Pages

P.I.L.I.H.A.N

Hidup ni mmg xkan sepi dari membuat pilihan...
Antara dua, tiga atau beberapa pilihan. Yg pasti ia menuntut kita utk tentukan. Kdg2 rasa mcm giv up nak fikir.Kalau pilih A, apa kesannya. Pilih B, takut pulak akibatnya nanti... Buntu? Mungkin sebab rasa tak terpandu arah...
Hurm, apa kata istikharah???
Istikharah?
Tak nak lah...
Knapa? Ingat istikharah tu utk pilih jodoh je ke?
Err...


Hah, mmg istikharah sering disinonimkan dgn soal pilih jodoh je kan... Terlupa bahawa dlm hidup ni kita sentiasa perlu petunjuk Dia dlm membuat pilihan... 


Mari kita hayati sebuah hadih Rasulullah, mafhumnya :



Dari Jabir ra., ia berkata: "Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:


“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini  membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya”

Nah, betapa pentingnya kan Solat Istikharah ni... Ayuh mohon petunjukNya dlm setiap urusan. Pilihlah yg terbaik, bertindak yg terbaik agar kelak terhindar drp penyesalan...

Bagi yg ingin tunaikan solat Istikharah, tapi tak tahu macamana nk laksanakan, baca petikan di bawah yg dipetuk dari Darul Syifa'.

Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;


  1. Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
  2. Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
  3. Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  4. Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
  5. Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu) :
Terjemahan Doa':


Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

Hah, senang je kan. Tapi kalau tak yakin akan pelaksanaannya, rujuklah mereka yg boleh dipercayai dan arif ttg ilmu agama... ;) Selamat beristikharah kawan2...

Nota Izzah : Kebuntuan, tak pasti adakah keputusanku ini terdorong oleh hawa nafsu... Allah, tunjuki aku... Sebab tu pentingnya Istikharah kan...

No comments:

Followers~

~Pengunjung~

~Muslimah 24 hours~

~Muslimah 24 hours~

Popular Posts

Total Pageviews