Pages

Cerpen : Kerana Itu Takdirnya ~ Bhgn 4 ~

Genap seminggu, Naimah selamat bergelar tunangan orang. Itulah kali pertama dan terakhir dia melihat Abang Syafizie sebelum Sang Tunang terbang meninggalkan bumi Malaysia. Perjuangan harus diteruskan. Terasa dirinya begitu kerdil, yang teramat. Mana tidaknya, bergelar tunangan seorang bakal doktor yang cukup terjaga akhlaknya. Jernih wajah terpancar ketenangan. Lembut teratur bicaranya, sopan tingkahnya membuat hati tambah tertarik.


***
“Dah sampai mana kak?”, sapaan Tini mematikan lamunannya…
“Eh, Tini. Bila sampai?”, soal Naimah, wajah putih bertukar kemerahan.
“Haha, bila sampai? Baru la jugak. Sempat tumbuh dua urat janggut pun… Ni, Nampak tak? Janggut putih beruban… haha”, sambil jari telunjuk melekat di dagu, sengaja kenakan rakan sekuliahnya.
“Ada-ada jelah kau. Dari mana ni?”, soal Naimah lagi.
“Dari bilik, datang cari kau lah. Hana cakap kau kat sini. Lambai-lambai orang tu, tak berbalas pula. Menung jauh nampak. Ingat orang jauh ke Kak Kiah? Haha…”, Tini menyakat lagi.
“Ha’ah, ingat orang jauh kat kampung sana. Hehe, ada-ada sajalah kau Tini. Apa hal cari aku? Takkan seminggu tak jumpa dah rindu kot…hihi”, Naimah senyum, mesra tatkala bertemu.
“Tak berani dah nak rindu tunangan orang ni, hehe… Okay, straight to the point lah ye, aku datang ni bawa perutusan penting”, muka toya Tini tiba-tiba bertukar serius, serius yang sengaja dibuat-buat.
“Perutusan apa tuan hamba? Khabarkan segera, agar hamba tidak ternanti-nanti…”, Naimah melayan, hampir sahaja dia ingin berpuisi. Tapi dibatalkan niatnya, teringat pula alahan rakannya yang seorang ini. Pantang berpuisi, khuatir nanti diserang penyakit loya-loya lagi Si Tini nih. Naimah gelak dalam hati.
“Nah, bungkusan merah jambu buat adinda seorang”, sambil kedua tangannya ditinggikan, lagak tak ubah seperti kanak-kanak.
“Uwah, mimpi apakah tuan hamba di siang hari begini? Ataukah hamba yang sedang bermimpi?”, gelak mereka terburai.
Poorah, tak ada makna aku nak kasi kau hadiah. Tu, tengok nama kat belakang”, Tini mengangkat tangannya, sambil menjuih bibir.
“Luqman? Bila kau jumpa dia?”, soal Naimah. Suasana tiba-tiba sunyi.
“Minggu lepas, before kau balik untuk majlis pertunangan hari tu. Dekat cafe. Dia cakap tunggu kau, sms pun tak berbalas. Penat menunggu agaknya, kebetulan aku lalu kat cafe, dia kirimkan bungkusan ni. Nasibla, dah memang ada cop cafe kat dahi aku ni kan, haha…”, Tini mengusik.
“Oh, aku tak sempat jumpa dia… By the way, thanks. Dia ada pesan apa-apa lagi tak?”, Naimah memberi alasan. Teringat sms yang diterimanya, Luqman meminta untuk berjumpanya di cafe. Dia sungguh berharap, namun Naimah tak punya kekuatan untuk bertemu.
“Entahlah, aku nak cepat waktu tu. Kalau tak silap, dia ada pesan, suruh kau jaga diri baik-baik…”, berkerut dahi Tini, berusaha keras untuk mengingati.
Naimah terdiam.
“Okaylah, aku chow dulu lah. Banyak bungkusan lain nak kena hantar, haha…”, Tini berseloroh.
Pertemuan mereka tamat di situ, usai tangan berjabat mesra.
***
Naimah merenung telekung solat berenda merah jambu di tangannya.
Hadiah pemberian Luqman yang masih dibiarkan di dalam plastik. Suasana biliknya sunyi. Hana sejak pagi keluar ke kuliah, masih belum pulang. Dibukanya perlahan surat kiriman Luqman yang diselit bersama bungkusan tadi.

Assalamualaikum w.b.t…
Man mohon maaf andai kehadiran warkah ini mengganggu ketenangan hidup Iem. Tiada niat untuk mengganggu kebahagiaan yang telah terbina. Man doakan agar jodoh kalian berkekalan. Mohon maaf juga atas segala salah dan khilaf yang telah lalu. Mungkin prinsip Man yang sukar berputus asa yang buat Man terus berusaha untuk dapatkan cinta Man semula. Dan hinggalah Man dapat tahu yang Iem bakal bertunang. Tidak layak lagi untuk Man runtuhkan ikatan suci ini. Man bahagia atas perubahan diri Iem, mungkin Man takkan mampu jadi ketua keluarga yang baik buat Iem. Jaga diri baik-baik. Mungkin ini aturan yang terbaik. Cinta yang takkan kesampaian, Man tarik diri… Anggaplah segala yang kita lalui dulu sebagai satu kesilapan. Bakal tinggalkan cinta di sini, doakan Man selamat dalam kembara mencari ‘cinta hakiki’…

Wassalam…
Luqman Harith~

Naimah meneliti ayat demi ayat. Luqman tarik diri…
Pantas memori semalam singgah di ingatan. Setelah Abi menghalang perhubungannya dengan Luqman, hatinya hancur. Begitu juga Luqman yang sungguh kecewa. Kali terakhir dia menerima hadiah pemberian daripada Luqman, seutas bangle bertali hitam yang ditulis ‘Iem * Man’ padanya. Itu kenangan beberapa tahun yang lalu. Naimah masih menyimpannya, dan dia sangat pasti Luqman juga masih memilik bangle yang sama. Teringat sewaktu mereka terserempak di Fakulti beberapa bulan yang lalu, Luqman masih memakai bangle tersebut di lengan kanannya.
Naimah melipat rapi surat pemberian Luqman, dimasukkan ke dalam kotak simpanannya. Segala kenangan mereka tersimpan di situ. Naimah masih menyimpannya, dan berkira-kira untuk membuang segalanya. Namun, dibatalkan hasratnya. Tunggulah hingga dirinya betul-betul dimiliki secara sah.
***
Setelah hampir setahun menerima warkah daripada Luqman, barulah Naimah tahu Luqman telah membawa diri ke luar negara. Namun dia tidak pasti ke mana. Luqman telah menangguhkan pengajiannya di UIAM. Penat memujuk Tini, tetapi tetap dirahsiakannya. Mungkin ini permintaan Luqman agar Tini merahsiakan pemergiannya. Naimah redha.
***
Deringan Samsung Galaxy Mini mematikan lamunan Naimah. Suara Umi di hujung talian.
“Assalamualaikum kakak, sibuk ke sekarang? Dah lama tak dapat borak dengan Kakak”, lembut suara si ibu.
“Waalaikumussalam, Umi. Kakak baru balik dari program yang Kakak cakap hari tu. Seminggu kat dalam hutan. Tak dapat coverage nak contact Umi. Maaf Umi”.
“Oh, yeke. Tak mengapa. Ni Umi nak bagitahu, Datin Khatijah baru telefon, dia cakap flight Syafizie bulan depan. Hujung bulan depan dia habis belajar. Dia ada bagitahu Kakak tak?” Umi memulakan bicara.
“Abang Syafizie mana pernah contact kakak. Sesekali ada la dia kirimkan emel, tanya khabar. Tapi jarang sangat. Agaknya sebab tu Umi Khatijah bagitahu Umi”, Naimah berterus terang.
“Agaknya macam tu lah. Orang wara’ macam Syafizie tu mesti jaga hubungannya dengan perempuan. Lagipun  kamu berdua belum ada hubungan yang sah lagi. Kakak jangan ambil hati la ya”. Pujuk Umi.
“Eh, mana ada Kakak ambil hati. Kakak pun faham. Umi jangan risau, Kakak pun sebolehnya nak jaga hubungan sebelum ada hubungan yang sah”, Naimah senyum di hujung talian.
“Hmmm, baguslah macam tu. Umi nak bagitahu, keluarga pihak sana nak datang ke rumah. Nak bincang hal nikah Kakak. Kalau boleh Kakak baliklah, Syafizie pun datang sama nanti. Majlis Kakak tinggal tujuh bulan lagi. Umi pula yang terlebih berdebar”, Umi ketawa perlahan.
“Oh, insya Allah Kakak balik nanti. Hehe. Agaknya Umi berdebar sama tak macam waktu Umi nikah dengan Abi dulu?”, sempat Naimah menyakat.
“Eh, budak ni. Mana tak berdebar. Kakak tu satu-satunya anak Umi dengan Abi tau. Anak manja Umi dah nak jadi isteri orang. Banyak Umi nak turunkan ilmu rumah tangga ni”.
“Iyalah Umi, nanti Kakak balik awal seminggu, nak? Boleh menuntut ilmu dengan Umi. Hehe”, Naimah gelak. Sengaja bergurau dengan Umi tersayang.
“Ish, budak ni. Main-main pulak dia. Jangan buat lupa pula, balik nanti tau. Abi dah panggil tu. Umi letak telefon dulu lah ya. Assalamualaikum”, lembut nada Umi.
“Baiklah Umi, Waalaikumussalam”, jawab Naimah mematikan perbualan. Sememangnya Umi contoh isteri mithali yang dikaguminya. Tiba-tiba hatinya berdebar.



~bersambung~


5 comments:

wafa zinnirah92 said...

Assalamualaikum wbt..

Seronok baca cerpen ni.. apa terjadi seterusnya=)
Sedih pun ya juga bila membacanya.. ^_^

p/s: Untuk post terbaru saya tak buat cerpen lagi, saya post yang berkaitan sirah..
Jemputlah baca nnt..=) Cerpen masih belum siap, dah saya masih menulisnya. ^_^

~permata yang dicari~

murabbi said...

heeeeee...
watak baru...
Si Tini!!!!
sronok2... chaiyok..!

Izzah Ibtisam said...

wafa zinnirah : knpa sedih? erk, keliru...hehe
murabbi : watak baru,nk nma anda dimasukkan skali ke?hehe

murabbi said...

wah...wah...
offer baek nih..
bile lg nk glamer..
nak..nak!
ngeee

Izzah Ibtisam said...

Hehe, i.Allah klu xda dlm crpen ni, akn ada dlm crpen akn dtg.. Smoga diberi ilham. Amin...

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews