Pages

Cerpen : Kerana Itu Takdirnya ~ Bhgn 3 ~

Enam biji kereta mewah tiba di Banglo Teratai. Debaran hati Naimah kian bertambah. Hana setia menemaninya di dalam kamar.
 “Wah, macam pinang dibelah dua!. Sepadan sangat dah. Pandai kau pilih pasangan. Nasib akulah, dah berpuluh laki, tak sorang pun kekal. Paling lama bertahan pun 3 bulan… Huh, laki sekarang tak boleh diharap langsung…”, Hana menjuihkan bibirnya.

“Uwah, seronok mengutuk nampak. Laki yang tak boleh diharap ke awak tu yang memilih sangat kak? Macam aku baru kenal kau sehari dua. Dah dua tahun kot jadi roommate, kenal sangat taste  kau macamana. Hidung kalau tak cukup sejengkal, jangan harap kau nak layan kan. Bila ada pompuan lain kejar dia, baru nak ribut. Alih-alih aku la yang terpaksa cairkan tahi telinga, dengar kutukan kau. Haha, Hana... Hana…”. Naimah senyum melebar. Berbuih mulutnya menasihati Hana, namun Hana tetap begitu. Nasiblah Hana tak pernah mengelak dari dengar ceramah percumanya, Hana senyum kelat. Cuma belum tiba masa Hana. Tak mengapa, hidayah milik Allah.

“Alah, bukan luak pun tahi telinga tu. Itu pun nak berkira. Sekali sekala nak luah perasaan kan.  Apa guna roommate kalau tak nak berkongsi rasa… Hehe… Eh, betul ke kau tak pernah kenal dia ni?”.
“Betulla. Aku tak pernah jumpa dia pun, just tengok gambar yang Abi bagi. Tak tahu macamana orangnya. Tapi aku yakin dengan pilihan Abi ngan Umi. Kata Abi, pernikahan bagi seorang gadis ibarat perjudian, gamble dengan kehidupan kita. Sebab tu, Abi risau sangat dengan aku. Satu-satunya anak gadis dia. Dia tahu Luqman still cari aku. Aku ingat pesan Abi, keberkatan sesebuah masjid yang dibina tu bermula dengan bagaimana hubungan kita dengan pasangan sebelum diijabkabul”, matanya bergenang saat nama itu meniti di bibir. Luqman… Perasaan apakah ini.

“Alahai, syahdu pula aku dengar. Beruntung Abang Syafizie dapat perempuan ‘suci’ macam kau… Hehe… Aku salute ah, tabik spring sama kau!”… tangannya dihala ke dahi, pantas dialih ke bawah semula, lagak polis tak bertauliah.
“Suci? Tak juga lah, dulu aku pernah ada Luqman. Rasa menyesal  pun ada. Dulu semua cakap aku ni kasar, tapi hati aku lembut. Sekali aku dah serahkan jiwa pada seorang lelaki, dan tiba-tiba cinta kami terhalang. Sungguh bukan senang untuk aku buang namanya dari hati aku. Sampai sekarang, dia tetap ada kat sini. Tapi sekurangnya aku cuba, untuk buang dia jauh-jauh”, entah mengapa suasana jadi hiba.
“Sabar ya Naim, sabar. Ni kan ujian… Hah, tengok berkat kau selalu nasihat aku lah, sekarang turn aku nasihat kau pulak. Copy paste ayat kau pulak tu… Hahah, apa tu yang kau selalu cakap, Allah tak akan uji hambaNya melainkan apa yang setimpal dengannya… Err, betul tak? Ustazah to be aku nih…”, Hana gelak nakal. Itu Hana, suasana hiba tak dibiar panjang.

“Iya lah tu. Tapi aku takut Hana, kalau suatu hari nanti aku bandingkan Luqman dengan Abang Syafizie. Sebab Luqman sangat baik pada aku, cuma kurangnya dia tak mampu jadi imam yang baik buat aku. Aku ni pun macam lalang, kalau dapat hubby yang tak titik beratkan agama, mau terbang tudung aku ni ha… Bagi aku, menyerahkan jiwa pada lelaki ajnabi tu la kesilapan paling besar yang pernah aku buat, dan aku kesali sampai bila-bila. Luqman dah pernah dapat kasih aku sebelum yang selayaknya dapat. Sayang aku dah tak mahal lagi…”, nada kesal Naimah jelas sekali.

“Erk, tersentap aku. Perli aku ke cik kak?”, Hana mencebik.
“Haha, mana ada perli. Ini sesi luahan rasa, okay. Kau kena terima la, macam yang aku selalu terpaksa terima luahan rasa kau yang macam diulang tayang tu… hehe”, senyum terukir, sengaja memujuk sang teman.
“Iyalah, Naim. Yang lepas, biarkan berlalu. Kau dikira beruntung, pernah rasa zaman gelap dan zaman renaissance . Sekurang-kurangnya kau tahu macamana peritnya hidup di zaman gelap. Yang kau selalu cakap dulu, hilang punca, mati akal, bila ditimpa ujian, kan. Kalau aku tanya, kau nak tak balik ke zaman gelap dulu? Mesti tak nak, kan”, lagak Hana dah macam ustazah wanna be.

“Pandai betul kawan aku sorang ni”, pipi cengkung Hana dicubit. Huh, rasa tulang je.

“Kakak, jom keluar. Datin Khatijah nak sarungkan cincin”, kehadiran Umi mematikan perbualan mereka.
“Ya Allah, Umi, segannya… Hana jom temankan aku…”, tangan Hana ditariknya.
“Ewah, kalau ajak aku, baik aku je terima cincin tu. Betul tak Umi… hahaha…”, sempat lagi Hana berseloroh. Panggilan Umi sudah dibiasakan sejak awal pertemuan, mereka sememangnya akrab, senang sebegitu.
“Hehe, Hana mari keluar sama. Belajar-belajar, mana tahu turn awak dah tak lama. Tak pun mana tahu ada calon single kat luar tu…”, Umi menyakat, Hana terkena. Wajah putih susu bertukar warna.

Naimah dan Hana membuntuti Umi.
Debar di hati tak siapa yang tahu. Matanya bagai melihat kristal yang terkena sinaran mentari dari kejauhan.  Jubah moden berwarna purple metallic yang dikenakan menambahkan lagi keayuan Naimah.
Tiba-tiba dua pasang mata bertemu. Kaget. Wajah yang sangat dikenalinya…

‘Kak Annisa!’, debaran hati Naimah tak mampu dikawal lagi.

~bersambung~
nota penulis: maaf, atas keterlewatan sambungan bhgn ketiga. Nantikan  pengakiran kisah mereka =)

6 comments:

cahaya kemasyhuran said...

huyoo~~cayalah ti.hehe

Izzah Ibtisam said...

hehe =)'

asrar said...

isk2..sambung ag ke..bpe episod ag..jgn smpi 100 sudah..huhu..gram nk taw next..
papepn, mmg best!

Izzah Ibtisam said...

Asrar,sabar ye tnggu bhgn sterusnya. dh xlama dh =)

wafa zinnirah92 said...

salam akak...

wah, seronok saya membaca ketiga2 cerpen tajuk ni..

tak sabar menanti sambunganya, teruskan menulis ya kak.. ^_^

~permata yang dicari~

Izzah Ibtisam said...

trima kasih wafa, ok nantikan episod strusnya =)

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews