf andai kehadiran warkah ini mengganggu ketenangan hidup Iem. Tiada niat untuk mengganggu kebahagiaan yang telah terbina. Man doakan agar jodoh kalian berkekalan. Mohon maaf juga atas segala salah dan khilaf yang telah lalu. Mungkin prinsip Man yang sukar berputus asa yang buat Man terus berusaha untuk dapatkan cinta Man semula. Dan hinggalah Man dapat tahu yang Iem bakal bertunang. Tidak layak lagi untuk Man runtuhkan ikatan suci ini. Man bahagia atas perubahan diri Iem, mungkin Man takkan mampu jadi ketua keluarga yang baik buat Iem. Jaga diri baik-baik. Mungkin ini aturan yang terbaik. Cinta yang takkan kesampaian, Man tarik diri… Anggaplah segala yang kita lalui dulu sebagai satu kesilapan. Bakal tinggalkan cinta di sini, doakan Man selamat dalam kembara mencari ‘cinta hakiki’…

Wassalam…
Luqman Harith~

Naimah meneliti ayat demi ayat. Luqman tarik diri…
Pantas memori semalam singgah di ingatan. Setelah Abi menghalang perhubungannya dengan Luqman, hatinya hancur. Begitu juga Luqman yang sungguh kecewa. Kali terakhir dia menerima hadiah pemberian daripada Luqman, seutas bangle bertali hitam yang ditulis ‘Iem * Man’ padanya. Itu kenangan beberapa tahun yang lalu. Naimah masih menyimpannya, dan dia sangat pasti Luqman juga masih memilik bangle yang sama. Teringat sewaktu mereka terserempak di Fakulti beberapa bulan yang lalu, Luqman masih memakai bangle tersebut di lengan kanannya.
Naimah melipat rapi surat pemberian Luqman, dimasukkan ke dalam kotak simpanannya. Segala kenangan mereka tersimpan di situ. Naimah masih menyimpannya, dan berkira-kira untuk membuang segalanya. Namun, dibatalkan hasratnya. Tunggulah hingga dirinya betul-betul dimiliki secara sah.
***
Setelah hampir setahun menerima warkah daripada Luqman, barulah Naimah tahu Luqman telah membawa diri ke luar negara. Namun dia tidak pasti ke mana. Luqman telah menangguhkan pengajiannya di UIAM. Penat memujuk Tini, tetapi tetap dirahsiakannya. Mungkin ini permintaan Luqman agar Tini merahsiakan pemergiannya. Naimah redha.
***
Deringan Samsung Galaxy Mini mematikan lamunan Naimah. Suara Umi di hujung talian.
“Assalamualaikum kakak, sibuk ke sekarang? Dah lama tak dapat borak dengan Kakak”, lembut suara si ibu.
“Waalaikumussalam, Umi. Kakak baru balik dari program yang Kakak cakap hari tu. Seminggu kat dalam hutan. Tak dapat coverage nak contact Umi. Maaf Umi”.
“Oh, yeke. Tak mengapa. Ni Umi nak bagitahu, Datin Khatijah baru telefon, dia cakap flight Syafizie bulan depan. Hujung bulan depan dia habis belajar. Dia ada bagitahu Kakak tak?” Umi memulakan bicara.
“Abang Syafizie mana pernah contact kakak. Sesekali ada la dia kirimkan emel, tanya khabar. Tapi jarang sangat. Agaknya sebab tu Umi Khatijah bagitahu Umi”, Naimah berterus terang.
“Agaknya macam tu lah. Orang wara’ macam Syafizie tu mesti jaga hubungannya dengan perempuan. Lagipun  kamu berdua belum ada hubungan yang sah lagi. Kakak jangan ambil hati la ya”. Pujuk Umi.
“Eh, mana ada Kakak ambil hati. Kakak pun faham. Umi jangan risau, Kakak pun sebolehnya nak jaga hubungan sebelum ada hubungan yang sah”, Naimah senyum di hujung talian.
“Hmmm, baguslah macam tu. Umi nak bagitahu, keluarga pihak sana nak datang ke rumah. Nak bincang hal nikah Kakak. Kalau boleh Kakak baliklah, Syafizie pun datang sama nanti. Majlis Kakak tinggal tujuh bulan lagi. Umi pula yang terlebih berdebar”, Umi ketawa perlahan.
“Oh, insya Allah Kakak balik nanti. Hehe. Agaknya Umi berdebar sama tak macam waktu Umi nikah dengan Abi dulu?”, sempat Naimah menyakat.
“Eh, budak ni. Mana tak berdebar. Kakak tu satu-satunya anak Umi dengan Abi tau. Anak manja Umi dah nak jadi isteri orang. Banyak Umi nak turunkan ilmu rumah tangga ni”.
“Iyalah Umi, nanti Kakak balik awal seminggu, nak? Boleh menuntut ilmu dengan Umi. Hehe”, Naimah gelak. Sengaja bergurau dengan Umi tersayang.
“Ish, budak ni. Main-main pulak dia. Jangan buat lupa pula, balik nanti tau. Abi dah panggil tu. Umi letak telefon dulu lah ya. Assalamualaikum”, lembut nada Umi.
“Baiklah Umi, Waalaikumussalam”, jawab Naimah mematikan perbualan. Sememangnya Umi contoh isteri mithali yang dikaguminya. Tiba-tiba hatinya berdebar.



~bersambung~


Ya, saya CEPAT belajar... =)

Hidup terlalu indah untuk dikenang... kan?
Oho, da nak stat sentimental ke ni???
Tidak, bukan, no no...
I'm almost 22...
Dah dekat 22 tahun dah saya hidup kt dunia pnjaman Allah ni... (ececeh, bajet mcm tua sgt =)
Banyak yang saya lalui (setakat ni rs mcm banyak, tp blm ckup lagi sbenarnya)
Banyak yg saya belajar...
Selama itulah, proses belajar saya bercambah...
"Tak yah manja sangat lah, sikit-sikit nak sentimental... Buang masa jeh", hehe mungkinkah ini saya yg sekarang? (msti Ma Abah bangge kan, hehe...)
"Bnyk benda lagi nak fikir, instead of amik tahu hal remeh"... 
Err, saya selalu dengar ayat yg lebih kurang mcm tu... 
Dulu, teramat sukar untuk saya terima. Bila dilanda kesedihan, ada pulak 'orang-orang' yg cakap macam tu.
Dlm hati, 'dah memang aku ni sentimental gni... Bukan manja, tapi tahu tak macamana hilangkan stress dgn cara lepaskan tangisan?'
Tak kisahla, ada org yg nk tenangkan atau nangis sorang2, it's always okay, asalkan jgn marah bila sy nangis! Itu cara saya la!! 

Erm, lama... Ambil masa yg sgt lama. Buat insan 'sentimental' sprtiku. Yg melihat sesuatu di balik sesuatu... (fhm x? huhu...)
Sandarkan seseorang dgn sesuatu yg lain. Yg buat sy menikmati segala yg di sekeliling dgn sepenuh jiwa, hingga terlalu bnyk utk sy kenang, dgn cara sy sndiri. 

Dan, boleh ke sy buang diri dan sikap sy yg sebegitu? Yg mgkin bg sesetengah org anggap itu sbg 'kelemahan'... Nak jadi hati kering ke? hurm...
~Tak pasti~

Setelah 4 tahun, saya dihantar jauh dari 'buah hati'... Ma & Abah jauh untuk layan kerenah saya lagi...
Baru saya tahu erti berdikari yg sbnr (wpun tak sepenuhnya lagi...erk), sekurangnya sy belajar, kan...
Saya akui, pengalaman org sekeliling buat sy buka mata. Belajar dri mereka. Bkn saya je yg hadapi kesedihan, masalah, stress, kehilangan, kekurangan dan macam2... Sampai bila, sengaja biarkan diri ni lemah?  Sdgkan masih bnyk utk sy nikmati dan lalui... Syukur, kerana Dia beri peluang utk sy jalani semua ni. Sy yakin, ini semua tarbiyah. Cabaran masa dpn pasti lebih hebat... Dia nk bg hambaNya bersedia, kan...


4 tahun, lama tak? Haha, sy mmg cepat bljr kan... (perli nmpak...)

nota Izzah : Kalau sedih, nangis dlm hati jelah. Jgn bg org nampak. Nangis bwh bantal ke. Lama-lama kuatlah, xkan selamanya nak tangisi benda yg sama kan... 
   

I can't make it...

Bangun, cepat bangun... Lari laju2...
Ok, i'll try ...
Jatuh lagi...
Xpe, bangun... Dah nak hampir ke garisan penamat...
Tersungkur jua,
Xpe, chill yeah. Still ada masa...
Uhuk, taknak lari lagi...
Saya takut jatuh...
Jatuh buat saya sakit...

Xmampu lari? 
Berjalanlah,
Xmampu jalan?
Err, merangkak nak?
Ok, tak kisah apa jua cara,
Yang penting tiba ke garisan penamat,
Ingat jgn main kotor...
'Pengadil' boleh singkirkan awak nanti,
Hurm, baik...
Yg penting sampai ke garisan penamat,
Jangan cepat mengalah,
Buat malu org kampung ja...

Tabahlah hadapi segala onak duri kehidupan...

Cerpen : Kerana Itu Takdirnya ~ Bhgn 3 ~

Enam biji kereta mewah tiba di Banglo Teratai. Debaran hati Naimah kian bertambah. Hana setia menemaninya di dalam kamar.
 “Wah, macam pinang dibelah dua!. Sepadan sangat dah. Pandai kau pilih pasangan. Nasib akulah, dah berpuluh laki, tak sorang pun kekal. Paling lama bertahan pun 3 bulan… Huh, laki sekarang tak boleh diharap langsung…”, Hana menjuihkan bibirnya.

“Uwah, seronok mengutuk nampak. Laki yang tak boleh diharap ke awak tu yang memilih sangat kak? Macam aku baru kenal kau sehari dua. Dah dua tahun kot jadi roommate, kenal sangat taste  kau macamana. Hidung kalau tak cukup sejengkal, jangan harap kau nak layan kan. Bila ada pompuan lain kejar dia, baru nak ribut. Alih-alih aku la yang terpaksa cairkan tahi telinga, dengar kutukan kau. Haha, Hana... Hana…”. Naimah senyum melebar. Berbuih mulutnya menasihati Hana, namun Hana tetap begitu. Nasiblah Hana tak pernah mengelak dari dengar ceramah percumanya, Hana senyum kelat. Cuma belum tiba masa Hana. Tak mengapa, hidayah milik Allah.

“Alah, bukan luak pun tahi telinga tu. Itu pun nak berkira. Sekali sekala nak luah perasaan kan.  Apa guna roommate kalau tak nak berkongsi rasa… Hehe… Eh, betul ke kau tak pernah kenal dia ni?”.
“Betulla. Aku tak pernah jumpa dia pun, just tengok gambar yang Abi bagi. Tak tahu macamana orangnya. Tapi aku yakin dengan pilihan Abi ngan Umi. Kata Abi, pernikahan bagi seorang gadis ibarat perjudian, gamble dengan kehidupan kita. Sebab tu, Abi risau sangat dengan aku. Satu-satunya anak gadis dia. Dia tahu Luqman still cari aku. Aku ingat pesan Abi, keberkatan sesebuah masjid yang dibina tu bermula dengan bagaimana hubungan kita dengan pasangan sebelum diijabkabul”, matanya bergenang saat nama itu meniti di bibir. Luqman… Perasaan apakah ini.

“Alahai, syahdu pula aku dengar. Beruntung Abang Syafizie dapat perempuan ‘suci’ macam kau… Hehe… Aku salute ah, tabik spring sama kau!”… tangannya dihala ke dahi, pantas dialih ke bawah semula, lagak polis tak bertauliah.
“Suci? Tak juga lah, dulu aku pernah ada Luqman. Rasa menyesal  pun ada. Dulu semua cakap aku ni kasar, tapi hati aku lembut. Sekali aku dah serahkan jiwa pada seorang lelaki, dan tiba-tiba cinta kami terhalang. Sungguh bukan senang untuk aku buang namanya dari hati aku. Sampai sekarang, dia tetap ada kat sini. Tapi sekurangnya aku cuba, untuk buang dia jauh-jauh”, entah mengapa suasana jadi hiba.
“Sabar ya Naim, sabar. Ni kan ujian… Hah, tengok berkat kau selalu nasihat aku lah, sekarang turn aku nasihat kau pulak. Copy paste ayat kau pulak tu… Hahah, apa tu yang kau selalu cakap, Allah tak akan uji hambaNya melainkan apa yang setimpal dengannya… Err, betul tak? Ustazah to be aku nih…”, Hana gelak nakal. Itu Hana, suasana hiba tak dibiar panjang.

“Iya lah tu. Tapi aku takut Hana, kalau suatu hari nanti aku bandingkan Luqman dengan Abang Syafizie. Sebab Luqman sangat baik pada aku, cuma kurangnya dia tak mampu jadi imam yang baik buat aku. Aku ni pun macam lalang, kalau dapat hubby yang tak titik beratkan agama, mau terbang tudung aku ni ha… Bagi aku, menyerahkan jiwa pada lelaki ajnabi tu la kesilapan paling besar yang pernah aku buat, dan aku kesali sampai bila-bila. Luqman dah pernah dapat kasih aku sebelum yang selayaknya dapat. Sayang aku dah tak mahal lagi…”, nada kesal Naimah jelas sekali.

“Erk, tersentap aku. Perli aku ke cik kak?”, Hana mencebik.
“Haha, mana ada perli. Ini sesi luahan rasa, okay. Kau kena terima la, macam yang aku selalu terpaksa terima luahan rasa kau yang macam diulang tayang tu… hehe”, senyum terukir, sengaja memujuk sang teman.
“Iyalah, Naim. Yang lepas, biarkan berlalu. Kau dikira beruntung, pernah rasa zaman gelap dan zaman renaissance . Sekurang-kurangnya kau tahu macamana peritnya hidup di zaman gelap. Yang kau selalu cakap dulu, hilang punca, mati akal, bila ditimpa ujian, kan. Kalau aku tanya, kau nak tak balik ke zaman gelap dulu? Mesti tak nak, kan”, lagak Hana dah macam ustazah wanna be.

“Pandai betul kawan aku sorang ni”, pipi cengkung Hana dicubit. Huh, rasa tulang je.

“Kakak, jom keluar. Datin Khatijah nak sarungkan cincin”, kehadiran Umi mematikan perbualan mereka.
“Ya Allah, Umi, segannya… Hana jom temankan aku…”, tangan Hana ditariknya.
“Ewah, kalau ajak aku, baik aku je terima cincin tu. Betul tak Umi… hahaha…”, sempat lagi Hana berseloroh. Panggilan Umi sudah dibiasakan sejak awal pertemuan, mereka sememangnya akrab, senang sebegitu.
“Hehe, Hana mari keluar sama. Belajar-belajar, mana tahu turn awak dah tak lama. Tak pun mana tahu ada calon single kat luar tu…”, Umi menyakat, Hana terkena. Wajah putih susu bertukar warna.

Naimah dan Hana membuntuti Umi.
Debar di hati tak siapa yang tahu. Matanya bagai melihat kristal yang terkena sinaran mentari dari kejauhan.  Jubah moden berwarna purple metallic yang dikenakan menambahkan lagi keayuan Naimah.
Tiba-tiba dua pasang mata bertemu. Kaget. Wajah yang sangat dikenalinya…

‘Kak Annisa!’, debaran hati Naimah tak mampu dikawal lagi.

~bersambung~
nota penulis: maaf, atas keterlewatan sambungan bhgn ketiga. Nantikan  pengakiran kisah mereka =)

Memori buat kalian...

Waktu tu, riuh macam kat pasar... Menunggu lecturer yg x kunjung tiba.
"Petang ni pukul 5 kita turun aerobick, Ready ngan muzik ye...".
"Yang bulat-bulat lemak lemuk wajib turun k". 
Dua tiga yang rajin menambah lagi kebingitan suasana kelas.
Sambil pencatit tak bertauliah giat menconteng papan putih.
"Ok, ni rate berat mengikut masa yg korang kena turun... Tengok depan..."
Dia memang rajin menconteng:


 Berat < 40 kg : pukul 4.30 - 6.30 ptg
40-50 kg : 5.00 - 6.30 ptg
50 - 60 kg : 5.30 - 6.30 ptg
> 60 kg : 6.00 - 6.01 ptg

Uwah, banyak santek... (Sila lihat tulisan di ats yg tlh dibesarkan) =)
Itu gurauan common bdk kls kita kan, yg lemak lemuk ni dtg kejap ckup amik angin je. Nak dtg dri LS / CS tu pn da bpe bnyk kalori terbakar...hehe... Alhamdulillah...

Senyap seketika,
''Ish, mna cikgu xdtg lagi ni...'' (cikgu: gelaran utk pensyarah kt cni)
"Ain (bkn nma sbenar), cikgu nak masuk tak? Ktorg nak balik la, dah nak hbs wktu pun"...
"Korang, xpayahla balik dlu. Jomla kita spend msa sama2, gurau2 n borak2, wktu kta bersama da xlama..."
"Hahaha...", kami gelak pnjg.
Sgt poyo ayt beliau,
1- xnak balik awl? (slalu klu xda lectrer, panggilan bkt katil tu xdpt ditahan2, trutama S, bangga btul dgn bkt katil kan...hehe)
2- spend msa sma2? dlm kls plk tu? hehe (xda tmpt lain ke...)


Mmg gelak wktu tu, tp betul kata dia... Masa bersama da makin suntuk... Tiba2 sentimental (sobs....)...
Satu hari lps presentation, ckgu da kuar tp masih ad masa berbaki... Kami tayang video kt dpn kls, its all about us. Mula dari wktu kanak2 ribena (mula2 msuk ipg)... smpai yg terbaru...
"Waa, pipi kau kurus je dlu...haha"... lagi skali isu lemak lemuk...
"Muka suci... xreti bergaya..."... macam2...
Kami gelak tgk video2 lama. Da lama x keluar sama2 mcm dulu... Bukit Serindit, MP, JJ, Taman Negara, Pantai Puteri, BBQ, camping, Pengkalan Balak, prank befday girl, perkongsian kt BISA, erm, banyak lagi...tak tersebut...


Apapun yg terjadi, segalanya telah berlalu... Yang tinggal hanya memori, terpahat di ingatan, kekal sebagai kenangan...
Saya sayang KALIAN, sungguh sangat2... Saat tegang bergigit2an tarik2an rambut, muka ketat dan mulut muncung... Kita da lalui smua tu, skrg yg pahit masam da jadi manis... Ala, tu msa bdk2 dlu, hal kecik pon nk gaduh...hehe, bajet matangla skg ni kan... Ok ape, sorang da bergelar bini org, dua yg dah dpt gelaran tunangan org... Yg lain2, tggu msa je... Kira matangla kn, cikgu to be...hehe...


Entry ini khas buat sayang2 sekalian, 27 puteri PISMP Math Jan 09...


"The most I can do for my friends is simply to be their friend. I have no wealth to bestow on them. If they know that I am happy in loving them, they will want no other reward."

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews