Pages

Promosi2... YES...

YES : Year End Sale...
Ok, sempena cuti sekolah ni sy nak kongsi sesuatu dgn sape2 yg rajin baca belog ni.
Tgh2 asyik berblogging, tbe2 tertarik dgn satu blog ni... Rasa seronok pulak baca...
Nak tahu tak???
Ok, kalau nak tahu nnt tengok sdri ye. Kt sini sy tinggalkan link...

Jom sama2 follow blog2 yg islamic n informnative =)
http://bayusyurga.blogspot.com/
Menyedari bahawa hidup ini tidak selalunya menjanjikan keselesaan... Saat kehilangan buat diri mula mensyukuri apa yang pernah dimiliki... Meraba cuba mendapatkan kembali, tapi lekas tangan disambar. Hati mula kecut, kalah pada tutur sendiri. Janji telah dilafazkan... Semuanya kerana janji... Seringkali ingin diri bahagia, tanpa mengambil kira bahagia mereka... Menyesali segala yg telah berlalu... 'There's no turning back!'... Benarkah begitu???

Yakinlah, tiada istilah terlambat dalam menyesali dosa lalu...
Jika sedar, lekas bangkit.
Mohon petunjuk Ilahi,
Moga dikuatkan iman di dalam diri,
Moga hidup ini terpandu arah,
Dugaan itu sungguh teramat perit,
Apatah lagi bila menanggungnya sendirian,
Namun segalanya pemberianMu...
Pasti ada hikmah di sebalik segala yg berlaku,
Bersangka baiklah,
Minta dariNya agar dikuatkan hati,
cekal jiwa dlm mengharungi segalanya...

Nota Izzah : The clock is running, make the most of today, time waits for no man. Yesterday is history. Tomorrow is a mystery. Today is a gift. That's why it is called the present...

...

Fuhhh... sapu habuk kuat2...
Dah bersawang blog ni, maaf.
Bukan tak jenguk, selalu jenguk...
Tp xda kekuatan utk menulis, maaf lg skali wahai blog...
Cukup jika saya kata, banyak yg bermain di minda...
Bnyk yg nk dikongsi, tp takut utk meluahkan...
Ye, jd sy memberi 'masa' utk sy pulihkan segalanya.
Moga tabah hadapi semua ini...
Allah sentiasa bersama hambaNya,
Walau di saat manusia meninggalkan kita sejauh mana pun...

Nota Izzah : Saya lebih suka org yg berterus terang, walaupun ia pahit. Tp kepahitan itu takkan setanding dengan kesakitan setelah pembohongan dpt dihidu....


Menerima~

Lama bersimpuh, Diam yg paling sinonim kala ini. Sesekali merenung ke sekeliling... Terlalu bnyk untuk dikenang, suka dan duka. Segalanya dah pun berlalu. Sepi... Segalanya menggambarkan apa yg terbuku di hati. Pasrah akan kelemahan diri, mmgnya diri sndiri yg layak dipersalah... Hati keras membeku, petanda? Mungkin diri semakin jauh meninggalkanMu... Layaklah diri terus dipersalah, menzalimi diri sndri dan mereka menjadi mangsa...

Kesal... Maafkan saya, hanya maaf yg mampu diungkap. Setiap kali menoreh luka di hatimu, setiap kali berbekas parut... Mungkin di sna hanya parut kesan kesilapan yg sering diulang, hanya diri ini puncanya... Maaf... Mgkin masih belum cukup utk parut itu dirawat, dan saya mengerti... Saya benar2 berhak menerima pembalasan... Semoga tindakanmu dpt membuat dirimu tenang di sana, tanpa melihatku dgn penuh kebencian...

Nota Izzah : terduduk sendirian, bagai rama2 tnpa sayap... Ya Allah ampunkan hambaMu yg sering angkuh dan tamak ini... Dan kini aku redha andai bahagia itu bukan milikku lg, bersyukur kerana memberi peluang utk merasai kemanisan ketika bersamanya suatu msa dlu~


P.I.L.I.H.A.N

Hidup ni mmg xkan sepi dari membuat pilihan...
Antara dua, tiga atau beberapa pilihan. Yg pasti ia menuntut kita utk tentukan. Kdg2 rasa mcm giv up nak fikir.Kalau pilih A, apa kesannya. Pilih B, takut pulak akibatnya nanti... Buntu? Mungkin sebab rasa tak terpandu arah...
Hurm, apa kata istikharah???
Istikharah?
Tak nak lah...
Knapa? Ingat istikharah tu utk pilih jodoh je ke?
Err...


Hah, mmg istikharah sering disinonimkan dgn soal pilih jodoh je kan... Terlupa bahawa dlm hidup ni kita sentiasa perlu petunjuk Dia dlm membuat pilihan... 


Mari kita hayati sebuah hadih Rasulullah, mafhumnya :



Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Nah, betapa pentingnya kan Solat Istikharah ni... Ayuh mohon petunjukNya dlm setiap urusan. Pilihlah yg terbaik, bertindak yg terbaik agar kelak terhindar drp penyesalan...

Bagi yg ingin tunaikan solat Istikharah, tapi tak tahu macamana nk laksanakan, baca petikan di bawah yg dipetuk dari Darul Syifa'.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu) :
Terjemahan Doa':


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Hah, senang je kan. Tapi kalau tak yakin akan pelaksanaannya, rujuklah mereka yg boleh dipercayai dan arif ttg ilmu agama... ;) Selamat beristikharah kawan2...

Nota Izzah : Kebuntuan, tak pasti adakah keputusanku ini terdorong oleh hawa nafsu... Allah, tunjuki aku... Sebab tu pentingnya Istikharah kan...

Sesuatu...

"True friendship comes when silence between two people is comfortable..."
-Dave Tyson.


Sy tersenyum sendiri, mungkin orang yg pernah kenalkan sy dgn ayat ini juga masih ingat... Mungkin juga tersenyum? Ye saya masih ingat, dan dulu pernah saya akui kata2 ini...
Terima kasih utk segalanya, hingga saat ini...




Assalamualaikum w.b.t...

Esok saya bakal menempuh medan juang peperiksaan...peperiksaan dunia, manusia yg cipta soalannya kan...
Tp rasa takut tetap bersarang dlm diri, mungkin dek persediaan yg sgt terbatas...
Allah kupohon dipermudahkan buatku dan sahabat2ku sekalian...

Pagi ini, berkesempatan mengembara... Meneruskan misi yg perlu disegerakan...
Dalam damai pagi memecah kesunyian jalanan...
Sambil hati dan diri bagai masih belum kembali berpijak di bumi nyata...
Giat dan ligat terganggu emosi, maafkanku wahai diri kerana membiarkan diri tanpa jagaan yg sewajarnya diterima.
Terasa longlai tp cuba utk digagahi, ye kalau bukan diri sndri yg kuat, siapa lg?
Betul terasa memerlukan sokongan.
Meronta2 utk mendengar suaramu ibu, meluahkan rasa yg terbuku,
Tp diri ini tdk kuat... Tdk rela menyibukkanmu ibu dgn mslh ankmu ini...
Sebolehnya kutepis kehendak hati,
Kerana ku tahu lembut naluri seorg ibu,
Biarlah dirimu tenang tnpa rengekan anakmu ini lg,
Saat rasa itu hadir kembali, mulut bagai terkunci dek mangga berkarat.
Masih belum kuat utk menerima perubahan ini... Kenapa? Tak redha?
Allah... ampunkan hambaMu... Moga diri ini kuat menerima segalanya, ye saya kuat.
Esok nak exam, masalah tolak jauh2...
Istighfar banayk2... Astaghfirullah... Moga Allah ampunkan khilaf hambaMu ini...

Dan kerana mata ini tdk mampu menipu...
Saya PASRAH....
Sekurangnya lega dpt memandu, wpun DBD 1991 tlh lama dihantar pulang...
Melampau jg bila tabiat lama memandu mlebihi had kelajuan kembali,
Hurm itu yg sy buat bila tertekan... Maaf kerana mungkir janji pd diri sndri...
Allah... Moga Kau lindungi sahabat2 yg sdg bersamaku...

Dan dlm perjalanan...
Sungguh terkesan dgn sebuah lagu...
Bagai terkena...
Sungguh...
Ini dia, hayatilah liriknya...
Hingga di sini shja buat kali ini,
Terus membunuh rasa itu,
Kuatkan kaki melangkah...
Hnya Allah yg lebih mengetahui hikmah segalanya...
HambaMu berserah...
SATU AMANAH


Dengan Bismillah ku bermula

Bingkisan hati buatmu teman

Yang dikasihi
Kita bersama dalam satu ikatan
Bermula episod hidup di dunia ini



Ku harap hanyalah di dunia

Dirahmati dan diredhai
Selamat sejahtera di Syurgawi



Oh Tuhan satukanlah

Hati kami dalam mencintai
Redha atas ujian diberi
Jauhkanlah kami
Dari rakus mengejar duniawi
Hidup mati biarlah untuk-Mu
Harap dunia hanya di tangan
Bukannya di hati ‘tuk dicintai



Kita dicipta sebagai khalifah

Bersama kita hidup untuk-Nya
Kita dicipta di dunia fana
Ada amanah yang tersedia



“Oh Tuhan..

Kita laksana bersama
Amanah dari-Nya demi
Memburu cinta dan harapan”



Tuhan itu harus diutama

Dari segala kepentingan dunia
Bergandingan kita untuk
Memburu cinta-Nya
Oh cinta-Nya



“Tuhan .. Kau satukanlah hati-hati

Memohon kasih-Mu oh Tuhan
Dalam mengharap redha
Dari-Mu..”



“Hanya di dunia

Kita harapkan, kita dambakan
Selamat sejahtera, bahagia..”

Nota Izzah : pernah merasai kehilangan? Hilang sesuatu yg berharga dlm hdp? Itu ujian kan, pinta kekuatan driNya, kerana segalanya hnya pinjaman... Ia milik Allah yg abadi... bersyukurlah kerana berpeluang memiliki sesuatu yg berharga, mgkin loceng tlh dibunyikan... Loceng? Mksudnya masa dah tamat???


~Semoga bahagia Kakakku~

Assalamualaikum w.b.t...
Entry ini khusus buat seorang Kakak yg sy sayangi kerana Allah...

Kakak,

Bagai baru semalam kita dipertemu,
Masih terasa hangat saat jemari kita bertaut,
Saat diri ini kelemahan,
Dirimu antara yg setia menguatkanku,
Menemaniku penuh tenang,
Memimpin diri ke arah sebuah kesabaran,
Meniup semangat juang tanpa mengenal jemu,
Senang sungguh berada di sampingmu,

Kerana satu kisah yg buat adikmu ini lebih mengenalimu,
Kerana satu titik persamaan itu...
Itulah titik permulaan sebenar,
Jika kakak masih ingat...
Dan hinggalah diri ini bagai teruji dgn kata-kata,
Tidak pernah sekali kau tanya kenapa,
Tapi seolah-olah ikatan hati ini membuat dirimu lebih dari memahami,
Apa yg membengkak di hati,
Tak pernah sekali diri ini ditinggalkan...
Kerana kita bersatu atas dasar aqidah...
Indah betul aturan Ilahi kan...

Terima kasih utk segalanya....

Dan syukurlah,
Kini dirimu telah dimiliki...
Semoga berbahagia Kakak,
Bersama pilihan hati...
Semoga berkekalan hingga ke Jannah...
Teringin berkongsi kegembiraan ini bersamamu...
dan pastinya sebuah lg Baitul Muslim yg terbina,
Moga ikatan suci ini diredhai,
Agar darinya berkembang zuriat yg soleh dan solehah,
Penegak Agama penyambung rantai perjuangan...
Amin...

~Barakallahulakuma~ =)


T.A.B.A.H

Labah-labah yg sedar akan sikap sabar
serta berusaha dan tidak berputus asa.
Labah-labah dengan tekal dan cekal
tetap memasang niat dan cita-cita
dengan menyebarluaskan lagi sulaman perangkapnya.
Cuaca dingin dan kabus
yang dipuput angin adalah rencam latar sukar
yang mewarnai sisi kehidupan
seperti ujian yg kadangkala ditempuhi labah-labah
apakala perangkap yg dibina koyak,
labah-labah tetap meneruskan
Perjuangan sebuah kehidupan...

Nota Izzah : Ujian itu lumrah kehidupan, ujian itu nikmah... Berusaha utk tabah...

2.45 a.m...

Tik...Tok... 2.45 a.m...
Kerja2 masih setia menanti,
10 dalam 1 barangkali utk satu malam,
Bertemankan alunan nasyid,
Lagu2 itu...
Penuh nostalgia,
Buat saya kembali ke satu masa dulu...
Menyanyi dlm diam,
Terus mendengar,
Sedang jari terus giat menaip,
Mata berkaca (mengantuk)...
Otak ligat bekerja,
...Kepenatan...


Semangat terus bertahan, ok!


Nota Izzah : Jangan takut dan segan untuk setiap tindakan yang dilakukan.Seluruh kehidupan adalah satu ujian.

# Nota Aidil Adha #

Pagi raya dimulakan dgn beramai-ramai,
Konvoi jln kaki ke Masjid Al-Azim...
Sewaktu tiba di masjid,
Takbir masih belum dilaungkan,
Asyik melihat gelagat minah indon,
Macam ada fashion show kt ats masjid,
Freehair x usah cakaplah,
Letak selendang kt kpala buat syarat nak nmpak sopan barangkali,
Tp rambut rebonding terserlah...fuhhh...

Dan tidak lama setelah itu,
Takbir raya mula dilaungkan...
Diri ini semampu mungkin menahan gelora jiwa,
Tiba-tiba melihat kiriman mesej yg dtunjukkan seseorang,
Ucapan hari raya dari keluarganya...
Ketika itu tiada maknanya lg menahan rasa,
Kerana kolam air mata telah pun pecah...
Sekali lagi rasa sayu hadir...
Begini rupanya,
'Nikmat' beraya 'di perantauan' (mcm kt oversea plk, Melaka je pon ;p ),

Mana tangan dan pipi ma abah yg nak dikucup di pagi raya?
Mana tepuk gurau adik beradik yg dirindui?
Mana???
Hanya mampu berhubung melalui kiriman sms,
Tak termampu utk berbicara,
Sungguh tak terluah...
Sabar ye kak...
Itu pesan adikku,
Mgkinkah dirinya juga dpt merasai apa yg kualami???
Ok, sampai bila nk sedih2...
Smlm cover baik pnye dpn junior.
Pg ni xsempat cover...
Booo utk diri sdri...
Kesat2 pipi...
Senyum macam x ada pape yg berlaku...

Usai solat raya,
Bergambar bersama anak2 perantauan,
Dan menziarahi rmh slh seorang kaki tgn ipg,
Bersarapan enak sungguh,
Bgai pelarian yg ketandusan makanan,
(Sbenarnya rndu nk mkn masakan ma.. huhu...)...
Bersembang pnjg lebar beramah mesra,
Bersama mak eton dan suami,
Seronok...
Hilang seketika rs sedih,

Meneruskan ziarah ke rumah warden,
Menjamah sdkt makanan,
Kerana perut sdh kekenyangan,
Tiba masa utk kembali ke lubuk...

CS-G-35...
Blok Cempakasari,
Sunyi sepi,
Bagai tiada penghuni...
Dan rasa itu kembali lagi...
Bergelut dgn rasa...
Dan pabila keseorangan,
'Hujan' turun tanpa segan silu...
Sabarlah wahai diri,
Tunggu nanti peneman setiamu kembali,
Moga terubat rindu pd keluarga...

Nota kaki : Berkira-kira utk menyambung tugasan, tp hilang fokus... Mode merindui mereka. Perasaan bercampur baur. Hnya Tuhan yg tahu... moga dipermudahkn segala urusan... Amin...

Salam 'Eidul Ahda,

Pertama kalinya... Luahan rasa anak perantau...

Allahuakbar...Allahuakbar... Allahuakbar...
....

Sepanjang perjalanan menuju ke BISA (Balai Islam Saidatina A'isyah),
Satu2nya surau yg wujud di kampus ini,
Sayup2 kedengaran takbir dilaungkan,
Berulang2 berkumandang...
Silih berganti,
Takbir dari masjid2 berdekatan kampus...
Malam raya kian dirasai,
Senyum,
Lega kerana masih berkesempatan merasai biah sebegini...

Dan setibanya di BISA...
Takbir raya sdg dilaungkan,
'Nape rasa lain macam je... Sayu semacam...'
Oh, mana taknya...
Sayu je nadanya,
 kaum hawa yg ketuai takbir raya katakan,
Mata berkaca...
Tunduk menahan sebak,
Malu lah kalau junior nampak...
Alhamdulillah tenang setelah itu...
Bertakbir bersama,
Memuji kebesaran Ilahi...

Pertama kalinya,
Beraya di 'perantauan',
Beraya tanpa kluarga,
Beraya di IPG,
Beraya bersama sahabat2...

Kenapa tak balik?
Seronok ke beraya tanpa family?
Ah, anda sendiri punya jawapan...
Harapnya inilah kali terakhir.
Tak mengapalah tak balik beraya waktu masih bljr ni,
Tp jangan dibiasakan,
Melainkan ada sebab tertentu yg mendesak,
Dah kerja nanti, 
Dah ada kluarga sendiri nanti,
Kalau sekali lagi jauh dgn family,
Usahalah semampunya utk pulang,
Beraya bersama family,
Kerana mungkin saat ibu bapamu mendengar khabar,
Akan ketidak pulanganmu,
Perkataan 'tak mengapalah' yg terzahir di bibir,
Mungkin tak menggambarkan apa yg tersembunyi,
di hati mereka...

Oh keluargaku,
Bagaimana agaknya kalian,
Beraya tanpaku seorang,
Hanya kalian bertujuh tanpa seorang anak gadis ini,
Semoga segalanya dipermudahkan ya...
Adakah terdetik rasa rindu di hati kalian,
akan ketiadaanku ini...

Salam rindu dr kejauhan,

It's her birthday...

Don't worry about that extra line 
That's creeping up upon your face 

It's just a part of nature's way 

To say you've grown a little more 
Trees have rings and thicker branches 
Kids shoes get a little tighter 
Every year we're getting closer to who we're gonna be 
It's time to celebrate the story of how you've come to be

Happy birthday my friend 
Here's to all the years we've shared together 
All the fun we've had 
You're such a blessing 
Such a joy in my life 
May the good Lord bless you 
And may all your dreams come true


Selamat hari tua Kakak...
Dah 23 tahun ye anda...
Tapi macam kanak2 ribena je lagi...
Cepat2lah matang n kawin, tak sabar nak dpt anak sedara ni...hehe...

Tiba2 terkejut dengan entry anda,
Hah siapa lah manusia bertuah yg sengaja bagi dia ingt ni...
Sdgkan prank sudah dirancang beberapa hari sebelumnya,
Ok mungkin akhirnya sudah bersedia dgn sebarang kemungkinan kan...
Mandi air apa pulak kali ni kan...
Nasiblah... 
Buatmu teman, Semoga hidupmu diberkati Allah dan sentiasa dipayungi redha Ilahi...
Uhibbuki Fillah abadan... InsyaAllah...

~Angry bird kami yg telah hancus~
Nasib baek hp masih slamat ;p


~Cuba teka kat mana ia boleh ditemui, hehe~


~'Arwah' ikan belaan kami ;p~

Special dedication buat bayang-bayang saya... 
Sekarang beza umur kita adalah 2 thn...
Perlu ke sy panggil awak 'Kakak'?
Uhuk2, macam tak sanggup je... ;p
                                      

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews